Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, September 19, 2009

Balik Raya

Bertolak balik ke kampung untuk menyambut Hari Lebaran kali ini agak lain sedikit. Selalunya konvoi dengan abangku. Kali ni aku balik berseorangan kerana tahun ni dia beraya kat kampung isterinya. So aku terpaksa 'gamble' balik sorang. Wallaweh.....


Sebelum bertolak balik aku singgah ke rumah sahabatku Puan Siti Rogayah. Sampai aje tengok dia tengah membersihkan rumah dan anaknya sedang tidur dalam buaian. Aku ingat nak la letak gambar Ct dan Faris di sini...tapi al-maklumlah talipon tidaklah secanggih mana nak snap gambar...

Aku pegang je buai, Faris terjaga. Dia tau kot auntie Ja die datang nak main dengan dia walaupun sekejap. Dokong, timang, mengagah si kecil tu buat aku leka. Tengok2 jam dah pukul 10 malam.
Thanks la T kasi Faris main dengan aku. Dah lama aku idam main dengan anak kau.

Kul 10 aku bertolak dari Selayang....sepanjang perjalanan aku tukar2 siaran radio. Semua lagu raya...yang baru dan yang lama... melayan je aku sambil berkaraoke dalam kete sorang2. Kereta yang menghala ke Karak...Masya Allah punya la banyak. Aku tengok seme kete penuh dengan penumpang. Maklumlah balik kampung. Aku balik gak..tapi sengsorang. X pe...aku layan jugak walaupun kadang-kadang ada mata yang tengok pelik je....

Lagi yang buat aku lebih bersabar nak masuk ke persimpangan Bentong, mak ai.. Q punya panjang dan seperti biasa..akan ada la kereta2 yang mempunyai pemandu-pemandu yang tak sempat habis kursus etika pemanduan agaknya... potong line. Itu yang membuat darah naik menjadi sirap. tapi tak pe liza....sabar...

Alkisah jalan agak lancar daripada Bentong menghala ke Raub. Namun sekali lagi perkataan 'jammed' keluar dari mulut. Kereta dari belakang dengan slumber badak memotong dari arah kanan. Mak ai... aku beratuq punya la panjang...

Tapi sampai kat depan sikit aku tengok seme kete2 kat blakang dah tak memotong. Pasal apa agaknya? Erm dah ada yang maut kat tengah jalan rupanya...itu pasal la jammed. Innalillhiwainnailaihi raji'un. Sepanjang perjalanan dari spot tersebut, aku terpikirkan di jam 1 pagi itu..atau mungkin 2-3 jam selepas itu keluarganya akan mendapat berita yang amat memilukan. Anak yang ditunggu sampai untuk menyambut lebaran pulang dengan terbujur kaku....amat memilukan.

Terpikir juga aku di waktu tu....kalau la aku?....Kesiannya mak, ayah... Nauzubillah...

Aku sampai di rumah tepat jam 1.30 pagi. Mak, ayah dan wan dah pun tidur... Syukur alhamdulillah...aku masih dapat mencium tangan kedua2 mak dan ayah serta wan yang waktu itu sedang tidur.....SELAMAT HARI LEBARAN MAK, AYAH, WAN

0 comments: