Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, January 24, 2010

Pahang Berkabung


Posting semalam saya menyelitkan 'sense of belonging' seorang rakyat kecil. Dek kerana darah yang mengalir dalam diri Tengku Puan Pahang merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Iskandar dan sekaligus menantu kepada Sultan Pahang (Sultanku) a.k.a Sultan Ahmad Shah, hari ini Negeri Pahang juga berkabung di atas pemergian Almarhum Sultan Johor.

Kasih seorang rakyat kecil seperti saya yang merupakan anak jati Pahang, tidaklah ternampak secara zahiriah tetapi dari perasaan lahiriah. Tunku Azizah merupakan anakanda keempat Almarhum Sultan Iskandar yang telah mendirikan rumahtangga dengan putera kesayangan rakyat Pahang iaitu Tengku Mahkota Pahang.

Takziah sekali lagi dimajukan kepada kaum kerabat Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail serta kaum kerabat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah...

Rasanya teringin nak menulis tentang profil Tunku Azizah..

Saturday, January 23, 2010

Pemergian Almarhum Sultan Johor




Takziah dimajukan di atas pemergian Almarhum Sultan Johor yang mangkat jam 7.15 petang semalam. Takziah juga ke atas keluarga dan kaum kerabat baginda. Pagi Sabtu ini diwarnai suasana pilu dan hiba sementelah semua rangkaian utama menyiarkan istiadat pemakaman Almarhum.

Walaupun hamba bukan anak kelahiran Johor tetapi merasai juga kehilangan kerana setiap pemergian itu adanya pengajaran kepada yang masih hidup. Apatah lagi melihat wajah sayu Tengku Puan Pahang yang menatap jenazah ayahanda baginda..

Hamba juga merasa terusik dan kagum dengan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kaum kerabat baginda semasa menguruskan istiadat pemakaman. Jenazah baginda dikelilingi dan diiringi, diusung sehingga dimasukkan ke liang lahad oleh cucunda dan kaum kerabat baginda. Begitu tulus kasih yang dilimpahkan hinggakan seperti pasukan tentera hampir terlepas tugasan mengiringi jenazah Almarhum dek kasih sayang yang dilimpahkan.

Semoga Almarhum ditempatkan dikalangan solehin...Al-Fatihah...




Monday, January 18, 2010

Lepak di Sahara Tent

Semalam kawan baik saya semasa di alam persekolahan memberi mesej untuk berjumpa. Dah lama tak jumpa rasa rindu. Apatah lagi dah berjanji untuk belanja beliau sempena hari lahirnya yang jatuh pada 31 Disember..

Dalam kepala terbayang Sahara Tent yang menyajikan masakan Timur Tengah. Mungkin kami berdua pernah bercita-cita ke Timur Tengah tetapi tidak kesampaian. Dapat menjamah pun ok la tu...

Sahara Tent ada di Bukit Bintang dan Plaza Masalam, Shah Alam
Dua-dua dah rasa tapi credit lebey aku bagi Sahara Tent Bukit Bintang...

Huhu...aku mintak kat waiter tu nak dok dalam tent..
Waiter tu tak kasi sebab aku berdua je dengan Mijah..kalau tak memang aku posing maut


My beloved best friend yang tak tahu nak order apa...


Ni Nasi Mandy Ayam yang kitorang order..
Sebenarnya aku lebey suka Nasi Mandy Lamb..tu pembuka selera...tapi kat sini agak mahal RM22.. Kalau kat Ampang tu dalam RM18. Kalau nak best makan ramai-ramai dalam talam..

My peberet drinks...Lemon with mints..
tapi tak kow sangat..aku lebey suka yang disajikan di Hadramawt..


Mijah order Arabian Tea..
Agak kelat juga la bila aku rasa...

Hepi Besday Mijas.....yang Ke-_ _
Semoga hidup kita bahagia walaupun kadang-kadang terseksa juga..ngeh ngeh ngeh


Friday, January 15, 2010

Lagi Kesedihan Melanda.....

Hari ni kesekian kalinya berasa sangat sedih..Waaaaaaaaaaaa...memang berair mata bila ngenang hewan kesayang tempat bermanja hilang dan mati... dan untuk kesekian kalinya juga aku akan mengambil inisiatif mencari pengganti pengubat rindu...




Gebu yang hilang tanpa dapat dikesan...

Gebu ni aku bawak balik dari Shah Alam ke Raub. Perjalanan aku rasa tidak membosankan si Gebu sebab dia bermain-main di ruang hadapan dan seat belakang. Bila letih ia akan duduk sambil mendengar lagu korea yang aku pasang tuk ke 100 kalinya.... Bila letih dia datang ke tempat aku yang sedang memandu dan tidur dibahu sambil tanganku memangku badannya.. Waaaa aku rindu... Hilangnya memberi kesan pada hati aku...


Ta'Sempoi...
Selepas Gebu hilang, ayah bawa balik seekor lagi kucing seiras dengan Gebu iaitu Ta'Sempoi.. FIzikalnya juga gebu dan sangat aktif. Apa yang meruntun hatiku..baru je nak parking.. Ta'Sempoi berlari meluru ke arah kereta...Waaaaaaa dia kenal tuan die balik nak peluk cium dier...Waaaaaaaa......

Malangnya gambarnya tak ada kat sini...

Hari ni Bonda tepon die kata Ayah terlanggar Ta'Sempoi dan ia mati serta merta. Mataku berair dan ujan lebat dikala kepalaku sesak dengan kerja opis.... Nak peluk Gebu...Nak cium Ta'Sempoi!!!!!!!!!!

Wednesday, January 13, 2010

Masa Gembira dan Berduka



Posting selama ni penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Namun takdir Allah juga menentukan bila tarikh 12 Januari 2010 (Selasa) menjadi sejarah kerana selepas di "diagnose" oleh dr. terdapat sis berhampiran dengan ovari aku..


Atas ni bukan gambar sebenar ye.. aku nyer scan pict ada pada dr.
(mula nak mintak tapi rasanya kalau aku simpan lagi stress kot)
besarnya dah 4.05 cm.

Erm..agak menakutkan juga sebab setelah 2 bulan berteka teki kenapa perjalanan period tidak stabil terdapat sesuatu pada ovari aku iaitu SIS. Pada mulanya dr. scan, gambarannya tidak berapa jelas dan aku mengharapkan tiada apa yang berlaku.

Selepas darah aku diambil (agak menyakitkan juga), satu tabung panjang dipenuhi dengan darah pekat berwarna maroon (buat pengetahuan semua, aku suka kaler darah aku). Lupa plak nak ambil gambar waktu ambil darah. Sekali lagi aku di scan dan gambaran kali ini agak jelas berbanding yang pertama. Seterusnya dr. diagnos terdapat ovarian sis dalam perut aku...

Well, sekarang aku dah rasa agak tensen sebab dr. kata if makin besar dalam skala 4.5 hingga 5 cm aku kene operate. Semakin tensen bila aku study tentang sis ni. Sekiranya kritikal, pembedahan akan melibatkan pembuangan ovari, tiub falapio dan juga rahim. Nauzubillah... Berair mata aku bila baca dan melalui bacaan aku, cyst tidak akan menjadi kanser. Namun sedikit sebanyak meruntun hati aku.

Seumur hidup aku belum pernah aku dok kat wad hospital dengan wayar-wayar kat tangan kecuali saat-saat aku lahir ke dunia. (Itupun sebab kena kuning). Ya Allah, berikan aku kekuatan.

Next month, aku sekali lagi ada appoinment untuk melihat sama ada benjolan tersebut masih ada. Sekiranya makin membesar..aku kene bersiap sedia....

Kalau nak tahu berkenaan dengan cyst ni sila ke blog inilah kehidupan



Thursday, January 7, 2010

HoLLiDay Part 2 : Pulau Pangkor


Our favourite place when we come to Perak. Peserta kali ini bertambah lagi dua orang (Mak long dan Pak Long).

We had great time here...







Gambar kenangan



HoLLiDay Part 1 : Cameron

Last week Mak Long call ajak datang Perak makan cempedak...Uii jauhnya makan cempedak... Itu sebenarnya motif utama..makan cempedak di Gelung Pepuyu, Perak. Motif tunggal tu telah menjadi tunggul apabila masing-masing buat perancangan Ad-hoc nak naik Cameron Highlands seterusnya ke Pangkor.


Amboi-amboi...seterusnya mengira bajet.. Dengan 2 keluarga (iaitu keluarga mertua Abang Ngah dan family kami sendiri) bergerak 2 kereta.. Heave giler sampai di sana tetapi dalam keadaan terkejar2..aku agak exhausted juga la sebab aku sorang je yang drive.

Satria Neo Passenger

1. Abang Ngah (selaku driver)
2. Kak Ngah plus (anak sdare yang belum kuar)
3. Izwan (Adik kak ngah)
4. Kamal (Adik kak ngah

CT Passenger

1. Me (selaku driver)
2. Ayahanda
3. Bonda
4. Bonda Kak Ngah
5. Syarina (cousin)

Actually this is 2nd time to reached Cameron. Kali pertama masa darjah 1 kot...lama giler...

Adik-adik K' Ngah yang juga giler bergambar




Sambil menunggu hidangan (sandwich dan hot tea with mints)


Ada 2 orang yang hilang dari gambar ni..

Seterusnya ke Pulau Pangkor. Teluk Nipah destinasi kami...



Hadiah dari Syafa'atuhum syaiun

Aku hepi hari ni dapat hadiah dari Syafa'atuhum syaiun... nak tengok silakan ke Belog Anak Mualaf

dan aku sangat gembira dan syukur apa yang dimiliki pada hari ini walaupun "yang ado"...

Sayang memang subjektif.. Nak tolong ulas gak..

If sayang u have to sacrifice


If sayang u have to show it sincerely

If sayang u wouldn't be able to lie

If sayang u sometimes u just hold ur upset

If sayang u'll do anything

If sayang u would be able to protect her / him as long as you can

If sayang u will worry to lose her / him

paling penting..

If sayang let it because of Allah..okay..

Then Allah would bless our love..


*Nak petik sikit pujukan seorang hamba Allah bila berpisah suatu masa dulu.

Jangan menangis...tiada perpisahan melainkan mati. Kata-kata tu memang betul-betul memujuk dan kerana Allah juga kami tidak merasai perpisahan tersebut walaupun ntah di mana beliau sekarang.

NEW YEAR CELEBRATION

Dah lama tak celebrate New Year..Selalunya just tengok fireworks melalui jendela atau balkoni rumah je. But it's different by this 2009/10 nite. Celebrate with new and great friends from different country. It's really exciting. I went to KLCC after office hours while the other members waiting since 5.00 p.m. Memang gigih la depa ni. Tapi disebabkan depa student...so tak ada masalah nak berkejar ke sana secepat mungkin.

Selepas jemput Ezzi dan Wael, terus ke KLCC. Mina, Yusser, Peng Hooi dan Ali dah ada di sana. Sementara menunggu Rda, kami terus ke Hadramawt Restaurant untuk menikmati makan malam.




Menjamu selera makanan Arab.... kalau makan hari-hari memang gemok ar... My order is Lamb Haniff (Macam nasi beriani berlauk kambing dan dalca)and Lemon with Mints...heaven beb. Antara makanan lain adalah Baidh with hummus, chicken haniff..yang lain aku tak ingat.



My great friends....




With Rda, Mina (Jordan) and Yusser (Iraq).... Budak ni cantik giler..




Yang menyembur tu namanya Al-Ezzi (Yaman), Mina, yang paling veteran Wael, Ali (Yaman) dan Peng Hooi yang gigih turun dari Penang nak celebrate New Year kat K.L.




Waktu ni 15 minutes b4 12...jalan laju-laju tanpa ada belas kasihan kat kaki yang dah melecet. Aku rasa dah macam walkathon dah. Depa jalan sangat laju...Aku kira dari KLCC ke restaurant tu adalah jauh...Aku dgn Rda tertinggal di belakang..hero yang menunggu tentulah



Ali Salleh..nice guy from Yemen


Well...We had great time together....
HEPI NEW YEAR

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA...

Dah lama tak menulis kat blog. Banyak benda yang belum dipaparkan after AYC program last month. Too many things I need to update... n could be outdated har har..


Kita menyambut tahun baru hijriah dan masihi dalam bulan yang sama. Anyway dari segi azam ada di antara kita yang berazam semasa Maal Hijrah dan ada juga semasa awal tahun baru masihi.

Anyway...for this year also just like years b4, ada azam juga. But..by this year I don't want to havoc2 with my azam..takut tak jadi. I just leave it to Allah n I will try to achieve it. There is 3 things I want it by this year...May Allah blessing me..

1. S
2. M
3. H
4. M