Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 27, 2010

PERHATIAN: Sesi Teh Tarik Part 1

Well, I've got positive feedback from my friends tentang ide Family Day ini. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang saya jumpa dan communicate support usaha ini. Al-Qisah Family Day ini akan diadakan istimewa untuk X-Student IS 220/221/222 dan 223 batch 2001-2004 sahaja.

Sesi Teh Tarik akan diadakan untuk membincangkan pemilihan AJK dan juga pelaksanaan program. Saya amat menghargai sekiranya sahabat-sahabat dari IS 220 /221 dan 222 dapat hadir atau menghantar wakil untuk sesi teh tarik yang akan diadakan supaya kita dapat bekerjasama untuk mengumpulkan sahabat-sahabat lain . Sahabat-sahabat dari IS223 akan saya maklumkan sendiri.

Mohon juga submitkan nama wakil dan nombor hp kepada saya supaya kita dapat adakan perjumpaan secepat mungkin.




QERANA BALQIS...

Al-Qisah kerana Balqis, tidak tertahan lagi untuk membeli hp yang boleh 3G dan mms. Hati ni tidak tertahan kerana asyik forwardkan gambar Balqis di hp Cokia yang bukan Nokia. Bersama Syikin pergi ke kedai telefon untuk "menyervei" hp. Seperti yang dimaksudkan tadi, niat sebenar adalah untuk menyervei...tetapi bila dah sampai kedai hati mulalah nak membeli..


Niat membelek tadi telah pun bertukar untuk membeli. Pilihan hati yang agak sederhana tetapi boleh nengok muka Balqis...

Ish..ish...sebenarnya ada benda lain lagi yang boleh dibuat dengan bajet yang saya keluarkan tetapi Qerana Balqis...

Monday, April 26, 2010

Family Day Arrangement

Oh..my..sambil buat report sempat buat arrangement tuk family day. Special for IS 2001-2004. Well, meeting will be held soon. I've done buat rangka kerja kasar n hopefully rakan-rakan akan support me untuk preparation nanti. I'm thinking games yang boleh buat semua orang rasa seronok.

Memandangkan ini meeting yang ke-2 selepas perjumpaan last Majlis Berbuka Puasa tahun 2008. N I extremely excited to gather all my friends. Cuma tak tahu sama ada nak buat IS223 sahaja ataupun campurkan IS 222 n IS 221..(IS n number ni adalah code course kami masa di UiTM). IS stand for Information Studies yang sekarang dah ditukar kepada Information Management.

I will send the agenda to the person yang boleh membantu. Hahahahaha. Sesi Teh Tarik of course. Ada beberapa games yang boleh dicadangkan. Dan harapnya tahun ni menjadilah...





Well, Insya Allah saya akan usahakan kita akan bertemu semula

Permulaan Minggu Yang Bahagia


Alhamdulillah, pagi-pagi Isnin yang berbahagia ini [rasanya Isnin pertama yang dirasakan paling bahagia he he he]. Kalau setiap hari Isnin berbahagia macam ni tanpa stress di awal pagi rasanya dah cukup 'syurga'.


Thanks to A2k gak sebab forward nice clip to me n rasa penghargaan seorang wanita menebal dalam sanubari...

  1. Yang selalu dianggap lemah
  2. Yang selalu menjadi tawaran peragaan
  3. Yang selalu diremeh temehkan
  4. Yang selalu menjadi mangsa atas kesetiaan yang diberikan
  5. Yang selalu menjadi punca fitnah

Itu yang perlu diperbaiki

Namun tidak lupa kekuatannya dalam

  1. Menggoncangkan dunia dengan tangannya
  2. Melahirkan sorang insan yang daripadaNya melalui wanita
  3. Mengerjakan rumahtangga walau penatnya usah dikira
  4. Menjaga kehormatannya ketika suaminya tiada
  5. Menjadi tulang belakang pada golongan ADAM
  6. Menzahirkan perasaannya dalam kasih sayang yang tiada terkira kepada keluarganya
  7. Menjaga kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada yang hak..
Renungilah kelebihan dan kekurangan wanita...


dari wanita untuk wanita...

Thursday, April 22, 2010

This Nite


Memang nak release sungguh ni...nak hilangkan rasa fed up. Malam ini akan dimeriahkan lagi dengan cerita di bawah. Malam ni, Cik Shada dah booking untuk 6 orang. Meriah babe... Masa untuk hepi-hepi. Esok sudah mau ke Taiping...tak sabar rasanya minggu depan..mau bersuka ria lagik......


Hiburkan diri sendiri.. tak menyusahkan, tak menyakitkan dan juga tak membosankan... walaupun fulus dah agak-agak dah ni...GAJI cepatlah masuk..

Wednesday, April 21, 2010

DaTe NitE

Sebenarnya dah lama tak tengok movie...tapi smalam rasa macam nak g release. Dapat pula sokongan daripada Cik Ina & Rda..Saya okay jer.. Nak tengok "When in Rome" tak kuar lagi..so kami pun reserve tiket dan tengok citer ni..


Citer ni memang klaka giler... sakit perut dan tegang urat kat kepala bila gelak... Serius, sangat best. Ada input ke'suami' isteri'an yang boleh dicontohi. Cumanya citer ni di bawah 18PL so faham2 je la kalau nak bawak kanak-kanak. I mean remaja pun sebenarnya.

Mereka suami isteri yang sangat sweet..dan saya berangan untuk menjadi loving dan fun seperti mereka... walau dalam kesulitan, kebersamaan mereka utuh, cinta mereka padu...

Tuesday, April 20, 2010

Selesai Sudah...



Tamat buku Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam, saya telah menghabiskan novel Wasilah Cinta Weera. Alhamdulillah, selalunya lambat nak menghabiskan waima satu buku dalam sebulan.


Maka selepasnya juga telah saya telah mengkhatamkan buku yang berjudul di atas...dan seterusnya menanam matlamat untuk menghabiskan buku di bawah ini. Insya Allah akan bermula pada malam ini sebelum tidur.


Dalam meneliti kandungan buku-buku terbaru yang saya habiskan..terdetik di hati kecil saya. Apakah kita bersedia untuk menjawat tanggungjawab sebeban sesempurna mungkin...