Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 29, 2010

Getting A Rest

~Rasa nak berhenti berblog untuk sementara waktu~

~Saya nak bercuti hujung tahun~

Sebelum tu.....he's flying to Bintulu..Semoga selamat pergi dan selamat balik ya..



Tuesday, December 28, 2010

Tahun Baru 2011..

Selagi hidup dan ada peluang tahun baru mungkin diraikan..cuma selama ni sambut dalam mimpi..(saya seorang yang mementingkan belaian untuk diri sendiri) jadi kalau ada sambut di luar kawasan kediaman adalah kerana kawan-kawan.

Cuma tahun baru kali ni agak berlainan dan mungkin dikirakan magis yang tidak terjangka. Impian setiap tahun tersimpan erat. Antara satunya terlerai di pagi hari tahun baru. Insya Allah.. Setiap orang mengidamkan 'sesuatu' yang amat berharga..impian, azam (entah azam tahun lepas tercapai atau tidak tercapai pun tak pasti).

Azam yang tidak tercapai akan diazamkan lagi pada tahun seterusnya. Sekiranya azam telah tercapai maka kita akan melangkah lagi setapak ke hadapan untuk mencapai azam yang lain. Ia menjadi sumber kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan terus berusaha menjadikan kehidupan lebih bermakna.

Di tahun baru ini, akan terlakar azam yang baru (seperti biasa) dan ia menjadi satu penanda aras di hujung tahun mendatang adakah kita berjaya untuk mendapatkannya. Justeru, azam beserta dengan usaha merupakan adunan yang mantap. Cuma sebanyak mana usaha untuk mendapatkannya hanyalah tuan punya badan yang tahu.

Bukan mudah dan itulah harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan yang dimahukan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 dengan azam lebih murni lebih diberkati..

Period Pain


Orang kata kalau nak tahu rasa sakit bersalin, period pain adalah gambarannya. Kalau betul begitu nak tahan sakit senggugut pun kena tahan nafas..apalagi sakit bersalin. Bulan ni yang paling menyakitkan..nak mengiring sakit belakang, nak terlentang sakit pangkal ari-ari, pendek kata tak senang duduk.. Setiap kali kesakitan pastinya badan jadi udang menahan sakit.. paling selesa ketika dituam....dan paling suka dituam dengan air yang baru lepas dijerang....panas dan selesa..

Kalau dah macam ni taranya..memang tengah sakit
dan jangan kacau...

Mari kita menelaah kenapa terjadinya senggugut...atau bahasa kampung 'period pain'

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Senggugut (PMS) adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dgn kitaran haid wanita. Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung, mempunyai sebahagian simptom PMS ini. Simptom sedemikian biasanya boleh di jangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minngu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

Senggugut merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi dua simptom paling menonjol adalah mudah terganggu dan ketegangan. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut.

Simptom :

1. Murung
2. Perut kembung
3.
Kejang perut
4.
Payu dara bengkak atau sensitif
5.
ketegangan atau bimbang (anxiety)
6.
Masalah tidur (insomnia)
7.
Sakit sendi atau otot
8.
Pening kepala
9. Lesu
10.
Jerawat
11.
Hayunan perasaan (Mood swings)
12.
Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Dismenorea Primer
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal.

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' , disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu anda mungkin turut sama mengalaminya. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan.

Sekiranya anda mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:
  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Dismenorea Sekunder
Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Dismenorea Sekunder juga senggugut yang bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.

Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik. Contoh2 masalah organ Reproduksi adalah :

Endometriosis
: Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio. Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. Ia merupakan sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

Fibroid
: Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
Ketumbuhan pada ruang pelvis termasuklah seperti ovarian cyst atau masalah polip yang boleh menyebabkan sengugut.

Pelvik :
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.

'Intauterine Device' atau 'IUD' :
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakaiannya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.

Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.


Senggugut juga boleh berlaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim. Selain daripada itu, penyakit usus seperti apendisitis dan juga kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio juga antara punca senggugut jenis ini.


Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya anda tahu yang anda mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila anda semakin tua dan tubuh anda berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, anda tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya anda tidak akan menderita selama-lamanya!

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan anda:


1.Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

2.Kurangkan garam.

3.Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
4.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
5.Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

6.Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

7.Berhenti merokok

8.Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
9.Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Pastikan makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
10.
Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
11.Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri. Jika anda pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas anda mengambil pil penahan sakit.
Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu. Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.


sumber : rahsia wanita dan majalah rapi


Friday, December 24, 2010

Loacker

Ntah ngape agaknye...sejak pekena chocolate ni setahun yang lepas..rasanya terus melekat kat lelangit dan jiwa. When it's melting in your mouth, it feels like you're in heaven (pergh gila lah perumpamaan tu). Padahal ada lagi coklat yang lebih sedap bagi orang lain kat luar sana tu. Tapi bila dah jatuh hati kali pertama, maka inilah jadinya..tak pandang benda lain..

Credit diberi kepada My Lovely Jun Jun yang menghadiahkan buah hati dari hati (apa punya ayat daar). 4 bulan lepas dah beli (siap belia dua kotak, malangnya tertinggal kat umah mak saudara dan disental oleh cousin-cousin yang masih kecil.. Sedap ye...memanglah sedap coklat mahal...pergh aaa...nangis mak dalam hati..

Dalam kotak ni ada sebelas jer...
Saya bagi kat sayang saya only a bite..
sebab dia suruh saya yang makan...
tapi saya tak kisah pun kalau dia nak...kan Sayang kan...

Sayangku dah selamat pulang dari Sarawak..banyak betul buah tangan dia bawa (bukan untuk saya sahaja...). Paling istimewa kek lapis Sarawak..cheese lagi..WOW. Cuma sampai sekarang dia masih teragak-agak nak beli baju untuk saya. Masalah saiz..Ari tu beli ter besar, semalam dapat ter singkat plak... Agaknya gelifriend dia ni sekejap kembang sekejap kuncup agaknye... Adoi..macam mana nak pow beli baju bila dia out station ni... (Abang pasti suka ati sebab $$$ tak mengalir lagi hehehehehe =)

I'm very appreciate that. Thank you so much. Abang ingat kat sayang...Luv u mmuah..

Thursday, December 23, 2010

Kamu dan Sahabat....

  1. Adakah kamu anggap sahabat kamu hanya diperlukan ketika kamu susah...
  2. Kamu akan ajak sahabat kamu hanya untuk bergembira tetapi bagaimana pula ketika mereka meminta kamu menadah telinga kerana kesusahan?
  3. Kamu fikirkan supaya sahabat kamu memahami kamu sedangkan kamu tidak berfikir langsung tentang orang-orang disekeliling kamu... Adakah kamu harap mereka mahu memahami kamu?
  4. Kamu minta sahabat-sahabat kamu menjaga hati masing-masing tetapi kamu mahu hati kamu dijaga oleh mereka.. Adilkah?
  5. Sedar atau tidak kemanisan yang kamu bina bersama sahabat kamu akan pudar. Mereka akan merasai betapa janggalnya kamu tidak seperti yang dikenal dahulu. Perasaan mereka yang disisihkan hak sebagai seorang sahabat...
Selama 29 tahun hidupku diwarnai oleh warna-warni sahabat-sahabat yang begitu berharga...Adakah perlu untuk dinafikan hak-hak sahabat yang telah banyak membantu saya selama ini? Sudah tentu tidak...kerana dengan izin Allah Yang Maha Kuasa melalui mereka saya berdiri menjadi diri saya sekarang.

Terima kasih sahabat

MEMBAHAGIAKAN DIRIKU DENGAN KEBAHAGIAAN DIRIMU....

ditujukan juga kepada insan yang Allah kurniakan hadir dalam hatiku...


Wednesday, December 22, 2010

Adakah Kamu Mesin? Tentulah.....X

Saya tak suka di arah sesuka hati melainkan kamu bersopan santun dengan saya.
Bila kamu tidak pandai menghormati saya, adakah kamu rasa saya akan bersopan santun dengan kamu? Sudah tentu tidak.

Saya akan follow hidup saya secara sukarela..(itu lebih ikhlas) saya rasakan dan sesuatu yang berkenaan dengan kerja atau umum itu akan lebih bermakna dalam hidup saya. N be mukhlisin na lahuddin. Saya akan bertolak ansur dengan kamu bila kamu sememangnya bertolak ansur dengan saya.

Jadi untuk mengarah manusia ada caranya. Bukan mesin yang boleh diarah tekan button bergerak tanpa merungut. Kalau disepak pun dia tak boleh melawan..

Friday, December 17, 2010

Aqua Blue n White

I luv it....






Wednesday, December 15, 2010

HaPpY BiRthDaY SaYaNg

Selamat Ulangtahun Sayang...


No preparation at all...kecuali little gift yang dibeli 3 minggu lepas..

Nak sambut kat mana pun tak tahu. Kek pun tak tentu arah lagi. Huss.. Tetiba jer dalam perjalanan cik abang sorang tu kasi plan ad-hoc

"Sayang, kite pergi Amcorp Mall naik Putra LRT nak?"
What....? Die dah mula dah...

Erm kek dari PJ..pergi Taman Melati pusing ke PJ semula... Nak gelak pun ada..Tapi..in my heart today is yours dear...

Bajet-bajet macam dalam drama Korea plak rasanya versi hero dan heroin hitam manis. Dressing baik punya tapi naik tren...sambil kelek kotak kek. Sejibik la macam drama Korea... Heronya Han Ki Joon, Heroinnya Lee Ryun Ea...(tak ada huruf Z jadi letak nama ala-ala dekat gitu)...

Besday Boy... Han Ki Joon

Kelakar sebenarnya...tengok dalam LRT tu cuma ada kami..

Kalau dah nama akauntan...
tutup-tutup...

Risau betul sampai lewat...takut tutup...
kami sampai jam dah pun menunjukkan 9.30 malam tapi dengan confident cik abang ni buat jaminan..Alhamdulillah...

Lokasi: Kenny Rogers, Amcorp Mall..



Ada wish ke?

Mushroom Soup


Autumn n Spring...


Macaroni Cheese


Credit to Kak Ina kerana tolong adiknya mencari kek..

waduh waduh sopan spoonnya..

Paling kelakar bila nak bayar..cashier tu tanya
"Akak betul ke menu ni? Macam banyak je.. (sebab yang makan hanya kami berdua)
"Betul la dik...kami memang makan banyak malam ni"
banyak tapi licin....blurp....

Silakan menjamu selera..
credit tuk adik di Kennny Rogers, Amcorp Mall

Happy Birthday Dear..
Semoga bersemangat sentiasa
dan
Tahniah di atas sambutan 'BERGANDA' on 14 n 16 Disember 2010...
May Allah Bless Us dan permudahkan urusan kita..Amin


Maafkan Kami

Hahahaha....time unta mesti nak marah orang. Bila tau kita sebenarnya yang salah faham..pandai pulak nak gelak-gelak (peringatan untuk diri sendiri)...Maafkan kami...maafkan kami (sambil nyanyi lagu P.Ramlee).


Kerjaan orang lain...dituduh pula orang lain..aduss... maafkan kami...

Monday, December 13, 2010

Again

Apa agaknya perasaan bila tersepit dalam dua keadaan. It feel so anxiety.. Lagi-lagi bila ada orang yang rasa dia lebih berkuasa cuba mempengaruhi keadaan and it works to the person yang sekali-kali me tak boleh lawan. La la tu juga rasa mahu mengalir air mata (n dah mengalir pun).

Me also rasa momentum dah menurun...n again I feel to let it go sebab rasa susah sangat nak melepaskan diri. Nak fight..tapi diri ni hanya sekerdil kuman. Perkara itu memang bersangkutan..tetapi mengapa mahu disusahkan.

Boleh tak kalau tak mengganggu perancangan orang lain? WTH!!! I need to consult myself to be calm..n also him.

Here n there..perlu jaga keduanya... Sehingga semalam telah di setkan dalam kepala yang dalamnya ada otak sebesar sebuku tangan. Dan hari ni, ketetapan telah dilangsungkan justeru semuanya akan berubah sekelip mata. 360 darjah akan berubah... Allahu Ya Rabbi..permudahkanlah urusan kami..




1/2 Day With Him...

Rasa macam mimpi..jalan-jalan naik moto bersamanya....Rasanya dah 6 tahun tak naik motor..bestnyer cuma adakala rasa cuak bila selit-selit. Tapi semestinya Sayangku akan membawa dengan cermat..Sekali..bila dah gerak baru perasan meter tak jalan..hahaha tuan punya motor mestilah dah tau tapi buat tak tahu jer...

Nak g Ipoh naik moto?
Erm tak lah kami nak pergi...

IKEA....

Akhirnya insan teristimewa ini mengendongku ke IKEA juga..

Perjalanan kami rupanya masih jauh...maklumlah naik motorbike la katakan. Selalu menderu naik kereta. Cuaca begitu menyokong semangat kami ke Damansara seterusnya ke........destinasi yang di pilih oleh insan teristimewa di hati...jap jap...singgah sebentar di Gerai ini...x tahu apa namanya..tapi cucur udangnya memang sedap...RM1 satu pinggan...kat tempat lain rasanya tak dapat dengan harga tu..


Roti Jala, Cucur Udang dan Air Kelapa 2 = RM4.20


Destinasi seterusnya...

Lokasinya di Sungai Buloh..dan tempatnya memang heaven...

Inilah tempatnye...









Sampai ke Kg. Orang Asli Sayangku bawak berjalan...

No shopping at all..
hanya menjamu mata
menikmati suasana bersama
yang sangat berharga...




Friday, December 10, 2010

Penangguhan

Sekali lagi tarikh keramat ditangguhkan...kerisauan semakin menerjah di ulu hati. Harapnya tiada halangan bagi tarikh baru.. Macam-macam perasaan ada...

Nak marah diri sendiri pun ade. Ye la bizi sampai perkara yang termasuk dalam list very very important terpaksa ditangguhkan. Apatah lagi tak ada masa untuk dia..balik kampung apatah lagi...Rasa memang sangat-sangat bersalah.

Sejak dua menjak asyik balik lewat. Penat tak yah nak cakap. Kalau ada kelapangan walau sekejap, gagahkan juga untuk diisi bersama. Sekarang..kalau tidur memang tak sedar sampai ke pagi...tapi tak de lah sampai MENGIGAU pasal kerja...hahahahahahaha...

So sorry my dear...ada ketika dan waktu akan ku gagahkan juga untuk luangkan masa walau sekejap. Terharu sangat dengan kesabaran sayang, terlalu banyak yang sayang korbankan untuk I..thank you sayang.

Lot of love...

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Semoga tahun baru kali ini menyemarakkan lagi semangat yang ada dalam diri. Syukur apa yang telah Allah anugerahkan. Kehadirannya memberi lebih makna dalam kehidupanku. Mohon kekuatan untuk menangkis halangan dan hadapi cabaran di masa akan datang.

Mohon keredhaanMu Ya Allah dalam setiap pergerakan dan tingkah laku ku. Mohon keampunan dari perbuatan yang tidak diredhai olehMu... SALAM MAAL HIJRAH 1432.

Koc Wanita?

There something in my head bila naik tren dari Shah Alam ke K.L Sentral Ahad yang lepas. Sebenarnya dah lama tak naik public transport sebab rasa tak selamat. When government announced nak khaskan tren untuk wanita sahaja (diulangi WANITA SAHAJA okay...). Jadi tak adalah isu sexual harrasment dalam public transport.

Tapi nampak gayanya memang kempen tu sekadar kempen kot. Tu..yang kat bawah tu dah terang-terang ditampal luar n dalam tren KOC WANITA siap ada wording WANITA SEPANJANG MASA n dengan kaler pink sekali...tapi masih ada kaum yang bukan wanita.

Apa yang tak kena dengan kempen ni? Adakah tiada penguatkuasaan ataupun sukar untuk melengahkan kaum lelaki untuk menunggu 15 minit lagi untuk tren seterusnya yang bukan koc wanita. Siapa yang mahu melambat-lambatkan masa sedangkan tren dihadapan mata..tetapi kan lebih elok menghormati kaum wanita tanpa dengan memberikan ruang dan peluang yang lebih selamat untuk kaum yang lemah ini.

Indian guy tu.
akhirnya mengalah dan menjemput Cik yang pakai baju bernombor 25 duduk di tempatnya selepas perasan saya snap gambar dalam tren..

Yang ni mungkin tak paham bahasa sangat kot.
Bukan Malaysian la katakan...

I snap all those picture....nampak muka mereka tetapi mereka tidak nampak saya..kerana
saya pakai topeng hahahahaha... Naik tren takut orang lain berjangkit dengan flu yang saya ada...baik kan...MESTILAH.. NGEEEEEE

Friday, December 3, 2010

What a MesS!!!




Dapat agak tak..betapa messy kepala kami

Yummy....melayan perut yang lapar N of course
lamb chop