Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Pose Aizat AF













Alkisahnya dapat lah jemputan dari Ewan(yakni one of Aizat' relative a.k.a staff Aizat) untuk hadir ke Majlis Berbuka Pose di Masjid As-Syakirin KLCC yang dianjurkan oleh Aizat AF. Aku bukanlah fanatik sangat tapinya undangan tu aku penuhi juga walaupun replace tempat
Kak Lin, Abang Nizam dan ibunya. Terima kasih Ewan kasi peluang tuk hadir.












Mulanya malu-malu kucing datang ke majlis, sudahnya kucing pun malu
tengok kami (Note: Aku, Rda dan Syarina) sebab over shoot gambar dengan keluarga Aizat. Sronok gaklah n nasib kami baik sebab fans Aizat (Kak
Rohaya dan Izwa) hadir. Makluman:
Kami berkenalan di majlis tersebut dan bermulah lah kisah mengusya kak Aya dan Izwa menjadi
perantara untuk kami bermesra2 dengan keluarga Aizat yang sungguh manis dan ramah tamah terutama ibu Aizat dan kakaknya Elly....(tengok gambar sebelah tu..maniskan?) as sweet as us.. Alamak..!

Aizat memang la bz melayan karenah anak-anak yatim tapi kami pun sempat gak posing maut walaupun sekadar dapat sipi-sipi pose Aizat... wa dah cukup puas hati... Tapi tak cukup dengan tu..kami heret kak Aya tuk bergambar dengan Elly, Auntie Fina, Anas dan family yang lain...
Aku paling vote popia basah yang dihidangkan...5 bintang beb. Memang best. Juadahnya amat sederhana tetapi membuka selera. Nasi + sup ayam + kerabu ulam raja + kuih cara + cup cakes (makluman: dari ait tangan ibu Aizat sendiri iaitu Auntie Fina..best..). Kalau tak kerana dek sakit kepala memang balun habisla...

Masa senggang antara maghrib dan isyak lak kami penuhi dengan shooting dan menyaksikan pemberian cenderahati kepada anak2 yatim. Sayu lak bila tengok anak2 yatim tu tapi sangat seronok melihat depa gembira dapat bersama Aizat dan keluarganya. Semoga Allah merahmati kebajikan yang dibuat oleh Aizat dan keluarganya...

Thank you again Ewan...sebab penuhi request aku nak dapatkan CD Demo Aizat...dan juga undangan tersebut...Harap pas ni ada lagi la kan....boleh nak havoc havoc sikit...

1 comments:

nurheart said...

Posting mula-mula yang aku buat ni nampak sangat caca marba...kekekeke