Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, February 17, 2011

Bercuti Lagi...

Weekend lepas...
Rancangan nak beli barang persiapan di Nilai dengan mak dan ayah. Tunang pula cakap nak sponsor tempat penginapan di PD. Terima kasih banyak-banyak MyLove.. Kami culik Balqis dari ibu dan papanya. Balqis tak berapa sihat..cerelac semulajadi sentiasa meleleh dari idungnya yang kecil comel tu...

Oleh kerana ibu dan papanya kerja..so nak tak nak kena bawa Balqis jalan kat Nilai. Sian Balqis..dah la demam kena heret lak ikut beli barang.... Malamnya Balqis meragam dan semua orang tak boleh tidur. Nangis dari jam 10 hingga 12.30 tgh malam. Nak x nak terpaksa call ibu dan papanya untuk datang PD. Sudahnya semua orang tak tahu nak buat apa....Semua berkampung di luar yunggu Mak ulit Balqis kat luar..

Yang bakal menantu dan mertua berpicnic degan kacang Ngan Yin... tengok lah bawah tu...Kalau Balqos paham bila tengok gambar ni..kompem dia akan kata tak ada hati langsung....huhuhuuuhuhu..



Mak tengah pujuk2 Balqis dan ayah hanya boleh tolong tengok sebab tak tau nak buat apa. Last sekali Tidur juga Balqis selepas penat menangis. Tidur pun sampai sedu-sedu. Sedih sangat. Siann die. Get well soon Balqis..Cik Eja pun dah kena selsema ni...

Duta kacang Ngan Yin...




Wednesday, February 9, 2011

Ang Pow...Gong Xi Fa Chai

Wah! Seronok seronok... walaupun usia tidak lagi begitu muda masih dapat "ang pow" Gong Xi Gong Xi...Sheshe... 2 ang pow..tahun lepas beraya rumah nenek ofis mate (maklumlah..dia tu mix Chinese so numpang sekali...)

Thank you thank you.... (boleh tampung 2 hari makan huhuhuhu Alhamdulillah)

Korang punya dapat ke 2 hari makan....huhuhuhuhu...

Selamat Tahun Baru Cina...





Tuesday, February 8, 2011

Berjuta batu jauhnya.....

Erm macam pernah dengar lirik di atas....well.. saya tak kagumkan lirik tersebut oleh sebab-sebab tertentu. Minggu lepas berpeluang pergi mengembara (travel) dalam bahasa kampung. Rasa macam best giler..

Jumpa laut...jumpa seafood...jumpa hutan...jumpa batu...

Oooooh ke mana kah telah ku pergi?
Terima kasih kepada yang sudi membawaku bersiar-siar..
Macam secret jer..huhuhuhuhu
memang secret...hehehehehehe...

Selepas warm up badan dengan environment-environment yang menarik..tugasan bermula di Hulu Langat.. Menginap di Agroteknologi rasa amar mendamaikan. Duk sengsorang kat situ. hambik kau. Tapi di kala malam, tidak merasakan kesunyian kerana dengar deruan air, nyanyian yang di lagukan oleh staf di kafe, anak-anak pengunjung yang berkejaran ke sana ke mari..

Rasanya dah tahu ke mana hala nak pergi merehatkan minda untuk sementara di lain waktu. Harganya pun berpatutan (bayaran untuk persekitaran yang tidak dapat di tengah bandar).... Amat mendamaikan (berapa kali mau ulang daa)

Tak pe-tak pe..saya syorkan kepada anda semua mencuba tempat rehat ini.. tidak seperti di sesetengah resort yang malamnya hanya ditemani bunyi unggas. Saya memang merasakan kelainan hinggakan tidak kisah bila terpaksa tidur seorang diri (sepatutnya ofismate yang temankan) dan pabila pulang terasa dipanggil-panggil untuk ke sana lagi..Insya Allah...ada rezeki akan ke sana lagi...

Banyaknye impian...rasa nak ke Sg. Pisang lagi...tapi kenapa sekarang rasa tak berapa nak larat? huhuhuhuuhu. Kalau bab berjalan bagila kat muka mu Liza...!!!

Monday, January 31, 2011

LoacOVE

It's mine LoacOVE by my LOVE... yEAY!!! Dapat LOACKER lagi.... Thank you my DARLING.... Lasti time dapat single..n now dapat triple... Next time make it TETRIS ya cayang...


saya sayang awak.....

This is the reason you make me fat...hahahahaha just kidding..I love the chocolate. Thank you Abang...happy working...jangan marah-marah, jaga kesihatan and smile always. Me also need a rest... tapi dapat cuti pun pendek..Sabtu Ahad mendatang kerja... Khamis dan Jumaat rasa macam nak pegi somewhere else yang boleh tenangkan fikiran... tapi takkan nak pergi sorang-sorang..

Family g Kelantan wa tak dapat ikut
Tunang ajak ke Penang pun tak dapat ikut..
Then..takkan nak duk sengsorang kat Shah Alam..
Melampau kot kalau nak g ofis...
Kepala otak sedang ligat fikir aktiviti di hari cuti..







Walla! nak g survey barang persiapan...! huhuhuhuhuhu
survey je la...pulus dah ranap...

Wednesday, January 12, 2011

OUTSTATION

Fuuuhh...

Banyaknye lagi persiapan belum finalize...Gue sudah pening. Harapnye 2 daripada 3 tempat program hari Ahad nanti dibatalkan. Bermula esok, saya akan berkampung di Tg.Karang sehingga hari Isnin. Ok. Just stop rite here. Yang minggu depan-minggu depan punya cerita.

Pepagi Isnin tu juga ada temujanji yang kena hadap..Rawang dan Gombak.. Walaupun hari ni baru hari ketiga, rasanya macam dah seminggu bekerja. Alhamdulillah..setakat ni semangat masih belum luntur. Kalau ada yang tak berapa okay pun harap-harap nanti boleh handle dengan plan contigency yang lain. Memang risau...



Tuesday, January 11, 2011

Hectic Week

Hahahahacchummm....

Uhukuhukuhukuhuk..
Cik Abang pun dah berjangkit sama..

Menandakan tahap kesihatan saya telah mula di bawah penanda aras kurang memuaskan. Bukan itu sahaja. Atas kesibukan itu juga telah mengheret cik abang sorang tu ke sana ke mari di program yang lepas. Anyway terima kasih banyak. Saat dan waktu tersebut telah memberi kita peluang untuk mengenali our truth colour.

Erm..memang dari dulu terfikir..siapa la yang sanggup jaga diri ni. Erm tak tahu la cik abang dapat bersabar ke tak.. Adik J pun kata benda yang sama sejak kami di bawah satu aspuri lagi... Susah ke nak jaga...tak dinafikanlah... harapnya abang dapat bersabar untuk mendidik diri ini... Harapnya peristiwa Ahad lepas tidak lagi berulang.. I feel so CHOI...!

Saya kurang sihat..KAMI kurang sihat...
jadi saya tak ada mood untuk menulis.
Lagipun minggu ni sangat hectic tapi saya sangat seronok bekerja..
seperti tunangan saya yang sangat kuat bekerja cuma saya ada 'masa-masanya' sahaja..(hehehehe)

K la..tak ada masa dah nak tulis....
Sangat banyak benda tak settle dan sangat letih bila delegate kerja orang tak buat.. (ini umpan untuk kena marah ni)... (tapi saya sedang belajar untuk delegate kerja ye....)..

Friday, January 7, 2011

Demam Lagi

Semalam nak makan ubat baru perasan tarikh ubat (masa demam bulan lepas) 3 hb. Maksudnya cukup sebulan demam semula. Wah..ini dah kira kena sedut antibiotik setiap hari ni supaya sihat dan kuat. Tak larat nak demam apalagi di kala urusan-urusan penting sedang beraksi penuh dalam dairi.

Bila tengok appoinment untuk minggu depan..aduss

1. Isnin : Sg. Burong
2. Selasa : Ampang
3. Gombak - Belum kompem
4. Hulu Langat - Belum kompem

Rasa dah agak lega sebab tour kami dah mula bergerak ke Zon Tengah (zon yang paling syaa suke sebab dekat dengan umah) sebelum ke Zon Timur (kembali jauh dari rumah) dan menuntut untuk bermalam.

Hujung minggu yang mendatang memang tiada peluang untuk berada di rumah. Runsing betul memikirkan belum sempat untuk ke kursus kawen...huhuhuhu..Pening bila fikir.... I'm stressed dan kesannya dah ada.

Alamak..takkan nak kena buat appoinment lagi....Ya Allah sihatkan tubuh badanku...