Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, October 4, 2010

Pagi!!!!!

Assalamualaikum..

Semangatku agak lain hari ni. Pagi tadi bangun tidur (walaupun agak lesu dengan kepanasan badan yang agak tinggi) kugagahi. Mungkin kerana dek semangat selepas menghadiri ESQ 165.
Pagi ini ku sengaja memilih jubah putih hadiah dari kekandaku (simbolik kepada kesucian dan buku baru yang ingin kubuka). ESQ bukanlah tempat penyucian diri tetapi ilmu itu akan membawa kita kepada penyucian diri dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Alhamdulillah, memang kurasa aku terpilih mendalami ilmu di sana melalui dia. Terasa begitu bersyukur hidup di dunia ini dan terasa begitu kerdil untuk bertemu dengan Allah.

Banyaknya yang perlu dipelajari. Setingkat demi setingkat ku yakin bahawa WAJIB untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimana cara untuk kita menggabungkan kehidupan kita didunia dan akhirat, bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab dunia tanpa melupakan akhirat.

ESQ mengajar apa itu Ehsan, Iman dan Islam.

Fitrah kejadian manusia adalah suci murni dan kemudian dengan pengaruh persekitaran, hati kita sedikit demi sedikit menjadi kotor dan hitam. Bersihkannya kembali dengan istighfar, wudhuk dan melontar jamrah (haji).. Anda akan lebih merasakan bagaimana apabila mengikuti kursus ini.

Bagaimana kisah-kisah dan tauladan para nabi dan rasul mengajar kita untuk melaksanakan prinsip rukun iman agar kita boleh melaksanakan amalan duniawi tanpa meninggalkan ukhrawi. Bacalah dengan nama Allah... Baca dengan mata hari dan bukan membaca dengan mata fizikal yang kita ada...

ESQ menghuraikan rukun iman dengan cara tersendiri agar kita lebih memahami untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati dan kita akan belajar bagaimana menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dari urat leher manusia. Itulah yang anda perlu belajar supaya kita dapat merasakannya dalam setiap detik dan waktu.

Begitu juga pendekatan yang dilaksanakan untuk memahami rukun Islam dengan cara yang paling mudah difahami. Belajar tanpa praktikal, ilmunya tidak akan kekal. Faham, praktik + menjadi kebiasaan yang akan membawa kita kepada kejayaan abadi (syurga di sisi Allah).

Mungkin sedikit sahaja yang dapat dikongsikan, kerana ku tidak fasih berkongsi dengan jari. Namun galakkan kuberikan untuk menghadiri majlis-majlis Ilmu sepertinya. Mungkin yurannya agak tinggi (bagiku memang tinggi) mencecah RM1,000++. Namun berbaloi dengan apa yang anda pelajari. Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana ada insan mulia yang memberikan peluang ini padaku. Kerana Allah melaluinya dapat kuhadiri majlis ilmu... Syukur padamu ya Allah.

Moga hidayahMu sentiasa bersamaku. Amin.

0 comments: