Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA WAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM...

Apa erti Syawal kali ini? Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya amat menghargai kedatangan Syawal...selain dari persediaan fizikal baju raya, menyediakan duit raya, kuih muih dan sebagainya, ada yang lebih bererti apabila kita dapat menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga.

Tahun lepas ada yang masih sihat tetapi tidak sempat menyambut Aidil Fitri pada tahun ini atau tidak merasai kemeriahan Aidil Fitri kerana sakit. Dalam masa setahun apa pun boleh terjadi.

Namun Aidil Fitri kali ini memberi keinsafan kepada saya dek kerana satu peristiwa seorang ibu yang membesarkan 5 anak tidak dipedulikan anak2nya walaupun mereka tinggal berhampiran dengan ibu tersebut. Pagi Syawal yang mulia bergenang air matanya, teresak-esak mengenangkan sikap anak2 yang tidak langsung bertanya khabar. Agaknya, bermaknakah Syawal ini kepada mereka?

Sebulan sebelum Ramadhan menjelma, bertanya seorang hamba Allah tentang perkhabaran ibu tersebut yang hanya berdaya untuk berada di atas kerusi roda.

Hamba Allah : Ibu apa khabar?
Ibu : Alhamdulillah, sihat.
Hamba Allah : Ibu dah makan?
Ibu : Dah makan.
Hamba Allah : Lauk apa?
Ibu : Nasi dengan garam halus?
Hamba Allah : (Terdiam....)

Syawal ini, Ibu tersebut berhari raya dengan kami sekeluarga. Walaupun Ibu tersebut kelihatan gembira, namun pedih hatinya tidak ada siapa yang dapat merasa. Hanya ada sepasang anak dan menantu yang boleh diharapkan menjaganya hingga ke akhir hayatnya. "Wan...mak, ayah, adik dan abang ngah akan jaga wan...

SELAMAT HARI RAYA WAN...







Saturday, September 19, 2009

Balik Raya

Bertolak balik ke kampung untuk menyambut Hari Lebaran kali ini agak lain sedikit. Selalunya konvoi dengan abangku. Kali ni aku balik berseorangan kerana tahun ni dia beraya kat kampung isterinya. So aku terpaksa 'gamble' balik sorang. Wallaweh.....


Sebelum bertolak balik aku singgah ke rumah sahabatku Puan Siti Rogayah. Sampai aje tengok dia tengah membersihkan rumah dan anaknya sedang tidur dalam buaian. Aku ingat nak la letak gambar Ct dan Faris di sini...tapi al-maklumlah talipon tidaklah secanggih mana nak snap gambar...

Aku pegang je buai, Faris terjaga. Dia tau kot auntie Ja die datang nak main dengan dia walaupun sekejap. Dokong, timang, mengagah si kecil tu buat aku leka. Tengok2 jam dah pukul 10 malam.
Thanks la T kasi Faris main dengan aku. Dah lama aku idam main dengan anak kau.

Kul 10 aku bertolak dari Selayang....sepanjang perjalanan aku tukar2 siaran radio. Semua lagu raya...yang baru dan yang lama... melayan je aku sambil berkaraoke dalam kete sorang2. Kereta yang menghala ke Karak...Masya Allah punya la banyak. Aku tengok seme kete penuh dengan penumpang. Maklumlah balik kampung. Aku balik gak..tapi sengsorang. X pe...aku layan jugak walaupun kadang-kadang ada mata yang tengok pelik je....

Lagi yang buat aku lebih bersabar nak masuk ke persimpangan Bentong, mak ai.. Q punya panjang dan seperti biasa..akan ada la kereta2 yang mempunyai pemandu-pemandu yang tak sempat habis kursus etika pemanduan agaknya... potong line. Itu yang membuat darah naik menjadi sirap. tapi tak pe liza....sabar...

Alkisah jalan agak lancar daripada Bentong menghala ke Raub. Namun sekali lagi perkataan 'jammed' keluar dari mulut. Kereta dari belakang dengan slumber badak memotong dari arah kanan. Mak ai... aku beratuq punya la panjang...

Tapi sampai kat depan sikit aku tengok seme kete2 kat blakang dah tak memotong. Pasal apa agaknya? Erm dah ada yang maut kat tengah jalan rupanya...itu pasal la jammed. Innalillhiwainnailaihi raji'un. Sepanjang perjalanan dari spot tersebut, aku terpikirkan di jam 1 pagi itu..atau mungkin 2-3 jam selepas itu keluarganya akan mendapat berita yang amat memilukan. Anak yang ditunggu sampai untuk menyambut lebaran pulang dengan terbujur kaku....amat memilukan.

Terpikir juga aku di waktu tu....kalau la aku?....Kesiannya mak, ayah... Nauzubillah...

Aku sampai di rumah tepat jam 1.30 pagi. Mak, ayah dan wan dah pun tidur... Syukur alhamdulillah...aku masih dapat mencium tangan kedua2 mak dan ayah serta wan yang waktu itu sedang tidur.....SELAMAT HARI LEBARAN MAK, AYAH, WAN

Majlis Berbuka Puasa INMIND

Alhamdulillah..sebelum hari-hari terakhir Ramadhan kali ini, INMIND anjurkan majlis berbuka puasa. Kecik aje..tapi syukurkan ada... yang penting sekali sesi fotograpi memang tak leh lepas la... sampai terlupa ambil gambar makanan di Holiday Inn Glenmarie.... Ada la X-staff INMIND yang sudi hadir.

Bersama X-Staff INMIND... Nana dan Murni

Anakanda timang yang Cik Nja sayang. Tak leh lepas dari mata dia...Jap g dia panggil sampai satu dewan dengar. Cik Nja nak ambil makanan pun kelam kelibut... Cik Ja....... Cik Jaaaa..Cik Jaa... Umi dia bangun dia tengok saja..

Dari kiri :barisan wanita-wanita rupawan dan anggun dari perspektif masing-masing.. Ina Naif, RdaNazrul, Kak Yati, Shime Shima, Aku ler Cik Eja, Dil, Cikgu Murni, Acik Mah yang mantop, Depan kiri : Kak Hanim (Manager), Aisyah, Asya dan Nana Da Bomb.

Meja anak dara dan soranbg mak dare...........Yang mana satu cuba teka...kekekekekkekekekke...
SELAMAT HARI RAYE....


Tuesday, September 15, 2009

ADORE Acciden?

Terkejot beruk aku smalam..adore accident. Maunyer gugur jantung aku dengar tapi sebab dia yang call bagitau aku sendiri..maksudnya die selamat. Aku lega la sket. Nak-nak raya ni accident. Dapat duit raya free la kat tangan dan kaki.


Aduyai..risau aku tak hilang lagi.. dia sahabat aku paling rapat mau aku tak risau. Dapat cuti 2 hari. Dah nak raye ni doktor pun berkira nak kasi cuti. Bagi je la cuti terus sampai raya....ye tak. Motor teruk katanya. Aku lagi la rasa tak keruan.

Apsal la tak berhati-hai diorang ni. Yang langgar die pun teruk. Motor vs motor. Anyway..My Adore GET WELL SOON!! I'LL COME TO VISIT YOU...ye haaaaaa angrey angrey.

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Pose Aizat AF













Alkisahnya dapat lah jemputan dari Ewan(yakni one of Aizat' relative a.k.a staff Aizat) untuk hadir ke Majlis Berbuka Pose di Masjid As-Syakirin KLCC yang dianjurkan oleh Aizat AF. Aku bukanlah fanatik sangat tapinya undangan tu aku penuhi juga walaupun replace tempat
Kak Lin, Abang Nizam dan ibunya. Terima kasih Ewan kasi peluang tuk hadir.












Mulanya malu-malu kucing datang ke majlis, sudahnya kucing pun malu
tengok kami (Note: Aku, Rda dan Syarina) sebab over shoot gambar dengan keluarga Aizat. Sronok gaklah n nasib kami baik sebab fans Aizat (Kak
Rohaya dan Izwa) hadir. Makluman:
Kami berkenalan di majlis tersebut dan bermulah lah kisah mengusya kak Aya dan Izwa menjadi
perantara untuk kami bermesra2 dengan keluarga Aizat yang sungguh manis dan ramah tamah terutama ibu Aizat dan kakaknya Elly....(tengok gambar sebelah tu..maniskan?) as sweet as us.. Alamak..!

Aizat memang la bz melayan karenah anak-anak yatim tapi kami pun sempat gak posing maut walaupun sekadar dapat sipi-sipi pose Aizat... wa dah cukup puas hati... Tapi tak cukup dengan tu..kami heret kak Aya tuk bergambar dengan Elly, Auntie Fina, Anas dan family yang lain...
Aku paling vote popia basah yang dihidangkan...5 bintang beb. Memang best. Juadahnya amat sederhana tetapi membuka selera. Nasi + sup ayam + kerabu ulam raja + kuih cara + cup cakes (makluman: dari ait tangan ibu Aizat sendiri iaitu Auntie Fina..best..). Kalau tak kerana dek sakit kepala memang balun habisla...

Masa senggang antara maghrib dan isyak lak kami penuhi dengan shooting dan menyaksikan pemberian cenderahati kepada anak2 yatim. Sayu lak bila tengok anak2 yatim tu tapi sangat seronok melihat depa gembira dapat bersama Aizat dan keluarganya. Semoga Allah merahmati kebajikan yang dibuat oleh Aizat dan keluarganya...

Thank you again Ewan...sebab penuhi request aku nak dapatkan CD Demo Aizat...dan juga undangan tersebut...Harap pas ni ada lagi la kan....boleh nak havoc havoc sikit...

Ramadhan 1430

Ramadhan kali ni memang meriah.. Aku sangat suka la sebab banyak cuti so aku ada peluang berharga untuk sahur dan berbuka dengan orang-orang tersayang.


Tapi tahun ni aku lagi suka sebab aku tak teringin sangat nak ber'shopping' juadah berbuka pose. Kekekeke sejak awal berpose aku masak dengan housemate kat umah..Heaven dowh..Kalau g menyelit kat bazar Ramadhan tu tekak tak terasa nak merasa juadah yang dijual.

Cam no nak teringin...gue tengok agar-agar kecik tu pun jual dengan harga RM0.50 sekeping. Gilo apo? Kalau pun gula tak cukup kek kedai jangan la sembelih orang berpose sampai cam tu sekali. Den yang keciwo sebab yang banyak beli tu student-student IPTA kek S. Alam... Baik eden buek agar2 sendiri kek umah..

Ye tak...PK la sket wahai penego-penego bazar Ramadhan. Adapun aku puji ada satu gerai kek sek.2 tu. Jual nasi ayam dengan harga yang berpatutan siap boleh request nasi tambah lagi... Salute la abe...

Tu satu perkara...apa macam dengan incident tahun lepas..Aku dengan house mate pergi bazar Ramadhan lalu terpandang la minah jual apam balik sedang mengasah pisau (perhatian: pisau tersebut digunakan untuk memotong apam bali yang besar tu ye tuan-tuan dan puan-puan) pada simen tepi longkang. What da _ _ _ _. Bengong apa.... Jaga lah kebersihan..dan makanya saham-saham tersebut anda bawa ke sana nanti.