Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 28, 2010

Tahun Baru 2011..

Selagi hidup dan ada peluang tahun baru mungkin diraikan..cuma selama ni sambut dalam mimpi..(saya seorang yang mementingkan belaian untuk diri sendiri) jadi kalau ada sambut di luar kawasan kediaman adalah kerana kawan-kawan.

Cuma tahun baru kali ni agak berlainan dan mungkin dikirakan magis yang tidak terjangka. Impian setiap tahun tersimpan erat. Antara satunya terlerai di pagi hari tahun baru. Insya Allah.. Setiap orang mengidamkan 'sesuatu' yang amat berharga..impian, azam (entah azam tahun lepas tercapai atau tidak tercapai pun tak pasti).

Azam yang tidak tercapai akan diazamkan lagi pada tahun seterusnya. Sekiranya azam telah tercapai maka kita akan melangkah lagi setapak ke hadapan untuk mencapai azam yang lain. Ia menjadi sumber kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan terus berusaha menjadikan kehidupan lebih bermakna.

Di tahun baru ini, akan terlakar azam yang baru (seperti biasa) dan ia menjadi satu penanda aras di hujung tahun mendatang adakah kita berjaya untuk mendapatkannya. Justeru, azam beserta dengan usaha merupakan adunan yang mantap. Cuma sebanyak mana usaha untuk mendapatkannya hanyalah tuan punya badan yang tahu.

Bukan mudah dan itulah harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan yang dimahukan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 dengan azam lebih murni lebih diberkati..

0 comments: