Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 2, 2010

Ziarah

Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam..

Jumaat yang lepas sempena cuti sambutan Maulidul Rasul..kami sekeluarga mengambil kesempatan menziarah ayah saudara yang telah dimasukkan ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

Ayah saudara telah lama menghidap penyakit buah pinggang rosak cumanya beliau tidak dimasukkan ke wad kerana penyakit tersebut tetapi operasi tiroid yang dihadapinya. Melihatkan keadaannya, beliau seorang yang sangat kuat semangat walaupun kalau dilihat beliau sebenarnya sudah tidak mampu untuk berjalan atau bergerak aktif.

Minta maaf la...gambarnya tiada di sini (ada di kamera 1 lagi)

Cuma yang ada gambar kitorang berpiknik sesama ahli keluarga di tepi koridor hospital sambil menunggu ayah saudara yang sedang sakit..dan menemani ibu saudara dan cousin yang telah berkampung di hospital selama seminggu lebih.

Menikmati sata dan otak-otak

Abang Ngah, saya, kak Ngah, Mak Tek dan Mak






0 comments: