Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 23, 2010

Kamu dan Sahabat....

  1. Adakah kamu anggap sahabat kamu hanya diperlukan ketika kamu susah...
  2. Kamu akan ajak sahabat kamu hanya untuk bergembira tetapi bagaimana pula ketika mereka meminta kamu menadah telinga kerana kesusahan?
  3. Kamu fikirkan supaya sahabat kamu memahami kamu sedangkan kamu tidak berfikir langsung tentang orang-orang disekeliling kamu... Adakah kamu harap mereka mahu memahami kamu?
  4. Kamu minta sahabat-sahabat kamu menjaga hati masing-masing tetapi kamu mahu hati kamu dijaga oleh mereka.. Adilkah?
  5. Sedar atau tidak kemanisan yang kamu bina bersama sahabat kamu akan pudar. Mereka akan merasai betapa janggalnya kamu tidak seperti yang dikenal dahulu. Perasaan mereka yang disisihkan hak sebagai seorang sahabat...
Selama 29 tahun hidupku diwarnai oleh warna-warni sahabat-sahabat yang begitu berharga...Adakah perlu untuk dinafikan hak-hak sahabat yang telah banyak membantu saya selama ini? Sudah tentu tidak...kerana dengan izin Allah Yang Maha Kuasa melalui mereka saya berdiri menjadi diri saya sekarang.

Terima kasih sahabat

MEMBAHAGIAKAN DIRIKU DENGAN KEBAHAGIAAN DIRIMU....

ditujukan juga kepada insan yang Allah kurniakan hadir dalam hatiku...


0 comments: