Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 7, 2011

Demam Lagi

Semalam nak makan ubat baru perasan tarikh ubat (masa demam bulan lepas) 3 hb. Maksudnya cukup sebulan demam semula. Wah..ini dah kira kena sedut antibiotik setiap hari ni supaya sihat dan kuat. Tak larat nak demam apalagi di kala urusan-urusan penting sedang beraksi penuh dalam dairi.

Bila tengok appoinment untuk minggu depan..aduss

1. Isnin : Sg. Burong
2. Selasa : Ampang
3. Gombak - Belum kompem
4. Hulu Langat - Belum kompem

Rasa dah agak lega sebab tour kami dah mula bergerak ke Zon Tengah (zon yang paling syaa suke sebab dekat dengan umah) sebelum ke Zon Timur (kembali jauh dari rumah) dan menuntut untuk bermalam.

Hujung minggu yang mendatang memang tiada peluang untuk berada di rumah. Runsing betul memikirkan belum sempat untuk ke kursus kawen...huhuhuhu..Pening bila fikir.... I'm stressed dan kesannya dah ada.

Alamak..takkan nak kena buat appoinment lagi....Ya Allah sihatkan tubuh badanku...

0 comments: