Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, January 2, 2011

Majlis Bertunang 1.1.11

Alhamdulillah, statusku telah bertukar di hari pertama TAHUN BARU 2011. Bertarikh 1.1.11 menjadi detik sejarah ikatan kami sebagai tunangan orang.

Status : TUNANGAN KEPADA YBHG. ENCIK JUNAIDI BIN ISMAIL hehehe... dan

Status beliau : TUNANGAN KEPADA YBHG. CIK NUR HASLIZA BINTI HAMAR.(sangat menggelenyarkan hati...kui kui kui)

Hari Sabtu seminggu sebelum majlis adalah hari yang dirancang khas untuk buat persiapan secara all out. Jalan sorang-sorang kat Chow Kit walaupun berdebor tapi gagahkan juga. Tq so much to Puan Rda (membantu dalam mencari baju bertunang dan idea beliau juga yang syorkan baju tersebut..I loike....). Terima kasih kerana datang...mmuah

Terima kasih kepada sahabat sepejabat yang hadir juga saudara mara yang memeriahkan majlis. Kecil dan sederhana tetapi penuh bermakna.

Gue nebes bagai nak rak... memang patut pun Puan Rda jalan laju masa dia nak bertunang...'nebes' adalah jawapannya. Bila tengok video sarung cincin risik dan tunang, rasa malu lak sebab laju je hulur tangan nak sarung cincin. Malu siot....

Anyway...semua persiapan diri dibantu oleh cousin-cousin dan kakak ipar yang begitu kritis.. Alhamdulillah.. Ada masalah dikemuncaknya dapat diselesaikan dengan bijaksana. Tahniah cousin-cousinku...

Erm..make up jangan tanya..memang hancur la sebab sdn bhd. Gue tak ada masa nak cari jurumekap. Jadi, ala kad sahaja..sebab majlis ini dirancang dua minggu sebelumnya..





Semoga impian kita akan terlaksana..Aminn

Untuk tatapan sahabat-sahabat. Mohon maaf kerana tiada undangan khas sebab dilaksanakan kecil-kecilan sahaja..Insya Allah..undangan walimah akan menyusul dengan doa kalian..



2 comments:

Unknown said...

Tahniah!!!! selamat berhempas pulas for your big day!!!

nurheart said...

thanks Nana....