Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, March 15, 2010

Simpannya di Arkib

Lega rasanya bila telah habis bercuti, walaupun sekejap rasa macam sesuatu kelegaan. Masalah kehidupan minggu lepas telah lenyap. Sekaligus tidak merasakan ada sesuatu yang telah hilang. Kalau minggu lepas dikarang di dalam blog ini tentang rasa dalam hati, mungkin ada kalimah-kalimah yang amat tidak sedap di dengar.

Walaupun ada yang dah terlepas. 'Padan muka'. Kadang kala merasakan kehidupan ini tidak perlu berbuat baik dengan orang sebab orang boleh ludah muka kita ikut suka die. Ada pepatah paling best aku dapat "selepas sapu najis, nak sapu minyak wangi".

Mungkin ada ketika kite perlu berfikir untuk berbuat baik dengan orang lain [walaupun saya rasa untuk berbuat baik kite tak perlu berfikir]...tapi oleh kerana manusia ni pandai memanipulasi kelebihan atau perasaan rasanya memang perlu berfikir even 14 kali.

Dan untuk mengenali seseorang saya rasa saya memerlukan lebih banyak masa untuk 'menyiasat'. Jadi mato-mato. Tak kisahlah penat sekalipun jangan sampai kamu tertipu dengan mulut manis dan muka naif... Berpura-pura seperti kura-kura..

Kepercayaan di beri tetapi dikhianati...

Tak perlu ditulis tentang perkara singkat yang berlaku kerana tiada penambahan dan tiada pengurangan. Biar menjadi kenangan dan dilipat di dalam arkib dan disusun di rak yang paling belakang sekali.

Seronok tulis kat blog ni benda yang gembira dan bersuka-suka tetapi ada ketika perlu dicatit juga kedukaan yang ada. Sebagai pengajaran di masa akan datang.


0 comments: