Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 27, 2009

Adab Siri 2

Hari ni aku tak berapa sihat dengan badan yang agak sengal, muka dan hidung dah kebas asyik ditonyoh dengan sapu tangan sebab hidung berair kena selsema. Semalam aku berehat saja lepas telan panadol dan ubat selsema. Mamai gak la.


Walau badan tak sesihat mana, aku gagahkan juga pergi keroje. Antara lain kalau korang tak masuk ofis walau dapat m.c...korang takkan bahagia berehat di rumah sebab ada orang yang tak redha korang dapat m.c.

Hari ni aku ditugaskan untuk follow up VIP. Aku malas sikit bab follow up ni. Apa lagi dalam keadaan sengau-sengau ni memang compem tak selesa. Jadi aku call mamat sorang ni a.k.a VIP bertanyakan sama ada die dapat tak surat dari kami. Die kata tak dapat. Makluman, aku dapat faks number dari sumber yang di beri oleh VIP gak okay...

VIP : Bila ko anta (KO? aku kawan kau ke?)

Aku : Saya hantar minggu lepas

VIP: Ko anta ke ni mana?

Aku: Hantar ke no bla...bla...bla

VIP: No tu dah tukar? Korang dapat mana no..tu? (Dengan nada bongkak)

Aku : Er.. (baru nak jawab dah dipotong)

VIP : Macam mana ko buat kerja ni. Ko anta kat no ni bla..bla..bla..

Aku: (dengan sopan lagi cover marah). Ok Y_. Saya minta maaf. Saya faks sekarang. Assalamualaikum.

VIP : tut..tut..tut.. (letak tepon)

Betul la aku yang salah tapi boleh tak cakap tu beradab sikit. Ko tu VIP, orang tengok contoh jadikan idol. Minta mangap la aku cakap..aku memang hangin la orang macam tu.. Apa kau ingat kau dah besar sangat ke cakap dengan orang tak beradab. Patutlah korang kalah PRU lepas. Sikap sombong memang tak lepas. Aku memang hangin. Agaknya kalau turun jumpa masyarakat tu..memang muka kepura-pura-an..

Kalau mati, jawatan tu tak bawak ke kubur. Kain kita pun sama kain putih okey... Bukan baju batik yang selalu kau pakai berega ratus dan ribu riban.

Dei...pegi dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Tuesday, October 20, 2009

Bagus Sangat Ke?

Hidup ni perlu ada rasa hormat. Sebab itu dalam agama kita mengajarkan kita untuk hormat kepada sesiapa sahaja. Dalam apa perkara... tapi terkadang terasa juga kekurangan setakat mana kesabaran kita untuk menghadap orang yang tidak tahu hormat.


Bagaimana pula dengan orang yang selalu underestimate orang lain? Perlukah kita hormat padanya.. Diri tidaklah segah mana... kesalahan kita di cari gali. Bagus sangatkah diri tu? Kesalahan sendiri tidak diakui. Apakah?

Hati semua insan tidak semua sama..aku bukan tentera atau polis yang keras berdiri, hati kental dimamah caci maki.

Sabrina: The Teenage Witch Wedding Ceremony


Sabtu yang tenang minggu lepas salah seorang dari sahabtku telahpun selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya Sab dan Yus. Sabrina datang ceremony naik heli...biar betul beb... hahahahaha...c..


Sab n Yus

Hari bahagian Sab dan Yus

Pengantin baru landing

Menunggu kedatangan pengantin
Agak terbalik lah arrangement aku ni...


Sabrina

Semoga kebahagiaan pengantin baru kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Saturday, October 17, 2009

Sebelum dan Selepas

Hahahahah...it's make me crazy..

tapi itu lah hakikatnya... Nak kurus tak perlu telan ubat, g pusat kesihatan yang memerlukan kos yang banyak.. Aku sedar hakikat hikmah puasa...

Ni gambar masa bulan 8 sebelum puasa okay.. Agak tembam la gak...


Jeng jeng jeng...ni gambar 3 hari sebelum Hari Raya...
yipeeeeeeeeeeeeee

Moral of the story, puasa la ye selain dapat menguruskan badan dapat gak pahala.... Ye haaaaa!










Friday, October 16, 2009

Zaman Dolu-Dolu



Tak sangka bila aku start berFB ni aku terjumpa balik kawan2 lama masa sekolah rendah. Aku tinggal kat hometown tak lama kena halau sekolah jauh. Kalau tak aku malas blajar... tq Roslina Mohammed kasi attached gambar kita waktu sekolah rendah...

Korang tengoklah gambar aku yang naif la konunnya..zaman dolu-dolu..hehehe. Ada yang tak berapa ingat namanya.

Masa masuk Puteri Islam

Gambar kelas: I don't remember tahun bila ni.

orang nak cuba ingat la kawan2 lama. Tersangat lama ni

Duduk kiri : x , shah ezani (kalau tak salah),muhyiddin (yang pandai melukis), cikgu Tengku Paris, Cikgu Zul, Cikgu Syed, Najwa, x , marlini kot (nama penuh tak ingat), azian, sharifah.

Berdiri Tengah dari kiri : x, Erni (takziah kepada Erni atas pemergian adik perempuannya ke Rahmatullah Januari 2009), Julia, x,x,x Ros, x, Seriwani, x, x, Kartina @ Kartini (tak ingat mana satu nama dia..maaf ek, x, x, Pakir Bibi, Aku ler (Liza)

Berdiri Atas dari kiri:x, x, x, x, x, Hanif,x, x, Hasan, x,x,Mukhriz (sangat suka melukis, cara pegang pensil sangat unik), x, Ridhwan kalau tak salah, dan x.

Minta maaf bagi kawan-kawan yang saya terlupa namanya...
Bagi yang menatap gambar ni kalau la terserempak dalam FB contact la k.


Waktu rombongan ke Pangkor...
Waktu ni best la dapat jalan jauh2...ish ish..abang aku pun ada?


Bergambar kenangan tepi jeti


Dalam bas..masa ni dalam perjalanan balik kot. Tu tudung Ros dah terbang tinggal anak tudung je dah..


Burger King Hea_ _ _

Rabu lepas aku balik lewat. Tukar uniform terus landing atas couch. Lepas aku landing Siti sampai dan watching tv. Yang turut serta sejenak selepas itu adalah Nana. Sungguh hari ni aku tak larat nak masak kasi anak-anak aku kat umah makan. Korang cari makanan sendiri la ek....

Yang boleh aku kasi makan adore, adore jr., dan juga c pat brothers... Flora kesayangan aku... Well...letih cam ne pun nak kena makan.. So aku dapat idea tuk ajak gurls yang ada kat umah tu g makan. Kuar dalam 8.30 malam terus menuju ke Burger King Sek. 13.

Aku menghadap whooper black pepper tapi tertukar dengan Syarina. 3 bites takkan nak tukar balik kot... Nana pun menghadap whooper barbeQ... Layan la makanan kitorang kat bawah ni


see.. tgk fries tu.. serious banyak..
tapi sos cilinya failed tak pedas langsung..lain kali aku nak bawa cili potong

Aku yang syok makan burger mexican wooper
( supposed mkn black paper, sekali tersalah amik daa.. )


Syarina tgh menjilat jari... hehehe


the happy us dapat makan kat burger king!!!


Nana Ke yang tengah heaven dengan Mexican Whooper nyer

Credit to Nana..gambar ni aku cilok dari Nana..arrangement pun aku tak ubah...


Korean Drama...


Sekarang aku memang giler cerita Korea.. sanggup tak tengok tv dan berkurung dalam bilik tuk tengok citer on-line Korea.. Klise memang klise lah.. Kalau kaya..memang tak hingat la sampai pegi sekolah naik heli. Selalunya cerita pasal cinta antara dua darjat yang hero mestilah CEO kompeni besar2. Tak main yang cikai-cikai dan heroinnya agak terejal la sket.. Naif, sengal, baik hati dan lurus bendul... dalam cerita mesti ada orang ketiga yang sakit hati sama ada tak dapat takel hero atau pun heroin....

Hahahaha...pelik gak tapi itu lah hakikatnya Korean Drama sangat menyentuh hati dan perasaan. kalau heroin nangis aku pun nangis gak. Kadang-kadang aku rasa aku amat menjiwai watak itu..wah.. Hero-hero dia pulak tak de la hensem sangat tapi sweet tu yang buat aku tetap gak menghadap...

Di bawah adalah antara Korean Drama yang telah aku ikuti, korang cuba la tengok..tangkap leleh beb.
Drama Komedi Romatik
Drama terakhir aku tonton malam tadi
Love in Paris..aku kecewa tang ending la

Sinopsis: Han Kijoo (Bapa saudara kepada Seoghyuk) dan anak saudara berebut heroin yang sama. Mendapat tentangan dari keluarga atas satu rahsia besar yang boleh menjatuhkan empayar pernigaaan keluarga Han. Of course ada orang ketiga yang cuba memporak perandakan keluarga bahagia Han untuk mendapatkan empayar tersebut dan menjatuhkan keluarga Han.

Drama Komedi Romantik
Take Care of the Young Lady
(Aku suka tengok Hero Yoon Sang Hyun sangat manis)
Heroin: Yoon Eun Hye yang cantik giler)

Sinopsis: Kang Hye Na merupakan cucu kepada pemilik syarikat yang kaya giler. Mempunyai ramai giler maid dan juga butler. Keras kepala dan hati batu. Dalam satu insiden Kang Hye Na terpaksa akur bahawa seseorang yang terlibat dalam insiden tersebut telah berjaya merubah perwatakannya menjadi seorang yang bertimbang rasa.

1st Shop of Cofee Prince
Drama Komedi Romantik
(Jalan cerita agak lembap tapi sebab ada Eun Hye aku tengok)

Sinopsis: Remaja yang menyamar menjadi lelaki untuk bekerja di sebuah cafe yang hanya mempunyai kakitangan lelaki sahaja. Keadaan menjadi rumit apabila rahsia keperempuanannya terbongkar.

Drama Komedi Romantik
Boys Over Flower
(Aku kasi 10* sangat best dan terlalu high class)
Aku tengok dekat 10 kali

Sinopsis: Yang bawah ni...nanti aku citer..tak sempat

Mr. Goodbye
(Kisah romantik yang menyayat hati)
Aku dan Rda nangis tersedf-sedu bila heroin tahu hero kena sakit jantung
syahdu la tapinye.....

Accident Terbaik....


Since my office berpindah ke Glenmarie, aku terpaksa la jadi pemandu Red Bull yang ganas. Apa taknye..kalau balik mestilah kene ganas nak cross the road dari jalan Glenmarie lama keluar ke susur jalan besar. Walaupun lampu trafik menyala-nyala tapi kenderaan yang menghala dari Politeknik sek.13 tu tak reti2 nak berenti kalau lampu merah.

Aku dengan Rda selalu kekurangan pahala kerana terkeluar kata2 yang agak kesat la gak. Alkisah terjadi pada aku sewaktu cross the road (makluman lampu trafik adalah hijau okay)... tetiba nampak bayangan dari sebelah kanan agak laju la jugak terus sondol kete aku. Shiba betul.

Agak menggigil la jugak..tapi aku berani sebab bukan aku yang salah. So aku terus catat no plat moto budak 2 takut lari WMQ 8**. Memang aku dah lama hangin dengan perangai shiba-shiba yang langgar lampu isyarat. Hari Selasa yang agak mendung tu aku yang terkena.
Inilah keadaan kete aku...x de la teruk tapi
kasi hangin la ni


Wednesday, October 14, 2009

Hati Kering

Aku tak faham sesetengah orang mempunyai hati yang begitu kering. Walaupun terkadang kita begitu baik dengannya. Bukan mahu pembalasan untuk apa yang telah dilakukan padanya. Cuma sedikit rasa ambil berat dan sesuatu perkara yang buat kita rasa dihargai.


When it's happened, kita akan rasa tidak dihargai selama ini. Even though something hard was happened, it just like nothing when they heard that u r not okay. I'm speechless with people like this. I'm really sick of it. Do I really kind till i'm not care if people does not realize what I did?

I think that I need to take care of myself rather than hoping people to care me.