Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 19, 2010

Maher Zain Showcase....14-15 Oktober 2010

Really exciting. Maher Zain @ selepas ini MZ telah datang ke Malaysia. Kalau tak salah pertama kali dengar lagunya di FB. Bila terbaca MZ akan datang ke Malaysia buat showcase, memang dah tak fikir panjang untuk tempah tiket. Walaupun masa tu gaji belum masuk, just yakin akan ada rezeki untuk hadir ke sana. Alhamdulillah.

Booking tiket untuk 3 seat (my sayang, Syarina n me)dalam keadaan kelam kabut, risau tiket habis. Dan hari yang dinanti tiba. Sangat mengujakan dan sangat tidak sabar (sampai kena marah). Perasaan yang tidak dapat digambarkan bila MZ keluar ke pentas. What a beutiful melody and lyrics. Seb baik beli CDnye awal kalau tak... tak leh karok dengan MZ di showcase..kui kui kui...


Jam 5 kuar dari opis semata-mata nak collect tiket awal...




Semua gambar di atas adalah pada hari showcase pertama. Hati rasa berat nak balik sebab tak dapat jumpa dengan MZ untuk dapatkan autograf. Mungkin agaknye memahami keterujaan dan keterajalan diri ni..my beloved cuba dapatkan sorang kakitangan yang bertanggungjawab ke atas MZ untuk minta bantuan... Hari pertama memang kecewa tapi....ada misi yang mesti diteruskan di showcase ke-2.

MISI untuk mendapatkan tandatangan yang boleh buat lena untuk tidur malam...N bersama Syarina, satu-satunya angkatan yang ku bawa bersama (kerana dia juga excited) hehehehehe...

Mula-mula dapat poster..itupun rezeki tergolek depan mata..apalagi....

Kemudian dapat berposing dekat kete yang bawa MZ ke showcase huhuhu boleh la.. Masa ni sedang menunggu CD yang diberikan kepada sorang brother untuk ditandatangan oleh MZ..Lamanya... Sampai dah nak balik brother ni bgtahu minta tunggu di Concorde... Wah! It's a chance...

Sampai-sampai di Concorde....hanya kami? Great!!!!!!!!!!! Alhamdulillah...dan akhirnya..

|

|

|

|

|

|

|

|

|


EXCLUSIVELY....

AKHIRNYA............
Penantian berakhir. "ALHAMDULILLAH"
dapat
*POSTER*
*SIGNATURE*
*PICTURE*
*JUMPA PERSONALLY*
DENGAN BELIAU.....MAHER ZAIN
dan yang paling mengujakan
EN.BOB MENYAMPAIKAN SALAM DARI MAHER ZAIN KEPADA KAMI (ME N SYARINA) SEBELUM NAIK FLIGHT KE SWEDEN.....

Semua kerana "INSYA ALLAH" melalui bantuan My Beloved (sangat memahami) dan Encik Bob (sangat kental tapi baik hati)."THANK YOU"

Agak jeles dengan Syarina sebab ni la satu-satunya MZ pandang kamera....





Tuesday, October 12, 2010

Alhamdulillah

3 masalah penting dalam hidup minggu lepas dah terurai....Alhamdulillah. Rasa nak pecah kepala bila dipendam dan difikirkan.


Perkara pertama: Sakit mata; dah sembuh dalam masa 3 hari

Perkara kedua : Konflik yang timbul , semakin dipendam semakin gelisah..bila luah alhamdulillah. Tindakan: telah diluahkan dan waktu bertenang seketika.

Perkara ketiga: Cuba menjauhi anasir luar yang cuba menggugat kesetiaanku... Alhamdulillah


Kegembiraan: Ofis mendapat perkhabaran gembira yang meningkatkan momentum bekerja...Alhamdulillah

Monday, October 4, 2010

Pagi!!!!!

Assalamualaikum..

Semangatku agak lain hari ni. Pagi tadi bangun tidur (walaupun agak lesu dengan kepanasan badan yang agak tinggi) kugagahi. Mungkin kerana dek semangat selepas menghadiri ESQ 165.
Pagi ini ku sengaja memilih jubah putih hadiah dari kekandaku (simbolik kepada kesucian dan buku baru yang ingin kubuka). ESQ bukanlah tempat penyucian diri tetapi ilmu itu akan membawa kita kepada penyucian diri dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Alhamdulillah, memang kurasa aku terpilih mendalami ilmu di sana melalui dia. Terasa begitu bersyukur hidup di dunia ini dan terasa begitu kerdil untuk bertemu dengan Allah.

Banyaknya yang perlu dipelajari. Setingkat demi setingkat ku yakin bahawa WAJIB untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimana cara untuk kita menggabungkan kehidupan kita didunia dan akhirat, bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab dunia tanpa melupakan akhirat.

ESQ mengajar apa itu Ehsan, Iman dan Islam.

Fitrah kejadian manusia adalah suci murni dan kemudian dengan pengaruh persekitaran, hati kita sedikit demi sedikit menjadi kotor dan hitam. Bersihkannya kembali dengan istighfar, wudhuk dan melontar jamrah (haji).. Anda akan lebih merasakan bagaimana apabila mengikuti kursus ini.

Bagaimana kisah-kisah dan tauladan para nabi dan rasul mengajar kita untuk melaksanakan prinsip rukun iman agar kita boleh melaksanakan amalan duniawi tanpa meninggalkan ukhrawi. Bacalah dengan nama Allah... Baca dengan mata hari dan bukan membaca dengan mata fizikal yang kita ada...

ESQ menghuraikan rukun iman dengan cara tersendiri agar kita lebih memahami untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati dan kita akan belajar bagaimana menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dari urat leher manusia. Itulah yang anda perlu belajar supaya kita dapat merasakannya dalam setiap detik dan waktu.

Begitu juga pendekatan yang dilaksanakan untuk memahami rukun Islam dengan cara yang paling mudah difahami. Belajar tanpa praktikal, ilmunya tidak akan kekal. Faham, praktik + menjadi kebiasaan yang akan membawa kita kepada kejayaan abadi (syurga di sisi Allah).

Mungkin sedikit sahaja yang dapat dikongsikan, kerana ku tidak fasih berkongsi dengan jari. Namun galakkan kuberikan untuk menghadiri majlis-majlis Ilmu sepertinya. Mungkin yurannya agak tinggi (bagiku memang tinggi) mencecah RM1,000++. Namun berbaloi dengan apa yang anda pelajari. Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana ada insan mulia yang memberikan peluang ini padaku. Kerana Allah melaluinya dapat kuhadiri majlis ilmu... Syukur padamu ya Allah.

Moga hidayahMu sentiasa bersamaku. Amin.