Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 7, 2011

Cerita 3 Jenis Kapal

Cerita ni diceritakan oleh managerku selepas mesyuarat di Sg. Besar malam Rabu lepas. Mata sebenarnya dah mengantuk. Sambil ratah tom yam seafood kami bercerita mengenai politik semasa di Selangor... bosan dan memang membosankan tapi ambil tahu juga sebab sebahagian dari kerja. Cerita ni juga yang buat mata yang mengantuk tadi segar bugar...dalam masa yang sama saya berfikir.. Walau sekadar jenaka tetapi hakikatnya benar...


Diceritakan berkenaan tiga jenis kapal yang sedang karam..

Kapal pertama adalah kapal orang Arab. Semasa kapal sedang karam krew kapal mencari nakhoda kapal. Di cari ke sana ke mari (bilik mesyuarat, deck kapal, bilik tidur..semua tidak ada. Rupa-rupanya mereka jumpa nakhoda sedang asyik menikmati makanan).

Kapal kedua adalah kapal orang Cina..situasinya sama. Pencarian krew berakhir apabila terjumpa nakhoda yang mati sambil memeluk peti harta dan emas.

Kapal ketiga adalah kapal orang Melayu.situasinya juga sama. Pencarian krew berakhir apabila terjumpa nakhoda yang masih berada di bilik mesyuarat mengarah anak-anak kapal yang lain untuk buat itu dan ini..

Dalam rumusan yang lain apapun yang terjadi..orang Arab memikirkan makanan, orang Cina pula tidak terasing dengan kekayaan dan Melayu hanya sibuk merancang akhirnya tenggelam begitu sahaja sehingga hujung nyawa tetap di bilik mesyuarat..

Berfikirlah....

0 comments: