Posting selama ni penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Namun takdir Allah juga menentukan bila tarikh 12 Januari 2010 (Selasa) menjadi sejarah kerana selepas di "diagnose" oleh dr. terdapat sis berhampiran dengan ovari aku..
Atas ni bukan gambar sebenar ye.. aku nyer scan pict ada pada dr.
(mula nak mintak tapi rasanya kalau aku simpan lagi stress kot)
besarnya dah 4.05 cm.
Erm..agak menakutkan juga sebab setelah 2 bulan berteka teki kenapa perjalanan period tidak stabil terdapat sesuatu pada ovari aku iaitu SIS. Pada mulanya dr. scan, gambarannya tidak berapa jelas dan aku mengharapkan tiada apa yang berlaku.
Selepas darah aku diambil (agak menyakitkan juga), satu tabung panjang dipenuhi dengan darah pekat berwarna maroon (buat pengetahuan semua, aku suka kaler darah aku). Lupa plak nak ambil gambar waktu ambil darah. Sekali lagi aku di scan dan gambaran kali ini agak jelas berbanding yang pertama. Seterusnya dr. diagnos terdapat ovarian sis dalam perut aku...
Well, sekarang aku dah rasa agak tensen sebab dr. kata if makin besar dalam skala 4.5 hingga 5 cm aku kene operate. Semakin tensen bila aku study tentang sis ni. Sekiranya kritikal, pembedahan akan melibatkan pembuangan ovari, tiub falapio dan juga rahim. Nauzubillah... Berair mata aku bila baca dan melalui bacaan aku, cyst tidak akan menjadi kanser. Namun sedikit sebanyak meruntun hati aku.
Seumur hidup aku belum pernah aku dok kat wad hospital dengan wayar-wayar kat tangan kecuali saat-saat aku lahir ke dunia. (Itupun sebab kena kuning). Ya Allah, berikan aku kekuatan.
Next month, aku sekali lagi ada appoinment untuk melihat sama ada benjolan tersebut masih ada. Sekiranya makin membesar..aku kene bersiap sedia....
Kalau nak tahu berkenaan dengan cyst ni sila ke blog inilah kehidupan
3 comments:
nurheart..cyst tu dah agak besar kan...sure menakutkan. apa pun sy harap nurheart akan ikut schedule follow up tu.Saya dah pun menjalani operation cyst ni..scan mula2 kecik, bila operation 2 x ganda besarnya...
harap anda bersabar dgn ujian Nya.
Btw are you married?
Thanks Anjung Buluh...
Sekarang saya menunggu appoinment pada bulan 3. Saya rasa itu satu tempoh yang agak lama sekaligus merunsingkan.
Saya masih bujang. Ada apa-apa perubahan kepada Anjung BUluh selepas pembedahan?
sy da operate 2 kali.
Post a Comment