Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 16, 2009

Korean Drama...


Sekarang aku memang giler cerita Korea.. sanggup tak tengok tv dan berkurung dalam bilik tuk tengok citer on-line Korea.. Klise memang klise lah.. Kalau kaya..memang tak hingat la sampai pegi sekolah naik heli. Selalunya cerita pasal cinta antara dua darjat yang hero mestilah CEO kompeni besar2. Tak main yang cikai-cikai dan heroinnya agak terejal la sket.. Naif, sengal, baik hati dan lurus bendul... dalam cerita mesti ada orang ketiga yang sakit hati sama ada tak dapat takel hero atau pun heroin....

Hahahaha...pelik gak tapi itu lah hakikatnya Korean Drama sangat menyentuh hati dan perasaan. kalau heroin nangis aku pun nangis gak. Kadang-kadang aku rasa aku amat menjiwai watak itu..wah.. Hero-hero dia pulak tak de la hensem sangat tapi sweet tu yang buat aku tetap gak menghadap...

Di bawah adalah antara Korean Drama yang telah aku ikuti, korang cuba la tengok..tangkap leleh beb.
Drama Komedi Romatik
Drama terakhir aku tonton malam tadi
Love in Paris..aku kecewa tang ending la

Sinopsis: Han Kijoo (Bapa saudara kepada Seoghyuk) dan anak saudara berebut heroin yang sama. Mendapat tentangan dari keluarga atas satu rahsia besar yang boleh menjatuhkan empayar pernigaaan keluarga Han. Of course ada orang ketiga yang cuba memporak perandakan keluarga bahagia Han untuk mendapatkan empayar tersebut dan menjatuhkan keluarga Han.

Drama Komedi Romantik
Take Care of the Young Lady
(Aku suka tengok Hero Yoon Sang Hyun sangat manis)
Heroin: Yoon Eun Hye yang cantik giler)

Sinopsis: Kang Hye Na merupakan cucu kepada pemilik syarikat yang kaya giler. Mempunyai ramai giler maid dan juga butler. Keras kepala dan hati batu. Dalam satu insiden Kang Hye Na terpaksa akur bahawa seseorang yang terlibat dalam insiden tersebut telah berjaya merubah perwatakannya menjadi seorang yang bertimbang rasa.

1st Shop of Cofee Prince
Drama Komedi Romantik
(Jalan cerita agak lembap tapi sebab ada Eun Hye aku tengok)

Sinopsis: Remaja yang menyamar menjadi lelaki untuk bekerja di sebuah cafe yang hanya mempunyai kakitangan lelaki sahaja. Keadaan menjadi rumit apabila rahsia keperempuanannya terbongkar.

Drama Komedi Romantik
Boys Over Flower
(Aku kasi 10* sangat best dan terlalu high class)
Aku tengok dekat 10 kali

Sinopsis: Yang bawah ni...nanti aku citer..tak sempat

Mr. Goodbye
(Kisah romantik yang menyayat hati)
Aku dan Rda nangis tersedf-sedu bila heroin tahu hero kena sakit jantung
syahdu la tapinye.....

0 comments: