Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA WAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM...

Apa erti Syawal kali ini? Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya amat menghargai kedatangan Syawal...selain dari persediaan fizikal baju raya, menyediakan duit raya, kuih muih dan sebagainya, ada yang lebih bererti apabila kita dapat menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga.

Tahun lepas ada yang masih sihat tetapi tidak sempat menyambut Aidil Fitri pada tahun ini atau tidak merasai kemeriahan Aidil Fitri kerana sakit. Dalam masa setahun apa pun boleh terjadi.

Namun Aidil Fitri kali ini memberi keinsafan kepada saya dek kerana satu peristiwa seorang ibu yang membesarkan 5 anak tidak dipedulikan anak2nya walaupun mereka tinggal berhampiran dengan ibu tersebut. Pagi Syawal yang mulia bergenang air matanya, teresak-esak mengenangkan sikap anak2 yang tidak langsung bertanya khabar. Agaknya, bermaknakah Syawal ini kepada mereka?

Sebulan sebelum Ramadhan menjelma, bertanya seorang hamba Allah tentang perkhabaran ibu tersebut yang hanya berdaya untuk berada di atas kerusi roda.

Hamba Allah : Ibu apa khabar?
Ibu : Alhamdulillah, sihat.
Hamba Allah : Ibu dah makan?
Ibu : Dah makan.
Hamba Allah : Lauk apa?
Ibu : Nasi dengan garam halus?
Hamba Allah : (Terdiam....)

Syawal ini, Ibu tersebut berhari raya dengan kami sekeluarga. Walaupun Ibu tersebut kelihatan gembira, namun pedih hatinya tidak ada siapa yang dapat merasa. Hanya ada sepasang anak dan menantu yang boleh diharapkan menjaganya hingga ke akhir hayatnya. "Wan...mak, ayah, adik dan abang ngah akan jaga wan...

SELAMAT HARI RAYA WAN...







0 comments: