Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 1, 2010

Autograf 2000

Dalam banyak-banyak stuff yang saya ada sampai sekarang ialah Autograf 2000. Barang lain tu susah sikit nak simpan. Kalau tak hilang..jahanam..kekekke..

Suka sangat belek-belek autograf ni.. dan catitan yang sentiasa mencuit perasaan saya ialah catitan seorang sahabat suka duka saya Hamizah binti Salleh @ a.k.a Mijas.. Izinkan untuk diupload sebagai penghormatan persahabatan kita untuk dikingsi bersama teman-teman lain. And the most important thing is catitan inilah yang membuatkan saya berasa bahawa saya mempunyai rakan-rakan yang amat menyayangi saya.

DIARIKU & LIZA

KAWANGKU, LIZA YANG KU KENALI

Akhir 1997...

First time, aku kenal budak yang bernama NUR HASLIZA HAMAR...
-budak mato bulat, spek besor, suker jln sorang2.

Awal 1998...

Aku mula dok asrama, Liza mula ku kenal. Tapi tak brape kamceng..Ceh! Agresif gak budak ni

Akhir 1998..

Di sini bermulanya lagenda persahabatan kita...keindahan mula kurasai...banyak memori yang ku bina bersamanya...terlalu indah untukku luputkan dari ingatan...terlalu mahal untukkku jual beli...terlalu banyak untukku terokai.

~berlari berkejaran ke sana ke mari, berebut (mesti ko ingat) bagaikan bebudak (separuh mati), air oren tumpah kat padang (paling tak dapat kulupakan) H_D___N Lembu 'd' banyak lagi lah.

1999

Kita bersama lagi di "Villa in Communitng". Segala pahit manis kita lalui bersama (paling tak dapat kulupai, time nak peksa) berkongsi suka, duka, tensen giler, boring dan segalanya...Tika ini ku rasai manisnya sebuah 'PERSAHABATAN'.

2000...

Kita bersama lagi...mengharung segala cabaran dunia yang menyakitkan. kepedihan yang kita rasai...STPM terpaksa kita redahi. Inilah titik terakhir perjuangan kita yang menentukan ke mana arah kita & di mana kita akan tercampak. Kat 'U' @ bersebek kat ghumah

Bakal menjelma Julai 2001

Insya Allah kita semua akan melangkah ke menara impian, universiti yang diharapkan. Kita akan pergi, membawa sejuta memori yang pernah kita ukirkan di sini, di bumi Saniah... Usah kau lupakan sahabatku LIZA...dirimu kan tetap ku kenang sampai bila-bila 'sbb' terlalu banyak kenangan mu yang ku simpan.

Ikhlas dari kawangmu yang baik ati..

Hamizah Anak Soleh (Mijas)
Gong Scorpion Village..

Hingga kini bila dibaca catatan ini..fikiran terus menerawang keindahan yang pernah kami cipta bersama.. Begitu penghargaan seorang sahabat yang benar-benar mencuri tempat di hati saya...

0 comments: