Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 12, 2010

Alhamdulillah

3 masalah penting dalam hidup minggu lepas dah terurai....Alhamdulillah. Rasa nak pecah kepala bila dipendam dan difikirkan.


Perkara pertama: Sakit mata; dah sembuh dalam masa 3 hari

Perkara kedua : Konflik yang timbul , semakin dipendam semakin gelisah..bila luah alhamdulillah. Tindakan: telah diluahkan dan waktu bertenang seketika.

Perkara ketiga: Cuba menjauhi anasir luar yang cuba menggugat kesetiaanku... Alhamdulillah


Kegembiraan: Ofis mendapat perkhabaran gembira yang meningkatkan momentum bekerja...Alhamdulillah

Monday, October 4, 2010

Pagi!!!!!

Assalamualaikum..

Semangatku agak lain hari ni. Pagi tadi bangun tidur (walaupun agak lesu dengan kepanasan badan yang agak tinggi) kugagahi. Mungkin kerana dek semangat selepas menghadiri ESQ 165.
Pagi ini ku sengaja memilih jubah putih hadiah dari kekandaku (simbolik kepada kesucian dan buku baru yang ingin kubuka). ESQ bukanlah tempat penyucian diri tetapi ilmu itu akan membawa kita kepada penyucian diri dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Alhamdulillah, memang kurasa aku terpilih mendalami ilmu di sana melalui dia. Terasa begitu bersyukur hidup di dunia ini dan terasa begitu kerdil untuk bertemu dengan Allah.

Banyaknya yang perlu dipelajari. Setingkat demi setingkat ku yakin bahawa WAJIB untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimana cara untuk kita menggabungkan kehidupan kita didunia dan akhirat, bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab dunia tanpa melupakan akhirat.

ESQ mengajar apa itu Ehsan, Iman dan Islam.

Fitrah kejadian manusia adalah suci murni dan kemudian dengan pengaruh persekitaran, hati kita sedikit demi sedikit menjadi kotor dan hitam. Bersihkannya kembali dengan istighfar, wudhuk dan melontar jamrah (haji).. Anda akan lebih merasakan bagaimana apabila mengikuti kursus ini.

Bagaimana kisah-kisah dan tauladan para nabi dan rasul mengajar kita untuk melaksanakan prinsip rukun iman agar kita boleh melaksanakan amalan duniawi tanpa meninggalkan ukhrawi. Bacalah dengan nama Allah... Baca dengan mata hari dan bukan membaca dengan mata fizikal yang kita ada...

ESQ menghuraikan rukun iman dengan cara tersendiri agar kita lebih memahami untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati dan kita akan belajar bagaimana menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dari urat leher manusia. Itulah yang anda perlu belajar supaya kita dapat merasakannya dalam setiap detik dan waktu.

Begitu juga pendekatan yang dilaksanakan untuk memahami rukun Islam dengan cara yang paling mudah difahami. Belajar tanpa praktikal, ilmunya tidak akan kekal. Faham, praktik + menjadi kebiasaan yang akan membawa kita kepada kejayaan abadi (syurga di sisi Allah).

Mungkin sedikit sahaja yang dapat dikongsikan, kerana ku tidak fasih berkongsi dengan jari. Namun galakkan kuberikan untuk menghadiri majlis-majlis Ilmu sepertinya. Mungkin yurannya agak tinggi (bagiku memang tinggi) mencecah RM1,000++. Namun berbaloi dengan apa yang anda pelajari. Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana ada insan mulia yang memberikan peluang ini padaku. Kerana Allah melaluinya dapat kuhadiri majlis ilmu... Syukur padamu ya Allah.

Moga hidayahMu sentiasa bersamaku. Amin.

Friday, September 24, 2010

AIDIL FITRI


Tu je yang boleh diucapkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
It's no special entry at all...even raya pic..
Memang den tak beraya tahun ni..
Padan muka den...

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Ucapan ini khasnya untuk semua sahabat-sahabat.. Agak frust sebab dalam FB hanya boleh tag 50 nama sahabat sahaja. Sedangkan saya mahu tag beratus-ratus nama sahabat.. Macam mana? Di hari raya ni FB kena minta maaf dengan saya sebab mengecewakan saya..huhuhuhu


Saya akan balik ke Raub, Pahang pada subuh sapi'e hari Rabu..singgah ke Hulu Langat untuk menjemput Wan kesayangan... Dah tentu jammed.. Bagi yang balik kampung..berhati-hati di jalan raya..(pesanan buat diri sendirik juga)...

Semoga apa yang akan terjadi di hari raya nanti akan memberi lebih kekuatan dan kekentalan jiwa yang luar biasa..fuuuuuuh......Insya Allah...

Selamat Hari Raya semua.....

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Lahir AYAH...

Genap 36 eh 63 tahun umur ayahanda sekarang. Semalam kami adik beradik berbincang nak buat simple celebration untuk ayah..

White Chocolate Macadamia sponsored by Ibu n Papa Balqis

Kali ni ayah lebih semangat nak potong kek..
sebab ada permata hati 'baru' dalam keluarga kami

Suka betul diorang ni jaga Balqis.. walaupun Balqis celeb secara mamai


Lama dah tak suap ayah ni....

Semoga kebahagiaan kita sentiasa begini dan bertambah ceria. Semoga ayah dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta diberkati dunia dan akhirat...Amiin..

Wednesday, September 1, 2010

29 Ogos yang CHOI.....

Tarikh di atas kalau diingat rasa nak tidur tak nak bangun dah... Keputusan yang buat gegar hati.. Satu hari ku kelek Bobot untuk rasakan semua tak pernah berlaku..

Hilang dalam satu hari dah tak tentu arah..macam mana? Kalau dibuatnya raye nanti jadi betul..ops...stop stop stop....

Thanks to Syafarina yang advise me... Alhamdulillah, terima kasih sayang, memikirkan semula keputusan yang dibuat...

I luv sayang..luv rama-rama n tak nak rama-rama mati tanpa dapat mencapai pelangi..Walaupun pelangi itu sangat tinggi...



Shopping Mopping RaYe @Jalan TAR

Jumaat yang lepas....bercuti dan agendanya adalah...video-video dan gambar-gambar di bawah bersama dara-dara Syafa'atuhum, Rda, Nabila n Fatin.... Wah korang..sakan giler shopping.. sampai lembik.....








Selepas video atas ni..kami semua membawa haluan masing-masing sob sob sob..sebab tu tak ada video aktiviti membeli belah... sebab semua orang dah 'blah' tempat tuju masing-masing.... Ada yang belu tudung raye, karpet raye, pelita raye...semua raye lah.... padahal sorang pun pose belum tentu dapat pose compelete....kekekekekeke... Tika dan saat ini puasa ku masih fenusssss!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan berjumpa semula untuk pulang...erm tak balik lagi? Singgah untuk berbuka..ngeh ngeh ngeh



Sambil menunggu berbuka puasa di tempat favorite..Sup Meletup Pantai Dalam...anda boleh saksikan mana muka-muka yang tak insaf dan yang insaf shopping raye....





Yang ni lagi la insap kot...ye la tahun lepas die nak g shopping die kelek McD..
orang laen yang pose meneman die...Nana..& Me..




Juadah untuk insan yang murah rezeki belanja anak-anak dara berbuka..Terima kasih Wandi...

Juadah berbuka.... sup meletoooop....