Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, January 31, 2011

LoacOVE

It's mine LoacOVE by my LOVE... yEAY!!! Dapat LOACKER lagi.... Thank you my DARLING.... Lasti time dapat single..n now dapat triple... Next time make it TETRIS ya cayang...


saya sayang awak.....

This is the reason you make me fat...hahahahaha just kidding..I love the chocolate. Thank you Abang...happy working...jangan marah-marah, jaga kesihatan and smile always. Me also need a rest... tapi dapat cuti pun pendek..Sabtu Ahad mendatang kerja... Khamis dan Jumaat rasa macam nak pegi somewhere else yang boleh tenangkan fikiran... tapi takkan nak pergi sorang-sorang..

Family g Kelantan wa tak dapat ikut
Tunang ajak ke Penang pun tak dapat ikut..
Then..takkan nak duk sengsorang kat Shah Alam..
Melampau kot kalau nak g ofis...
Kepala otak sedang ligat fikir aktiviti di hari cuti..







Walla! nak g survey barang persiapan...! huhuhuhuhuhu
survey je la...pulus dah ranap...

Wednesday, January 12, 2011

OUTSTATION

Fuuuhh...

Banyaknye lagi persiapan belum finalize...Gue sudah pening. Harapnye 2 daripada 3 tempat program hari Ahad nanti dibatalkan. Bermula esok, saya akan berkampung di Tg.Karang sehingga hari Isnin. Ok. Just stop rite here. Yang minggu depan-minggu depan punya cerita.

Pepagi Isnin tu juga ada temujanji yang kena hadap..Rawang dan Gombak.. Walaupun hari ni baru hari ketiga, rasanya macam dah seminggu bekerja. Alhamdulillah..setakat ni semangat masih belum luntur. Kalau ada yang tak berapa okay pun harap-harap nanti boleh handle dengan plan contigency yang lain. Memang risau...



Tuesday, January 11, 2011

Hectic Week

Hahahahacchummm....

Uhukuhukuhukuhuk..
Cik Abang pun dah berjangkit sama..

Menandakan tahap kesihatan saya telah mula di bawah penanda aras kurang memuaskan. Bukan itu sahaja. Atas kesibukan itu juga telah mengheret cik abang sorang tu ke sana ke mari di program yang lepas. Anyway terima kasih banyak. Saat dan waktu tersebut telah memberi kita peluang untuk mengenali our truth colour.

Erm..memang dari dulu terfikir..siapa la yang sanggup jaga diri ni. Erm tak tahu la cik abang dapat bersabar ke tak.. Adik J pun kata benda yang sama sejak kami di bawah satu aspuri lagi... Susah ke nak jaga...tak dinafikanlah... harapnya abang dapat bersabar untuk mendidik diri ini... Harapnya peristiwa Ahad lepas tidak lagi berulang.. I feel so CHOI...!

Saya kurang sihat..KAMI kurang sihat...
jadi saya tak ada mood untuk menulis.
Lagipun minggu ni sangat hectic tapi saya sangat seronok bekerja..
seperti tunangan saya yang sangat kuat bekerja cuma saya ada 'masa-masanya' sahaja..(hehehehe)

K la..tak ada masa dah nak tulis....
Sangat banyak benda tak settle dan sangat letih bila delegate kerja orang tak buat.. (ini umpan untuk kena marah ni)... (tapi saya sedang belajar untuk delegate kerja ye....)..

Friday, January 7, 2011

Demam Lagi

Semalam nak makan ubat baru perasan tarikh ubat (masa demam bulan lepas) 3 hb. Maksudnya cukup sebulan demam semula. Wah..ini dah kira kena sedut antibiotik setiap hari ni supaya sihat dan kuat. Tak larat nak demam apalagi di kala urusan-urusan penting sedang beraksi penuh dalam dairi.

Bila tengok appoinment untuk minggu depan..aduss

1. Isnin : Sg. Burong
2. Selasa : Ampang
3. Gombak - Belum kompem
4. Hulu Langat - Belum kompem

Rasa dah agak lega sebab tour kami dah mula bergerak ke Zon Tengah (zon yang paling syaa suke sebab dekat dengan umah) sebelum ke Zon Timur (kembali jauh dari rumah) dan menuntut untuk bermalam.

Hujung minggu yang mendatang memang tiada peluang untuk berada di rumah. Runsing betul memikirkan belum sempat untuk ke kursus kawen...huhuhuhu..Pening bila fikir.... I'm stressed dan kesannya dah ada.

Alamak..takkan nak kena buat appoinment lagi....Ya Allah sihatkan tubuh badanku...

Cerita 3 Jenis Kapal

Cerita ni diceritakan oleh managerku selepas mesyuarat di Sg. Besar malam Rabu lepas. Mata sebenarnya dah mengantuk. Sambil ratah tom yam seafood kami bercerita mengenai politik semasa di Selangor... bosan dan memang membosankan tapi ambil tahu juga sebab sebahagian dari kerja. Cerita ni juga yang buat mata yang mengantuk tadi segar bugar...dalam masa yang sama saya berfikir.. Walau sekadar jenaka tetapi hakikatnya benar...


Diceritakan berkenaan tiga jenis kapal yang sedang karam..

Kapal pertama adalah kapal orang Arab. Semasa kapal sedang karam krew kapal mencari nakhoda kapal. Di cari ke sana ke mari (bilik mesyuarat, deck kapal, bilik tidur..semua tidak ada. Rupa-rupanya mereka jumpa nakhoda sedang asyik menikmati makanan).

Kapal kedua adalah kapal orang Cina..situasinya sama. Pencarian krew berakhir apabila terjumpa nakhoda yang mati sambil memeluk peti harta dan emas.

Kapal ketiga adalah kapal orang Melayu.situasinya juga sama. Pencarian krew berakhir apabila terjumpa nakhoda yang masih berada di bilik mesyuarat mengarah anak-anak kapal yang lain untuk buat itu dan ini..

Dalam rumusan yang lain apapun yang terjadi..orang Arab memikirkan makanan, orang Cina pula tidak terasing dengan kekayaan dan Melayu hanya sibuk merancang akhirnya tenggelam begitu sahaja sehingga hujung nyawa tetap di bilik mesyuarat..

Berfikirlah....

Wednesday, January 5, 2011

Titik Fokus

Baru semalam masuk ofis dengan semangat yang semakin membara. Pagi tadi jam 1.30 pagi baru sampai rumah kerana ada meeting di Sungai Besar. Tidak memenatkan langsung..Alhamdulillah..

Nak pinjam kata-kata tunangku "KUAT DI DALAM, KUAT DI LUAR". Semoga kami sentiasa bersemangat di dalam melaksanakan tugas. Ada ketika ribut melanda.. ada ketika pelangi menjelma.

Dalam pada itu, saya perlu fokus yang lebih untuk mempersiapkan diri meniti hari besar nanti. OMG! saya cuma ada masa 3 bulan lebih untuk buat persiapan. Kalau abang ngah kawin dulu sempat nak memintal bunga telur, nampak gaya untuk majlis sendiri tak merasalah... But it's okay. Insya Allah...sempat nak buat yang lain..anyway.. I need to have a checklist.. bila mau buat ni..

I need some space to breath deeply. Erm..nampak gayanya tugasan ofis pun menuntut fokus yang agak tinggi. Insya Allah..I will do it for my best. Dah nampak jalan-jalan yang terbuka luas sekarang.

Erm..cik abang..mohon izinkan ye..

Lot of Luv


Sunday, January 2, 2011

Majlis Bertunang 1.1.11

Alhamdulillah, statusku telah bertukar di hari pertama TAHUN BARU 2011. Bertarikh 1.1.11 menjadi detik sejarah ikatan kami sebagai tunangan orang.

Status : TUNANGAN KEPADA YBHG. ENCIK JUNAIDI BIN ISMAIL hehehe... dan

Status beliau : TUNANGAN KEPADA YBHG. CIK NUR HASLIZA BINTI HAMAR.(sangat menggelenyarkan hati...kui kui kui)

Hari Sabtu seminggu sebelum majlis adalah hari yang dirancang khas untuk buat persiapan secara all out. Jalan sorang-sorang kat Chow Kit walaupun berdebor tapi gagahkan juga. Tq so much to Puan Rda (membantu dalam mencari baju bertunang dan idea beliau juga yang syorkan baju tersebut..I loike....). Terima kasih kerana datang...mmuah

Terima kasih kepada sahabat sepejabat yang hadir juga saudara mara yang memeriahkan majlis. Kecil dan sederhana tetapi penuh bermakna.

Gue nebes bagai nak rak... memang patut pun Puan Rda jalan laju masa dia nak bertunang...'nebes' adalah jawapannya. Bila tengok video sarung cincin risik dan tunang, rasa malu lak sebab laju je hulur tangan nak sarung cincin. Malu siot....

Anyway...semua persiapan diri dibantu oleh cousin-cousin dan kakak ipar yang begitu kritis.. Alhamdulillah.. Ada masalah dikemuncaknya dapat diselesaikan dengan bijaksana. Tahniah cousin-cousinku...

Erm..make up jangan tanya..memang hancur la sebab sdn bhd. Gue tak ada masa nak cari jurumekap. Jadi, ala kad sahaja..sebab majlis ini dirancang dua minggu sebelumnya..





Semoga impian kita akan terlaksana..Aminn

Untuk tatapan sahabat-sahabat. Mohon maaf kerana tiada undangan khas sebab dilaksanakan kecil-kecilan sahaja..Insya Allah..undangan walimah akan menyusul dengan doa kalian..