Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, January 23, 2010

Pemergian Almarhum Sultan Johor




Takziah dimajukan di atas pemergian Almarhum Sultan Johor yang mangkat jam 7.15 petang semalam. Takziah juga ke atas keluarga dan kaum kerabat baginda. Pagi Sabtu ini diwarnai suasana pilu dan hiba sementelah semua rangkaian utama menyiarkan istiadat pemakaman Almarhum.

Walaupun hamba bukan anak kelahiran Johor tetapi merasai juga kehilangan kerana setiap pemergian itu adanya pengajaran kepada yang masih hidup. Apatah lagi melihat wajah sayu Tengku Puan Pahang yang menatap jenazah ayahanda baginda..

Hamba juga merasa terusik dan kagum dengan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kaum kerabat baginda semasa menguruskan istiadat pemakaman. Jenazah baginda dikelilingi dan diiringi, diusung sehingga dimasukkan ke liang lahad oleh cucunda dan kaum kerabat baginda. Begitu tulus kasih yang dilimpahkan hinggakan seperti pasukan tentera hampir terlepas tugasan mengiringi jenazah Almarhum dek kasih sayang yang dilimpahkan.

Semoga Almarhum ditempatkan dikalangan solehin...Al-Fatihah...




0 comments: