Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, June 25, 2010

Pemergian Seorang Sahabat

Selepas berbuka puasa malam tadi, diri dikejutkan dengan pemergian sahabat karib dan suaminya ke hadrat Ilahi. Tatkala polis berita perdana memaparkan kad pengenalan mangsa lemas di Langkawi semalam. Terus menjerit nama seorang sahabat yang telah lama tidak bersua Norita Dahari dan suaminya Yuhin Azlan. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Allah lebih menyayangi mereka.

Bertemu dan berkenalan dengan arwah Norita di tahun 1996. Walaupun sekejap kerana arwah berpindah ke sekolah lain selepas 2 tahun. Kami sememangnya rapat atau lebih senang dikatakan kami 'geng' bersama-sama sahabat-sahabat yang lain iaitu Srie, Qiey, Mc Ha dan Haizan.

Peribadi beliau yang lemah lembut dan amat mengambil berat hal sahabat-sahabat membuatkan kami rasa begitu rapat. Kesannnya, apa apabila namanya disebut dalam berita..air mata berjurai tanpa henti. Lebih menyayat hati, arwah dan suami meninggalkan seorang cahaya mata yang baru berusia 2 tahun. Semoga Allah menganugerahkan rahmat dan perlindungan pada sikecil..

Moga Allah merahmati kedua-kedua pasangan
dan ditempatkan dalam golongan soleh dan solehin.

Untukmu kak ita dan suami, kutitipkan doa dan yaasin mengiringi pemergianmu. Allah lebih menyayangimu..Budi baik, jasamu sebelum ini, hanya Allah yang dapat membalasnya..



Klip video ini arwah telah tujukan kepada arwah suami
beliau dengan komen "Yang ni dah dengar ke abang?"

Sungguh Allah telah menyatukan kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat...Al-Fatihah. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan satu ketika dahulu Sakinah, Srie, Halimatussa'diah, Haizan, n me.. lagu ini mungkin akan mengingatkan kita pada peribadi arwah Norita Dahari, sahabat kita yang amat kita kasihi.....

Jika dahulu kita pernah bergurau "siapa yang akan kawin dahulu?" tanpa kita sedar "siapa yang akan 'pergi' dahulu.


0 comments: