Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, February 24, 2010

Al-Kisah Buku Ahmadinejad



Akhirnya khatamlah buku Ahmadinejad yang agak 'kontroversi' (saya maksudkan seorang rakan dari Iran yang tidak mahu bercakap mengenai politik, dalam masa yang sama saya mendapat respon dari seorang pemimpin yang juga bercakap dari sudut yang sama bahawa pemuda dan pemudi Iran moden tidak menyukai Ahmadinejad kerana mereka pro-Barat).

Ahmadinejad yang diangkat menjadi pemimpin bukanlah dengan cara yang mudah. Selepas revolusi yang dibawa oleh pemimpin Syah untuk memodenkan Iran Ahmadinejad berusaha keras bersama pengikut-pengikutnya membawa Iran mengikut cara kepimpinan Rasulullah s.a.w di mana Islam diletakkan di tempat yang paling tinggi. Berbanding pemimpin yang sebelumnya yang lebih banyak bersengkokol dengan kuasa besar barat bagi membina empayar kemodenan yang meletakkan rakyat Iran mempunyai jurang ekonomi yang terpisah-pisah antara yang kaya dengan yang miskin.

Kepimpinan Ahmadinejad juga digambarkan sebagai seorang yang amat 'wasato' iaitu besederhana. Beliau juga menyatakan bahawa beliau merupakan 'pelayan rakyat' iaitu pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat, melayan permasalahan dan menyelesaikan dan bukan seperti sesetengah pemimpin yang inginkan jawatan kerana kuasa dan kekayaan. Beliau tidak malu menggunakan kenderaan lama, malah kediaman rasmi sebagai pemimpin tertinggi Iran dijadikan muzium dan beliau tetap mendiami rumah biasa yang tidak mempunyai banyak perabot. Pakaian beliau juga sangat biasa dan kasut beliau adalah seperti kasut-kasut yang pakai oleh pekerja buruh di sana.

Sangat biasa bukan...tapi kepimpinannya sangat luar biasa jika dibandingkan dengan fizikalnya yang kecil molek, berperwatakan biasa tetapi memegang pegangan agama yang kuat. Kritisnya beliau mengkritik barat di dalam usaha-usaha barat menakluki negara-negara yang diancam. Saya tidak terlalu pandai untuk mengetengahkan isu bukunya. Yang saya sampaikan ini hanya sebahagian untuk menarik minat anda membaca tentang beliau. Mesej di dalamnya sangat berguna untuk individu, organisasi malah negara...

Alhamdulillah, hati saya digerakkan oleh Allah s.w.t untuk tidak kedekut membeli buku ini, bukunya nipis dengan susnkata yang amat senang difahami..

Beliau juga berdakwah melalui surat kepada pemimpin-pemimpin barat.

0 comments: