Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 29, 2010

Sinis...?

No..i'm not sinis person becoz i don't like sinis attitude. If tak suka lepaskan , bincangkan atau nak marah.. marah jer but don't be sinis depan orang yang tak disukai dan mohon maaf. Sebab kita pun tak suka orang berbuat sinis pada kita, jadi jangan buat attitude sinis tu.

Sinis adalah lebih menyakitkan hati daripada anda marah atau berterus terang. Adalah lebih sadis kalau sengaja menyakiti hati seseorang tersebut. Kalau kita pandai suruh orang behave..maka kita pun perlu behave. It's fair..

Mungkin ada ketika kita merasakan kita tidak boleh mengalah..tapi boleh kita tanamkan dalam fikiran bahawa sifat ego itu adalah 'syaitan'. Dan kita perlu jauhi dari syaitan. Mungkin kita pernah 'ter'marah atau terlepas tetapi menyesali apabila tersedar adalah lebih baik.

Kalau kita merasakan cukup puas hati kerana dapat lepaskan apa yang terbuku dalam hati.. Adakah kita cukup puas hati dengan kata-kata maaf yang pernah kita majukan kepada saudara-mara, sahabat handai yang mungkin terguris dengan lidah kita?

Saya pun tak terlepas dari kesilapan, tetapi saya tidak segan nak mengajak supaya kita lebih bersikap adil kepada semua orang. Kenapa? Hidup kita bagai roda... Biarlah seseorang itu menjalani kehidupannya sedemikian. Apa yang kita sakit hati sangat dengan kehidupannya hingga perlu bersikap sinis? Anda rasa anda mempunyai sikap sinis yang menjengkelkan? Ya, saya rasa sinis itu jengkel dan amat menjengkelkan.

Pernah juga saya dengar...jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik. Adakah prinsip ini perlu dipegang? Bagi saya, balasan kebaikan dan keburukan hanya kuasa Allah dan hanya dia berkuasa menentukan segalanya.

Kita manusia hanya mampu, memperbaiki kelemahan yang ada dan meningkatkan kelebihan yang dianugerahkan. Adakah saya sinis menegur? Tidak, saya mahukan anda semua menjadi insan yang terbaik..tiada rasa hasad, tiada rasa dengki cuma yang ada hanya rasa kasih sayang. Ingin menjadi yang terbaik untuk setiap orang disekeliling dan juga mahukan insan yang terbaik berada disekeliling kita.

Apa yang terjadi kepada insan yang bukan 'terbaik'? Adakah perlu terus menjadi sinis kepadanya. Maka jalan terbaik adalah rapat padanya, bimbingnya serta lihat kelebihan dalam dirinya yang seperti kita juga tidak sempurna.

Berfikirlah sebelum anda bersikap sinis pada insan lain.. Adakah anda cukup sempurna? Sekiranya tidak mengapa menjadikan diri anda lebih tidak sempurna dengan adanya attitude sinis itu? Sekiranya anda terasa sempurna mengapa cacatkan kesempurnaan yang ada dengan attitude yang tidak berada di dalam list sempurna..


0 comments: