Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, February 23, 2010

Keretaku....


Semalam g bengkel.. sebenarnya nak servis jer. Tapi bila dipikirin ada problem yang belum solve pada kete tu..aku gigihkan juga la tunggu kereta tu direpair..

Tanya punya tanya, staff Leon kata 2 jam.. Wah, agak lama tu..tapi tak apa buku ada..MP3 pun ada maka aku tak bosan. Sampai khatam buku tu..kete tak siap lagi. Bila dah lama sangat, memang hangin la juga. Anta kul 3 petang kul 9 malam aku baru balik..

Memang sangat letih. Bateri hp pulak kong..aduss

Dalam kebosanan tu aku buat la apa2 yang boleh menghilangkan kebosanan yang sangat tinggi itu dgn snap kat bawah

Ceria sambil menunggu seseorang..


Gambar ni 'ter' snap..tapi i like


Kete..masa ni dah kul 7.47 malam... Abang 2 orang tu kena OT sebab nak siapkan kete aku. Melayang wang ringgit aku..

Ni namanya dah tak ada kerja

Akhirnya nak menampakkan aku ni letih..so kena la snap gambar tengah letih..
Beza giler muka aku dengan gambar pagi-pagi tadi..

Monday, February 15, 2010

Rasa Dalam Hati


Diakui bahawasanya sebahagian dari manusia yang hidup atas muka bumi ini kadang kala sukar untuk menerima kelemahan diri. Bila diteliti dan muhasabah banyak yang perlu diperbaiki. Kenapa? Sebab niat untuk menjadi lebih baik dari apa yang ada.

Jika tidak baik maka berubah untuk menjadi baik
Jika sudah baik maka berusaha untuk menjadi lebih baik dalam apa juga perkara.

Bila cuba memahami seseorang maka kita cuba untuk belajar bagaimana untuk sama-sama belajar memberi dan menerima. Saya andaikan sebuah tarian, kita perlu mencari keserasian untuk mengikut rentak yang boleh dikongsi untuk menari bersama. Dalam pada itu, akan wujud kesilapan terpijak kaki, lenggok tidak seirama dan sebagainya tetapi sekiranya benar-benar memberi usaha yang terbaik maka hasilnya juga akan menjadi terbaik.

Itu yang sedang saya pelajari dalam sesuatu perhubungan. Cuma, kadang kala agak terkilan kapabila menyuarakan tentang hak peribadi yang mungkin tidak dapat diterima oleh satu lagi pihak maka kita dianggap tidak memahami sedangkan ia adalah hak persendirian.

Setiap orang mungkin mempunyai persepsi berbeza mengenai sesuatu perkara. Bukankah lebih elok kita hanya menerima dengan hati yang terbuka apabila tentang sesuatu keputusan tersebut hasilnya adalah suatu penolakan. Ya, boleh berbincang dan hasilnya mungkin suatu penerimaan dan mungkin juga penolakan. Saya faham atas rasa kecewa kerana penolakan tersebut tetapi bukankah kita perlu menghormati keputusan orang yang lebih berhak?

Kita akan berasa bertuah, istimewa dan gembira sekiranya hasilnya adalah penerimaan tetapi sekiranya terdapat suatu penolakan adakah kita perlu menghukum orang yang mempertahankan haknya sendiri. Apabila dihukum, maka persoalan akan muncul dalam kepala saya..

Soalan : Apakah saya tidak cukup baik untuk bertolak ansur dengan perkara yang berkaitan dengan peribadi?

Jawapan: Bukan tidak cukup baik, tetapi saya bertegas tentang perkara yang berkaitan dengan peribadi saya.

Soalan : Adakah saya cukup berkira untuk membantu orang lain?

Jawapan: Setahu saya, saya tidak berkira dan cuba memenuhi permintaan insan-insan disekeliling sedaya upaya. Bukan untuk dipuji atau mengharapkan apa-apa balasan.

Adakah saya pentingkan diri sendiri?

Jawapan: Ya, saya mempunyai kelemahan tersebut. Kadang kala pentingkan diri sendiri sehingga lupakan kepentingan orang lain. Saya sedang usaha memperbaiki kelemahan ini. Saya juga mempunyai sifat tolak ansur namun di dalam sesuatu perkara seperti yang saya nyatakan di atas jika bersifat peribadi definitely can't compromise.

Adakah saya berasa kesal jika tidak membantu sekiranya bantuan tersebut mengancam hak peribadi?

Ya dan Tidak.

Jawapan YA, saya berasa kesal kerana ada insan yang tidak dapat menerima secara terbuka apa yang diminta tidak dipenuhi dan dengan mudah membuat keputusan mudah. Saya rumuskan di sini, setiap orang 'mesti' memenuhi kehendak pihak satu lagi tanpa ada kompromi. Jika tidak kamu perlu dihukum kerana tidak memenuhi kehendak itu. APA INI?

Dan bagi saya kesetiaan yang total dan tidak ada kompromi adalah untuk Allah s.w.t., umat kepada Nabinya, rakyat kepada pemimpinnya (selagi berlandaskan syariat), isteri kepada suami (selagi berlandaskan syariat), dan anak kepada ibabapa. Ini pandangan saya yang total terhadap kesetiaan.

Adakah saya sanggup kehilangan orang disekeliling kerana enggan membantu perkara yang mungkin mengancam hak peribadi?

Jawapan: Sememangnya saya tidak sanggup tetapi sekiranya saya ditinggalkan dibelakamh kerana hal tersebut maka saya terpaksa redha jika itu menjadi pilihan terbaik untuk dirinya. Siapalah saya. Saya pinjam kata-kata sahabat saya SAYA HIDUP BUKAN ATAS KEREDHAAN MANUSIA TETAPI KEREDHAAN ALLAH.

Namun kesetiaan sahabat, kekasih mahupun tunangan (dalam aspek kasih sayang) bagi saya masih boleh dipertikaikan [melihat kepada titik perkaranya].

Jawapan TIDAK kesal dalam membuat keputusan tersebut kerana saya mempunyai hak yang paling kuat untuk mempertahankannya.

Jika hanya kerana perkara remeh anda berjauh hati sama sekali, fikirlah kembali. Saya tidak akan memutuskan perhubungan yang dijalinkan melainkan hubungan tersebut dipisahkan secara total oleh Allah s.w.t.





Friday, February 12, 2010

Update Perubahan

Erm..tahun 2010 ni memberikan semangat yang baru pada saya...
Kerjaya? Walaupun sama tapi semangat kuat nak meningkatkan keupayaan diri..
Keyakinan ? Semakin yakin kepada diri sendiri..seingatnya dah lama berasa tak yakin. Sejak patah kasih dulu..Sekarang alhamdulillah..tapi ada yang perlu berubah..
Emosi.. rasanya emo terlebih tahun ni..senang je nak marah dan naik angin. Ya Allah, sejukkanlah diri ku.
Kepada insan-insan di sekelilingku... Mohon maaf atas keterlanjuranku... Beri peluang untukku berubah..
Personal life? Mogs dalam hati ada tempat bercanda.




Posting Bermusim


Hehehe..dah lama tak letak posting terbaru...Tak kisah kalau tak ada orang yang baca pun. Apa salah untuk diri sendiri sajer.. Biarlah...

Banyak benda yang terjadi 2-3 minggu ni tapi tak ter'post' la plak.. Anyway kamera tertinggal kat kampong so nak letak gambar pun tak leh huhuhu...

Nak update posting la ek...

Sunday, January 24, 2010

Pahang Berkabung


Posting semalam saya menyelitkan 'sense of belonging' seorang rakyat kecil. Dek kerana darah yang mengalir dalam diri Tengku Puan Pahang merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Iskandar dan sekaligus menantu kepada Sultan Pahang (Sultanku) a.k.a Sultan Ahmad Shah, hari ini Negeri Pahang juga berkabung di atas pemergian Almarhum Sultan Johor.

Kasih seorang rakyat kecil seperti saya yang merupakan anak jati Pahang, tidaklah ternampak secara zahiriah tetapi dari perasaan lahiriah. Tunku Azizah merupakan anakanda keempat Almarhum Sultan Iskandar yang telah mendirikan rumahtangga dengan putera kesayangan rakyat Pahang iaitu Tengku Mahkota Pahang.

Takziah sekali lagi dimajukan kepada kaum kerabat Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail serta kaum kerabat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah...

Rasanya teringin nak menulis tentang profil Tunku Azizah..

Saturday, January 23, 2010

Pemergian Almarhum Sultan Johor




Takziah dimajukan di atas pemergian Almarhum Sultan Johor yang mangkat jam 7.15 petang semalam. Takziah juga ke atas keluarga dan kaum kerabat baginda. Pagi Sabtu ini diwarnai suasana pilu dan hiba sementelah semua rangkaian utama menyiarkan istiadat pemakaman Almarhum.

Walaupun hamba bukan anak kelahiran Johor tetapi merasai juga kehilangan kerana setiap pemergian itu adanya pengajaran kepada yang masih hidup. Apatah lagi melihat wajah sayu Tengku Puan Pahang yang menatap jenazah ayahanda baginda..

Hamba juga merasa terusik dan kagum dengan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kaum kerabat baginda semasa menguruskan istiadat pemakaman. Jenazah baginda dikelilingi dan diiringi, diusung sehingga dimasukkan ke liang lahad oleh cucunda dan kaum kerabat baginda. Begitu tulus kasih yang dilimpahkan hinggakan seperti pasukan tentera hampir terlepas tugasan mengiringi jenazah Almarhum dek kasih sayang yang dilimpahkan.

Semoga Almarhum ditempatkan dikalangan solehin...Al-Fatihah...




Monday, January 18, 2010

Lepak di Sahara Tent

Semalam kawan baik saya semasa di alam persekolahan memberi mesej untuk berjumpa. Dah lama tak jumpa rasa rindu. Apatah lagi dah berjanji untuk belanja beliau sempena hari lahirnya yang jatuh pada 31 Disember..

Dalam kepala terbayang Sahara Tent yang menyajikan masakan Timur Tengah. Mungkin kami berdua pernah bercita-cita ke Timur Tengah tetapi tidak kesampaian. Dapat menjamah pun ok la tu...

Sahara Tent ada di Bukit Bintang dan Plaza Masalam, Shah Alam
Dua-dua dah rasa tapi credit lebey aku bagi Sahara Tent Bukit Bintang...

Huhu...aku mintak kat waiter tu nak dok dalam tent..
Waiter tu tak kasi sebab aku berdua je dengan Mijah..kalau tak memang aku posing maut


My beloved best friend yang tak tahu nak order apa...


Ni Nasi Mandy Ayam yang kitorang order..
Sebenarnya aku lebey suka Nasi Mandy Lamb..tu pembuka selera...tapi kat sini agak mahal RM22.. Kalau kat Ampang tu dalam RM18. Kalau nak best makan ramai-ramai dalam talam..

My peberet drinks...Lemon with mints..
tapi tak kow sangat..aku lebey suka yang disajikan di Hadramawt..


Mijah order Arabian Tea..
Agak kelat juga la bila aku rasa...

Hepi Besday Mijas.....yang Ke-_ _
Semoga hidup kita bahagia walaupun kadang-kadang terseksa juga..ngeh ngeh ngeh