Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 30, 2010

Full of Program

Nowadays, life semakin full dengan program-program persendirian. Tiada masa untuk sesuatu yang kurang memberikan manfaat kepada diri sendiri. Mungkin agak terlambat tetapi sekarang adalah kemuncak untuk mencapai apa yang diimpikan. It's time to think about myself.

Masa sekarang amat berharga dan saya telah plan sesuatu yang amat berharga untuk diri saya sendiri. No need to think about others.

Pengembaraan ini akan diteruskan sehingga matlamat itu tercapai dan itulah tekadku..

Monday, March 15, 2010

Simpannya di Arkib

Lega rasanya bila telah habis bercuti, walaupun sekejap rasa macam sesuatu kelegaan. Masalah kehidupan minggu lepas telah lenyap. Sekaligus tidak merasakan ada sesuatu yang telah hilang. Kalau minggu lepas dikarang di dalam blog ini tentang rasa dalam hati, mungkin ada kalimah-kalimah yang amat tidak sedap di dengar.

Walaupun ada yang dah terlepas. 'Padan muka'. Kadang kala merasakan kehidupan ini tidak perlu berbuat baik dengan orang sebab orang boleh ludah muka kita ikut suka die. Ada pepatah paling best aku dapat "selepas sapu najis, nak sapu minyak wangi".

Mungkin ada ketika kite perlu berfikir untuk berbuat baik dengan orang lain [walaupun saya rasa untuk berbuat baik kite tak perlu berfikir]...tapi oleh kerana manusia ni pandai memanipulasi kelebihan atau perasaan rasanya memang perlu berfikir even 14 kali.

Dan untuk mengenali seseorang saya rasa saya memerlukan lebih banyak masa untuk 'menyiasat'. Jadi mato-mato. Tak kisahlah penat sekalipun jangan sampai kamu tertipu dengan mulut manis dan muka naif... Berpura-pura seperti kura-kura..

Kepercayaan di beri tetapi dikhianati...

Tak perlu ditulis tentang perkara singkat yang berlaku kerana tiada penambahan dan tiada pengurangan. Biar menjadi kenangan dan dilipat di dalam arkib dan disusun di rak yang paling belakang sekali.

Seronok tulis kat blog ni benda yang gembira dan bersuka-suka tetapi ada ketika perlu dicatit juga kedukaan yang ada. Sebagai pengajaran di masa akan datang.


Tuesday, March 2, 2010

Bercuti



Erm..kali ini masih cerita di Kuantan, Pahang. Actually antara destinasi feberet saya dan keluarga terutama ayah. Saya dah semakin fasih jalan-jalan di Kuantan, so kalau nak pergi bercuti dengan kawan-kawan rasanya tak ada masalah.

Feberet 1 : Liza & Laut tak dapat dipisahkan
Feberet 2 : Ayah & seafood segar tidak dapat dipisahkan..tiap kali pergi mesti bawa tong putih..hehe dan mak akan jadi chef.
Feberet 3 : Kami sekeluarga suka makan kat Ana Ikan Bakar Petai...memang besh
Feberet 4 : Suka pegi mini zoo bagi monyet2 kat situ makan dan tengok menatang kat situ.
Feberet 5 : Suka masuk di ceruk2 kampung dan cari kilang kopok lekor, penambang yang jual ikan segar yang lebih murah dari di bandar..salah satunya di Tanjung Api.
Feberet 6 : Suka makan sata dan otak-otak Pak Soh di Tanjung Lumpur.. yang ada cawangan di Jalan Beserah..
Feberet terbaru : Akan makan tengah hari di Restoran Mariah Elise, anak mix Melayu dan Norway yang sangat membuatkan aku rindu...

Credit to diri sendiri..hehehe


Teluk Chempedak yang menjadi tempat feberet no.1


Dataran Kerang..

Credit to my mom

Couple yang paling ku sayang

Ayah : 'Ling' nak g mana pas ni...
Mak : Kita g Teluk Chempedak la 'Kup'
heheheh bahasa percintaan diorang...


Ayah bersama Mariah Elise

Jinak2 merpati..
Hari pertama : Cakap jauh-jauh
Hari Kedua: Dah boleh pegang-pegang dier
Hari Ketiga: Yipeee...die dah duduk atas riba sayer la n tetibe jer hari tu sebenarnya hari last..huhuhu


Ziarah

Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam..

Jumaat yang lepas sempena cuti sambutan Maulidul Rasul..kami sekeluarga mengambil kesempatan menziarah ayah saudara yang telah dimasukkan ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

Ayah saudara telah lama menghidap penyakit buah pinggang rosak cumanya beliau tidak dimasukkan ke wad kerana penyakit tersebut tetapi operasi tiroid yang dihadapinya. Melihatkan keadaannya, beliau seorang yang sangat kuat semangat walaupun kalau dilihat beliau sebenarnya sudah tidak mampu untuk berjalan atau bergerak aktif.

Minta maaf la...gambarnya tiada di sini (ada di kamera 1 lagi)

Cuma yang ada gambar kitorang berpiknik sesama ahli keluarga di tepi koridor hospital sambil menunggu ayah saudara yang sedang sakit..dan menemani ibu saudara dan cousin yang telah berkampung di hospital selama seminggu lebih.

Menikmati sata dan otak-otak

Abang Ngah, saya, kak Ngah, Mak Tek dan Mak






Thursday, February 25, 2010

Loser


Kus semangat...pagi-pagi rasa nak hangin nih..

Dalam dunia ni ada jenis manusia yang jenis bertanggungjawab dan;
Paling menyampah jenis yang suka lepas tangan. Gelabah-gelabah ayam bila minta bantu pas tu ada problem kau buat tak tahu..

Yes, i'm very sad coz my friend is very ambil berat kerja rakannya.. tapi rakannya buat dunno.. Paling kecil hati pasal spesis macam tu buat kita lak gaduh dengan member kita.. What da....

Orang macam ni, I nak advise supaya buat dunno jugak. Tak perlu nak kusutkan kepala sebab kerjanya tak siap. Kita susah hati x nak die kantoi sebab x buat kerja, tapi kalau dah jenis tak alert atau buat tak tahu je walau dah diberi teguran. I peduli apa, biarkan LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA. Yang penting kerja kita siap...

And I tag this person as






Wednesday, February 24, 2010

Malam Minggu Yang Lepas


Malam minggu yang lepas amatlah menyeronokkan walaupun Syarina ajak kami (housemate U1652) keluar dalam keadaan keletihan, satunya aku dan Rda baru balik dari PD menguruskan event yang agak memenatkan.. (hampeh: tak sempat terjun laut-free / shopping-duit habis). Well ini gambaran keseronokan kami semua pada malam tersebut di I-City Seksyen 7, Shah Alam.

Cik-cik dan separa puan


Tak dapat salji betul yang olok2 pun jadi la




Sempoi giler posing...orang pandang buat tak peduli jek..






Al-Kisah Buku Ahmadinejad



Akhirnya khatamlah buku Ahmadinejad yang agak 'kontroversi' (saya maksudkan seorang rakan dari Iran yang tidak mahu bercakap mengenai politik, dalam masa yang sama saya mendapat respon dari seorang pemimpin yang juga bercakap dari sudut yang sama bahawa pemuda dan pemudi Iran moden tidak menyukai Ahmadinejad kerana mereka pro-Barat).

Ahmadinejad yang diangkat menjadi pemimpin bukanlah dengan cara yang mudah. Selepas revolusi yang dibawa oleh pemimpin Syah untuk memodenkan Iran Ahmadinejad berusaha keras bersama pengikut-pengikutnya membawa Iran mengikut cara kepimpinan Rasulullah s.a.w di mana Islam diletakkan di tempat yang paling tinggi. Berbanding pemimpin yang sebelumnya yang lebih banyak bersengkokol dengan kuasa besar barat bagi membina empayar kemodenan yang meletakkan rakyat Iran mempunyai jurang ekonomi yang terpisah-pisah antara yang kaya dengan yang miskin.

Kepimpinan Ahmadinejad juga digambarkan sebagai seorang yang amat 'wasato' iaitu besederhana. Beliau juga menyatakan bahawa beliau merupakan 'pelayan rakyat' iaitu pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat, melayan permasalahan dan menyelesaikan dan bukan seperti sesetengah pemimpin yang inginkan jawatan kerana kuasa dan kekayaan. Beliau tidak malu menggunakan kenderaan lama, malah kediaman rasmi sebagai pemimpin tertinggi Iran dijadikan muzium dan beliau tetap mendiami rumah biasa yang tidak mempunyai banyak perabot. Pakaian beliau juga sangat biasa dan kasut beliau adalah seperti kasut-kasut yang pakai oleh pekerja buruh di sana.

Sangat biasa bukan...tapi kepimpinannya sangat luar biasa jika dibandingkan dengan fizikalnya yang kecil molek, berperwatakan biasa tetapi memegang pegangan agama yang kuat. Kritisnya beliau mengkritik barat di dalam usaha-usaha barat menakluki negara-negara yang diancam. Saya tidak terlalu pandai untuk mengetengahkan isu bukunya. Yang saya sampaikan ini hanya sebahagian untuk menarik minat anda membaca tentang beliau. Mesej di dalamnya sangat berguna untuk individu, organisasi malah negara...

Alhamdulillah, hati saya digerakkan oleh Allah s.w.t untuk tidak kedekut membeli buku ini, bukunya nipis dengan susnkata yang amat senang difahami..

Beliau juga berdakwah melalui surat kepada pemimpin-pemimpin barat.