Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 22, 2009

Facebook Addicted

Dulu aku tak ada facebook ni..kononnya tak main la..dulu bertemankan Friendster je. Sekarang Friendster aku dah bersawang kot.. password pun agak2 dah lupa. Cam no.. Dulu ada broadband ..aku dah terminate sebab rasanya tak ada kepentingan...tapi sekarang bila dah tak ada aku meraban mencari internet walau kat kampung..

Sekarang aku rasa, aku perlul mempunyai internet. Sebab dah lama tak tengok crite korean online dan juga cari info-info terbaru... Nak-nak nye buat masa sekarang aku rasa sangat addicted pula dengan facebook ni. Rasa macam tak leh nak hilang depan mata...

Now..i'm thinking untuk mempunyai netbook dan juga broadband baru...Herm whiach one huh? Streamyx..cross... Maxis? cross.. Celcom..maybe or P1 Wimax..herm..

I still keep thinking which one that most worth...

Kerja Aku Dua Minggu Lepas

Wow...agak lama juga tak menulis dalam blog...Dah bersawang la jugak.

Anyway banyak perkara yang berlaku dalam masa dua minggu kebelakangan ini. Letih tapi seronok yang teramat. Dan yang paling penting sekali, there is a lot of memories I couldn't describe by words...

Diari ku 2 minggu sebelumnya

Pengenalan: Aku terlibat secara langsung dalam menguruskan Annual Event for Asia Youth Forum.

Tugasan: Jemput delegates daripada Filipina, Kemboja, Thailand, Yemen (Deputy Minister of Yemen), China, Jerman, India, Bangladesh dan sebagainya di KLIA. Selama 5hari aku berulang alik ke KLIA walaupun program dah nak habis..masih ada delegates yang sampai pada hari terakhir program. Letih tok sah nak kira...tapi aku maintain je ler..walaupun aku terlepas banyak aktiviti best dalam program.Penawar lain- Delegates adalah sangat baik dan memberi kerjasama, tidak banyak karenah dan aku yang penat ni tak emo.....

Aku tak masukkan gambar kat sini sebab aku sekarang sehelai sepinggang balik kampung. Ini pun aku menumpang PC kat library kampung aku. Amat mengujakan sebab aku dah lama tak masuk library ini.

Berbalik kepada cerita asal..

Alhamdulillah...Cik Ubi Wan Nor Syafarina menjadi assistant. Seronok bekerjasama sebabnya dia seorang yang well arrange tak macam aku.

Pagi petang siang malam kami kat KLIA. Siap tidur kat sana walaupun pengurusan ada menyediakan penginapan di Concorde Inn Hotel, Sepang. Tidur [un tak menentu, makan apatah lagi. Nak makan kat KLIA? sangat membikinkan aku marah. Nasi separuh, tauhu telur dan kuah RM6.00? Tobat aku tak makan dah kat sana. Makanan Rda plak sayur 3 jenis bersama kuah RM10.40! Hilang akal apa?

Aku rasa Polis bantuna yang ada kat KLIA tu dah kenal muka aku dan Wan sebab hari2 tunggu kat departure hall tu. Siap kena sound lagi... Aku tunggu sambil pegang tagging macam dalam TB tu..selamba badak je la. Walaupun sebenarnya aku agak malu...

After 5 days di KLIA..aku bersama juga dengan rakan seangkatan yang lain di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur. Sempat dengan sessi Youth Speak dan closing Ceremony pada malamnya sebelum kami bertolak ke Melaka untuk World Assembly Youth Programme.. Ye haaaaaaaaaaaaaa...........nanti aku masukkan gambar..

Friday, December 4, 2009

KAWAN DAN KEKASIH

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???



hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.



Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan. .?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan.. .
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman. . tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

*terima kasih sahabat yang menghantar kandungan email di atas.