Diakui bahawasanya sebahagian dari manusia yang hidup atas muka bumi ini kadang kala sukar untuk menerima kelemahan diri. Bila diteliti dan muhasabah banyak yang perlu diperbaiki. Kenapa? Sebab niat untuk menjadi lebih baik dari apa yang ada.
Jika tidak baik maka berubah untuk menjadi baik
Jika sudah baik maka berusaha untuk menjadi lebih baik dalam apa juga perkara.
Bila cuba memahami seseorang maka kita cuba untuk belajar bagaimana untuk sama-sama belajar memberi dan menerima. Saya andaikan sebuah tarian, kita perlu mencari keserasian untuk mengikut rentak yang boleh dikongsi untuk menari bersama. Dalam pada itu, akan wujud kesilapan terpijak kaki, lenggok tidak seirama dan sebagainya tetapi sekiranya benar-benar memberi usaha yang terbaik maka hasilnya juga akan menjadi terbaik.
Itu yang sedang saya pelajari dalam sesuatu perhubungan. Cuma, kadang kala agak terkilan kapabila menyuarakan tentang hak peribadi yang mungkin tidak dapat diterima oleh satu lagi pihak maka kita dianggap tidak memahami sedangkan ia adalah hak persendirian.
Setiap orang mungkin mempunyai persepsi berbeza mengenai sesuatu perkara. Bukankah lebih elok kita hanya menerima dengan hati yang terbuka apabila tentang sesuatu keputusan tersebut hasilnya adalah suatu penolakan. Ya, boleh berbincang dan hasilnya mungkin suatu penerimaan dan mungkin juga penolakan. Saya faham atas rasa kecewa kerana penolakan tersebut tetapi bukankah kita perlu menghormati keputusan orang yang lebih berhak?
Kita akan berasa bertuah, istimewa dan gembira sekiranya hasilnya adalah penerimaan tetapi sekiranya terdapat suatu penolakan adakah kita perlu menghukum orang yang mempertahankan haknya sendiri. Apabila dihukum, maka persoalan akan muncul dalam kepala saya..
Soalan : Apakah saya tidak cukup baik untuk bertolak ansur dengan perkara yang berkaitan dengan peribadi?
Jawapan: Bukan tidak cukup baik, tetapi saya bertegas tentang perkara yang berkaitan dengan peribadi saya.
Soalan : Adakah saya cukup berkira untuk membantu orang lain?
Jawapan: Setahu saya, saya tidak berkira dan cuba memenuhi permintaan insan-insan disekeliling sedaya upaya. Bukan untuk dipuji atau mengharapkan apa-apa balasan.
Adakah saya pentingkan diri sendiri?
Jawapan: Ya, saya mempunyai kelemahan tersebut. Kadang kala pentingkan diri sendiri sehingga lupakan kepentingan orang lain. Saya sedang usaha memperbaiki kelemahan ini. Saya juga mempunyai sifat tolak ansur namun di dalam sesuatu perkara seperti yang saya nyatakan di atas jika bersifat peribadi definitely can't compromise.
Adakah saya berasa kesal jika tidak membantu sekiranya bantuan tersebut mengancam hak peribadi?
Ya dan Tidak.
Jawapan YA, saya berasa kesal kerana ada insan yang tidak dapat menerima secara terbuka apa yang diminta tidak dipenuhi dan dengan mudah membuat keputusan mudah. Saya rumuskan di sini, setiap orang 'mesti' memenuhi kehendak pihak satu lagi tanpa ada kompromi. Jika tidak kamu perlu dihukum kerana tidak memenuhi kehendak itu. APA INI?
Dan bagi saya kesetiaan yang total dan tidak ada kompromi adalah untuk Allah s.w.t., umat kepada Nabinya, rakyat kepada pemimpinnya (selagi berlandaskan syariat), isteri kepada suami (selagi berlandaskan syariat), dan anak kepada ibabapa. Ini pandangan saya yang total terhadap kesetiaan.
Adakah saya sanggup kehilangan orang disekeliling kerana enggan membantu perkara yang mungkin mengancam hak peribadi?
Jawapan: Sememangnya saya tidak sanggup tetapi sekiranya saya ditinggalkan dibelakamh kerana hal tersebut maka saya terpaksa redha jika itu menjadi pilihan terbaik untuk dirinya. Siapalah saya. Saya pinjam kata-kata sahabat saya SAYA HIDUP BUKAN ATAS KEREDHAAN MANUSIA TETAPI KEREDHAAN ALLAH.
Namun kesetiaan sahabat, kekasih mahupun tunangan (dalam aspek kasih sayang) bagi saya masih boleh dipertikaikan [melihat kepada titik perkaranya].
Jawapan TIDAK kesal dalam membuat keputusan tersebut kerana saya mempunyai hak yang paling kuat untuk mempertahankannya.
Jika hanya kerana perkara remeh anda berjauh hati sama sekali, fikirlah kembali. Saya tidak akan memutuskan perhubungan yang dijalinkan melainkan hubungan tersebut dipisahkan secara total oleh Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment