Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 22, 2009

Kerja Aku Dua Minggu Lepas

Wow...agak lama juga tak menulis dalam blog...Dah bersawang la jugak.

Anyway banyak perkara yang berlaku dalam masa dua minggu kebelakangan ini. Letih tapi seronok yang teramat. Dan yang paling penting sekali, there is a lot of memories I couldn't describe by words...

Diari ku 2 minggu sebelumnya

Pengenalan: Aku terlibat secara langsung dalam menguruskan Annual Event for Asia Youth Forum.

Tugasan: Jemput delegates daripada Filipina, Kemboja, Thailand, Yemen (Deputy Minister of Yemen), China, Jerman, India, Bangladesh dan sebagainya di KLIA. Selama 5hari aku berulang alik ke KLIA walaupun program dah nak habis..masih ada delegates yang sampai pada hari terakhir program. Letih tok sah nak kira...tapi aku maintain je ler..walaupun aku terlepas banyak aktiviti best dalam program.Penawar lain- Delegates adalah sangat baik dan memberi kerjasama, tidak banyak karenah dan aku yang penat ni tak emo.....

Aku tak masukkan gambar kat sini sebab aku sekarang sehelai sepinggang balik kampung. Ini pun aku menumpang PC kat library kampung aku. Amat mengujakan sebab aku dah lama tak masuk library ini.

Berbalik kepada cerita asal..

Alhamdulillah...Cik Ubi Wan Nor Syafarina menjadi assistant. Seronok bekerjasama sebabnya dia seorang yang well arrange tak macam aku.

Pagi petang siang malam kami kat KLIA. Siap tidur kat sana walaupun pengurusan ada menyediakan penginapan di Concorde Inn Hotel, Sepang. Tidur [un tak menentu, makan apatah lagi. Nak makan kat KLIA? sangat membikinkan aku marah. Nasi separuh, tauhu telur dan kuah RM6.00? Tobat aku tak makan dah kat sana. Makanan Rda plak sayur 3 jenis bersama kuah RM10.40! Hilang akal apa?

Aku rasa Polis bantuna yang ada kat KLIA tu dah kenal muka aku dan Wan sebab hari2 tunggu kat departure hall tu. Siap kena sound lagi... Aku tunggu sambil pegang tagging macam dalam TB tu..selamba badak je la. Walaupun sebenarnya aku agak malu...

After 5 days di KLIA..aku bersama juga dengan rakan seangkatan yang lain di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur. Sempat dengan sessi Youth Speak dan closing Ceremony pada malamnya sebelum kami bertolak ke Melaka untuk World Assembly Youth Programme.. Ye haaaaaaaaaaaaaa...........nanti aku masukkan gambar..

0 comments: