Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 27, 2010

PERHATIAN: Sesi Teh Tarik Part 1

Well, I've got positive feedback from my friends tentang ide Family Day ini. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang saya jumpa dan communicate support usaha ini. Al-Qisah Family Day ini akan diadakan istimewa untuk X-Student IS 220/221/222 dan 223 batch 2001-2004 sahaja.

Sesi Teh Tarik akan diadakan untuk membincangkan pemilihan AJK dan juga pelaksanaan program. Saya amat menghargai sekiranya sahabat-sahabat dari IS 220 /221 dan 222 dapat hadir atau menghantar wakil untuk sesi teh tarik yang akan diadakan supaya kita dapat bekerjasama untuk mengumpulkan sahabat-sahabat lain . Sahabat-sahabat dari IS223 akan saya maklumkan sendiri.

Mohon juga submitkan nama wakil dan nombor hp kepada saya supaya kita dapat adakan perjumpaan secepat mungkin.




QERANA BALQIS...

Al-Qisah kerana Balqis, tidak tertahan lagi untuk membeli hp yang boleh 3G dan mms. Hati ni tidak tertahan kerana asyik forwardkan gambar Balqis di hp Cokia yang bukan Nokia. Bersama Syikin pergi ke kedai telefon untuk "menyervei" hp. Seperti yang dimaksudkan tadi, niat sebenar adalah untuk menyervei...tetapi bila dah sampai kedai hati mulalah nak membeli..


Niat membelek tadi telah pun bertukar untuk membeli. Pilihan hati yang agak sederhana tetapi boleh nengok muka Balqis...

Ish..ish...sebenarnya ada benda lain lagi yang boleh dibuat dengan bajet yang saya keluarkan tetapi Qerana Balqis...

Monday, April 26, 2010

Family Day Arrangement

Oh..my..sambil buat report sempat buat arrangement tuk family day. Special for IS 2001-2004. Well, meeting will be held soon. I've done buat rangka kerja kasar n hopefully rakan-rakan akan support me untuk preparation nanti. I'm thinking games yang boleh buat semua orang rasa seronok.

Memandangkan ini meeting yang ke-2 selepas perjumpaan last Majlis Berbuka Puasa tahun 2008. N I extremely excited to gather all my friends. Cuma tak tahu sama ada nak buat IS223 sahaja ataupun campurkan IS 222 n IS 221..(IS n number ni adalah code course kami masa di UiTM). IS stand for Information Studies yang sekarang dah ditukar kepada Information Management.

I will send the agenda to the person yang boleh membantu. Hahahahaha. Sesi Teh Tarik of course. Ada beberapa games yang boleh dicadangkan. Dan harapnya tahun ni menjadilah...





Well, Insya Allah saya akan usahakan kita akan bertemu semula

Permulaan Minggu Yang Bahagia


Alhamdulillah, pagi-pagi Isnin yang berbahagia ini [rasanya Isnin pertama yang dirasakan paling bahagia he he he]. Kalau setiap hari Isnin berbahagia macam ni tanpa stress di awal pagi rasanya dah cukup 'syurga'.


Thanks to A2k gak sebab forward nice clip to me n rasa penghargaan seorang wanita menebal dalam sanubari...

  1. Yang selalu dianggap lemah
  2. Yang selalu menjadi tawaran peragaan
  3. Yang selalu diremeh temehkan
  4. Yang selalu menjadi mangsa atas kesetiaan yang diberikan
  5. Yang selalu menjadi punca fitnah

Itu yang perlu diperbaiki

Namun tidak lupa kekuatannya dalam

  1. Menggoncangkan dunia dengan tangannya
  2. Melahirkan sorang insan yang daripadaNya melalui wanita
  3. Mengerjakan rumahtangga walau penatnya usah dikira
  4. Menjaga kehormatannya ketika suaminya tiada
  5. Menjadi tulang belakang pada golongan ADAM
  6. Menzahirkan perasaannya dalam kasih sayang yang tiada terkira kepada keluarganya
  7. Menjaga kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada yang hak..
Renungilah kelebihan dan kekurangan wanita...


dari wanita untuk wanita...

Thursday, April 22, 2010

This Nite


Memang nak release sungguh ni...nak hilangkan rasa fed up. Malam ini akan dimeriahkan lagi dengan cerita di bawah. Malam ni, Cik Shada dah booking untuk 6 orang. Meriah babe... Masa untuk hepi-hepi. Esok sudah mau ke Taiping...tak sabar rasanya minggu depan..mau bersuka ria lagik......


Hiburkan diri sendiri.. tak menyusahkan, tak menyakitkan dan juga tak membosankan... walaupun fulus dah agak-agak dah ni...GAJI cepatlah masuk..

Wednesday, April 21, 2010

DaTe NitE

Sebenarnya dah lama tak tengok movie...tapi smalam rasa macam nak g release. Dapat pula sokongan daripada Cik Ina & Rda..Saya okay jer.. Nak tengok "When in Rome" tak kuar lagi..so kami pun reserve tiket dan tengok citer ni..


Citer ni memang klaka giler... sakit perut dan tegang urat kat kepala bila gelak... Serius, sangat best. Ada input ke'suami' isteri'an yang boleh dicontohi. Cumanya citer ni di bawah 18PL so faham2 je la kalau nak bawak kanak-kanak. I mean remaja pun sebenarnya.

Mereka suami isteri yang sangat sweet..dan saya berangan untuk menjadi loving dan fun seperti mereka... walau dalam kesulitan, kebersamaan mereka utuh, cinta mereka padu...

Tuesday, April 20, 2010

Selesai Sudah...



Tamat buku Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam, saya telah menghabiskan novel Wasilah Cinta Weera. Alhamdulillah, selalunya lambat nak menghabiskan waima satu buku dalam sebulan.


Maka selepasnya juga telah saya telah mengkhatamkan buku yang berjudul di atas...dan seterusnya menanam matlamat untuk menghabiskan buku di bawah ini. Insya Allah akan bermula pada malam ini sebelum tidur.


Dalam meneliti kandungan buku-buku terbaru yang saya habiskan..terdetik di hati kecil saya. Apakah kita bersedia untuk menjawat tanggungjawab sebeban sesempurna mungkin...

Monday, April 19, 2010

Last Week Program

Dengan rela minggu lepas mengikut Program Rakan Muda sebagai wakil INMIND... I like very much aktiviti jungle tracking yang dilaksanakan. Pun begitu hanay dapat memendam rasa untuk bermain air sebab jaga budak2. Dalam hati hanya Allah yang tahu saya begitu mahu menikmati kesejukan air sungai berada di tengah-tengah air terjun dan berenang di dalam kolam semulajadi...
apesal aku tak leh terjun?

Kesejukan air yang sangat menyentapkan hati

Dapat bergambar pun jadi la


Berjanji untuk mengheret sahabat handai ke tempat ini...




Monday, April 12, 2010

My New NurHeart



Tak boleh digambarkan perasaan bila diriku berubah title jadi ibu saudara. Lihatlah dunia, my new NURHEART


Papa dan Ibu


Cayang Cik Eja


Comei comei...




Comelkan bile saya tidur...

Nama saya: Balqis Nur Batrisya
Nama Bapa : Mohd Hasrizal bin Hamar
Nama Ibu : Nurzalina binti Harun
D.O.B : 10 April 2010 (cantikkan tarikh lahir saya..pandai Papa dengan ibu bajet tarikh hehehehe)
Perkara pertama yang saya belajar bila keluar dari perut ibu :
Menangis (saya mempunyai paru-paru dan jantung yang kuat ye tawan2)
Panggilan kepada Ibu saya: Ibu
Panggilan kepada Bapa saya : Papa
Perkara pertama yang saya akan buat:
Saya akan bina blogspot saya sendiri...Cik Eja akan menjadi P.A saya...
Impian saya : Ingin menjadi anak solehah pada ibu dan papa

Macam benda Cik Eja dah plan dalam kepala nih untuk BALQIS NUR BATRISYA BINTI MOHD. HASRIZAL a.k.a BALQIS HUMAIRA. Cik Eja je yang tambah Humaira.. Balqis Putih Kemerahan.....


Monday, April 5, 2010

All Out...


Alhamdulillah..rezeki Allah mencurah-curah sekarang. Ada usaha maka ada habuan. Apa yang perlu, cuma teruskan usaha meningkatkan taraf hidup. Syukur atas apa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t

Walaupun agak kepenatan namun lebih bahagia dan lebih bersemangat. Chaiyok chaiyok..hidup lebih bahagia tanpa perlu menyibukkan diri jaga tepi kain orang lain.

3 matlamat besar yang akan dicapai menjelang hujung tahun. Insya Allah. Moga Allah memberkati usaha yang saya lakukan..


Thursday, April 1, 2010

She Wolf- The Last Sentinel

RAHSIA, PENGKHIANATAN DAN ERTI CINTA SEJATI IKUTI TELENOVELA FILIPINA ‘SHE– WOLF, THE LAST SENTINEL’ DI TV3

Istimewa buat jutaan penonton TV3, slot Telenovela bakal menyiarkan sebuah siri drama Filipina, “SHE – WOLF, The Last Sentinel” mulai 23 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation membariskan pelakon-pelakon berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.

Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, “Slot Telenovela di TV3 popular dengan siri drama dari Latin Amerika dan Sepanyol seperti Rosalinda yang pernah mencipta fenomena. Pada tahun 2010, Telenovela akan menjalani pembaharuan dengan memperluaskan pemilihan siri ke serata dunia. Sebagai permulaan, TV3 telah memilih siri drama tagalog, She-Wolf yang mempunyai jalan cerita yang menarik, pengembaraan yang mendebarkan dan juga kisah cinta yang menyayatkan hati.”

Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.

Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.

Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.

Kenapa tak ada ulangan di tengah malam ek TV3?

CupQaqeS

Saya tersangat malas untuk menulis entry untuk kali ini.... Jadi just direct word, 2 minggu lepas saya telah pergi ke kelas buat CupQaQes... Di bawah adalah hasilnya. Mintak maaf gambarnya sangat lah burok...