Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, August 1, 2012

Syith My Baby

Anakku Syith kini dibawah penjagaan ibuku di kampung. Hah..kat kampung. Mula-mula tinggalkan tu hati kental la gak. Tak nangis. 2-3 hari pas tu mulalah terbayang-bayang muka anak waktu nak tidur. Kadang-kadang sampai teraba-raba tengah malam cari anak. 

Syith sihat Alhamdulillah, fizikalnya tak lah semantap kakak Balqis dan abang Adam..ikut mommy nye yang slim ni kut. Sejarah terukir bila sebulan lebih Syith dah pandai mengagah dan masa 2 bulan 24 hari Syith dah belajar meniarap walaupun tengkuk tak berapa nak keras lagi. Advance betul anak mommy. Mommy rakam Syith meniarap sampai kena marah dengan nenek sebab biarkan Syith berguling-guling dengan tengkuk yang tak berapa keras lagi.

Syith dah tiga bulan sekarang...Syith pandai menyembang tak kira waktu. Itu yang buat mommy dan papa rindu nak menatap muka Syith. Kami jadi weekly parent. X pernah lagi miss tengok Syith kat kampung. But now. I'm deciding to get my baby back and take care of him by myself. Mak dah ala-ala nak merajuk tapi tak tahan aaa... anak duk jauh. tapi gerun gak sebenarnya nak hantar ke nursery. Syith just minum susu badan... susu tepung cow's based..rejected sama sekali. Anak mommy tu alergic protein susu lembu. Hikmahnya mommy akan bagi susu badan sehingga Syith besar. Mommy dah ajar Syith susu based soya. Tapi x selalu. Dalam keadaan emergency je..

Alhamdulillah, mak pula menyokong. Mak tak banyak bagi Syith minum susu soya melainkan tak sempat nak panaskan susu sebab kesiankan Syith. So stok sus Insya Allah cukup untuk anak kesayangan Mommy ni. Nak anta umah pengasuh nanti pun kena buat persediaan agar Syith hanya minum susu badan mommy je. Susu ibu kan banyak manfaat...Allah Maha Kuasa yang memberi rezeki ke atas anakku. 


Menyapu Sarang Labah-labah di Laman Blog Sesawang


Dah lama sesawang blog ni bersawang.... so ari ni aku nak bersihkan....
Ayat2 di bawah ni agak skema sebab aku nak hantar ke majalah Pa&Ma sebab tu ada petik nama Majalah Pa&Ma.. kekekekeke ntah bile nak anto..anak dah masuk 3 bulan dah

Inilah wajah kesayangan hamba Muhammad Syith Adam

Tanggal 18 Julai 2010 merupakan hari yang bermakna bagi aku kerana aku disahkan mengandung oleh doktor. Suamiku juga amat gembira dan merasakan itu merupakan hadiah hebat dalam bulan Ramadhan ketika itu. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah memberikan aku peluang untuk menjadi seorang wanita yang sempurna.

Sesungguhnya aku amat teruja dan berdebar menantikan kelahiran bayi sulungku. Masa demi masa, detik demi detik aku mengira bila bayiku akan bersamaku. Namun pengalaman semasa mengandung amat amat mendugaku kerana aku mengalami alahan muntah-muntah sehingga kandunganku matang. Terkadang dibahu suamiku aku mengalirkan air mata kerana terasa amat berat menghadapi situasi sebegitu. Alhamdulillah, sabarnya suamiku memberikan kata-kata semangat walaupun pening kepalanya memikirkan bagaimana untuk menolongku ketika itu.

Kerja rumah memang jarang aku sentuh. Suami ku lah yang mengemas rumah, membasuh baju, menjemur baju. Oleh kerana suami ku tidak pandai turun ke dapur selama 9 bulan juga kami makan makanan kedai kecuali sekiranya ibuku datang ke rumah kami.
Walaubagaimanapun, semua makanan yang masuk ke dalam mulutku akan keluar semula sebaik sahaja makan. Dalam fikiranku ada wanita yang mengandung mengidam untuk makan makanan yang teringin dinikmati. Aku pula terasa fobia untuk mendekati makanan. Apa yang aku baca di dalam Pa&Ma tentang makanan berkhasiat untuk bayi dalam kandungan, semuanya terpaksa aku lupakan. Ubat-ubatan apatah lagi.

Di dalam benak kepala ku, bagaimana dengan kesihatan anakku apabila lahir nanti kerana aku tidak mampu memberikannya makanan dan zat terbaik kerana alahanku. Aku hanya berserah kepada Allah s.w.t untuk memelihara kandunganku.

Semasa kandunganku mencecah 4 bulan, aku sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membeli belah persiapan untuk menyambut bayiku. Walaupun suamiku mengatakan masih awal terpaksa ku tahan keinginanku. Kandunganku mencecah 6 bulan, aku tidak lengah-lengah untuk membuat persiapan walaupun ketika itu jantina anakku masih belum nampak. Keinginanku ingin membeli barangan bayi perempuan tetapi naluriku memilih barangan berwarna biru dan warna-warna lain yang mewakili bayi lelaki.

Apabila kandunganku mencecah 8 bulan, kami masih tidak mengetahui jantina bayi. Dalam hatiku, aku tidak kisah lelaki atau perempuan. Aku hanya mahu anak itu sihat sempurna apabila dilahirkan nanti.

Seminggu sebelum tarikh kelahiran aku mendapati bayi ku kurang membuat pergerakan. Aku agak resah. Pagi Khamis 19 April 2012 jam 5.00 pagi, aku mula merasa sakit di kawasan pinggang. Aku mengadu kepada suamiku dan suamiku mengajak aku ke hospital.

Di hospital doktor yang memeriksaku menasihatiku untuk bersalin secara paksa walaupun belum tarikhnya kerana bayiku sudah matang dan risau kerana bayiku kurang pergerakan. Doktor mengatakan aku akan di ‘induce’ keesokkan harinya. Dua kemungkinan yang doctor memberitahuku ialah kesan daripada induce. Jika induce tidak berkesan untuk aku bersalin normal maka aku akan dibedah. Dalam pada itu, harapan ku hanyalah untuk melihat anakku selamat dan aku bersetuju dan terus dimasukkan ke wad. Inilah pertama kali ku masuk wad.
Psikologi aku amat agak terganggu apabila melihat pesakit disebelah katilku berguling-guling menahan kesakitan. Sakit sangatkah? Mengapakah jururawat membiarkan sahaja pesakit itu sakit. Macam-macam yang bermain dibenakku. Dalam pada itu, aku sentiasa mengusap perut dan membisikkan kepada anakku supaya lahir pada hari Jumaat yang mulia. Berkali-kali aku bisikkan kepada kandunganku.

Jam 3 petang kesakitan aku rasai yang juga dipanggil kontraksi. Selang 30 minit aku merasa kesakitan tapi masih dapat ku tahan. Apabila jam mencecah pukul 6 petang, aku merasakan kontraksi berlaku selang 15 minit sehingga tengah malam. Aku tidak dapat melelapkan mata. Suamiku asyik menghantar pesanan ringkas bertanyakan keadaanku ketika itu. Itu sahaja yang dapat menenangkan aku.

Menjelang tengah malam kesakitanku bertambah dan menjadi kerap selang 5 minit. Jam 3.24 pagi air ketubanku pecah. Alhamdulillah, aku menjadi sedikit lega kerana ku fikirkan tidak berapa lama lagi darah dagingku akan menjenguk dunia ini. Aku bergegas memberitahu jururawat. Kelegaanku tidak lama apabila jururawat melihat air ketubanku bewarna kehijauan. Perbincangan jururawat tersebut sedikit sebanyak menggetarkan hatiku kerana tanda kehijauan pada air ketuban bukanlah normal.

Jururawat bergegas mencari doktor yang bertugas untuk memeriksaku. Doktor menyatakan bahawa tanda kehijauan tersebut kemungkinan besar bayiku terkena jangkitan. Berdesup jantungku ketika itu. Hanya pada Allah kupohon untuk melindungi anakku dari segala kesukaran. Lalu doktor mengarahkan aku untuk berpuasa dan aku tahu itu adalah kemungkinan untuk aku dibedah.

Doktor menyatakan akan memeriksa jalan bayiku dari masa ke semasa. Jam 8.30 pagi doctor memeriksaku sekali lagi dan sekali lagi hatiku diganggu dengan kenyataan doktor bahawa jalan peranakan aku hanya buka 1cm dari waktu air ketubanku pecah. Doktor menyatakan bahawa aku akan dibawa ke bilik bersalin dan aku akan dipaksa bersalin. Jam 11.20 pagi aku diperiksa lagi dalam bilik bersalin. Bukaan aku hanya 2cm. Kesakitan yang aku alami tidak pernah kubayangkan dan aku percaya ia adalah kesan dari ‘induce’ yang doctor berikan.

Aku sempat membalas pesanan ringkas suami ku agar suami ku pergi solat Jumaat dahulu kerana bukaan masih 2cm. Dalam kesakitan tersebut seorang jururawat memberikanku topeng gas, aku pasti itu adalah salah satu ubat penahan sakit ‘entonox’ setelah ku baca di dalam majalah Pa&Ma. Gas itu telah membuatkan aku mengantuk dalam masa yang sama aku tidak merasai sangat kesakitan. Apabila aku sedar, ubat itu boleh membuatku tidur aku menyedutnya banyak kali agar aku tidur kerana setelah 24 jam aku tidak tidur. Aku dinasihati jururawat supaya aku menyedutnya haya ketika sakit sahaja. Tapi oleh kerana rasa mengantuk yang amat sangat aku menyedutnya hingga aku tertidur buat beberapa ketika.

Tiba-tiba ku rasakan seperti perutku memulas. Pengalaman pertama ingin bersalin membuat aku tidak mengetahui bahawa waktu itu sebenarnya adalah waktu yang tepat untuk aku bersalin. Alhamdulillah, tepat jam 6.47 malam bayiku selamat dilahirkan walaupun dengan kaedah vakum kerana aku kekurangan tenaga untuk meneran akibat berpuasa. Jururawat meletakkan anakku di atas dadaku dan ku sempat melihatnya merengek-rengek sebelum aku tertidur keletihan. Alhamdulillah, semua telah selamat dan bagaikan mimpi, kini aku telah bergelar seorang ibu. Syukur padaMu Ya Allah. 

Thursday, March 1, 2012

32 WEEKS FOR MY BABY

Hari ni genap 32 minggu. Erm..kalau dalam jangkaan doktor due date untuk deliver dalam 25 April 2012. Tak mengapalah, janji baby keluar sihat walafiat, sempurna dan selamat.


Dah hampir-hampir nak deliver ni agak nebes. Tapi Alhamdulillah, mungkin atas nasihat sahabat-sahabat buat hati lebih tenang. Sekarang adalah masa untuk bersedia fizikal dan mental. Baby pun aktif bergerak... Alhamdulillah, walaupun muntah-muntah tak hilang.. syukur kepada Allah kerana setakat ini respon kesihatan adalah memuaskan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan untuk hambaNya.

Wednesday, January 25, 2012

Update.....

Lama betul tak berblog....last load masa pengumuman bakal menjadi ibu. Suka sangat bila bergelar bakal ibu. Apatah lagi bila menjadi ibu. Insya Allah sekiranya diizinkan Allah dalam 3 bulan lagi pangkat tersebut akan melekat pada diri ini.

Dalam masa tidak berblog ni bukan tak ada cerita, cuma tak rasa mahu menulis. Kemalasan yang teramat sangat. Ketika menaip update kali ini, kandungan mencecah 28 minggu Insya Allah. Sepanjang 28 minggu itu antara pengalaman pregnant yang tak boleh dilupakan ialah tiada selera makan yang tetap hinggakan ada ketika merasa risau terhadap kandungan. Takut baby tak cukup zat...

Tapi apa yang lebih mengujakan bila baby telah mula bergolek di dalam tummy. Alhamdulillah, aktif. Erm...ibu tak cukup makan tapi baby aktif lain macam ye... Alahan muntah masih belum hilang. Papa pun pening bila ibu merengek tak tahu nak makan apa. Salah makan, keluar balik...

Itulah dia.... apapun. Bertahan dan cuba juga makan sebab nanti baby tak dapat zat.. Semoga segalanya berjalan dengan selamat hinggalah proses deliver berlangsung dan seterusnya.

Friday, August 26, 2011

BONDA TO BE....

Alhamdulillah, syukur dengan rahmat Allah pada bulan yang mulia ini yang telah menganugerahkan kepada ku dan suamiku benih yang bakal menjadi cahayamata pengarang jantung kami.

Tak tergambar perasaan. Ya Allah, peliharalah kandunganku ini. Semoga selamat perjalanannya untuk menemui ibu ayahnya di dunia fana.

Thursday, August 4, 2011

Posting Terpostponed [Pindah Umah]

Al-Kisah kami suami isteri nak berpindah umah sebulan yang lepas. Oleh kerana kekangan masa maka terpaksa dilaksanakan pada 2 minggu terakhir lagi nak pose. Wah! sangat memenatkan... Padahal nak pindah ke sebelah rumah je. Tapi sebab ada orang nak masuk so kami kena berhempas pulas untuk membuat persiapan...

Nak tengok! Biasa la mesti ada gambar sebelum dan selepas kan...


Dalam bilik tidur..
Usaha memadamkan kesan 'huduh' sedang dilaksanakan.
Yang sedang melutut itu adalah Pengarah Projek...


1st kali..tak paham kenapa ada orang cat rumah dengan warna 'MAT TERAP'! Di ruang tamu dan dalam bilik tidur. Gelap habis. Hangin sebab gue n hubby kena mengecat under code berlapis-lapis untuk hilangkan kegelapan dan kemalapan. Of course we all nak rumah yang ceria dan romantik! Tenaga usah dicakap la...dikerah bagai nak rak.. Ye la..bila mau ngecat..bila mau pindah barang...harinya suda mau hampir!

Start jam 11 pagi kul 5 berhenti makan tengahari erk... Tersadai kejap dalam kul 9 malam sambung lagi sampai jam 1 pagi dan terus berhenti sebab 2-2 tak larat nak buat keesokan harinya.

Tapi terus tak buat sebab tak larat...... at last kesayanganku bergotong royong dengan Pak Ngahnya buat suprise untukku bila balik dari Bandung! Thanks Abang sayang! Love u more...

Next...us akan upload photo selepas pula...

Ramadhan Menjelma Lagi

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan bulan keberkatan. Syukur kepada Allah yang masih memanjangkan usiaku. Dan ini adalah Ramadhan pertamaku bersama seseorang yang bernama bergelar suami.

Dan Ramdhan tidak sah kalau tiada tarawikh. Kalaupun tidak di masjid, akan ku usahakan dirumah sahaja.....Amiin.

So sekarang dah ada tanggungjawab..buka puasa nak kena masak... bangun sahur pun nak kena masak but {kalau terjaga}. Encik Suami tolong gerakkan. Heehhehe al-maklumlah..masa bujang dulu kalau bangun pun minum air masak je. Sekarang dah berdua takkan nak buat begitu ye tak.
tapi Encik Suami tidak memilih. Apa jua yang terhidang itu yang disantap. Alhamdulillah.

Hari pertama menu sangat simple: Telur Dadar, Kari Ikan Tenggiri {beli setongkol RM5} dan ayam goreng uncle Bob.
Hari Kedua : Kari Ikan Bawal (menu ambil dalam tenet)
Hari ketiga : Kari Ikan Bawal {lagi..} dan sayur bayam
Hari ini {keempat} : Belum tahu lagi, tapi pagi-pagi tadi request dengan En.Abang nak berbuka dengan juadah kat bazar Ramadhan.

Malam pula kalau rajin... adalah salad.. dan juga pancake..

Saya akan melihat-lihat apa menu yang menarik untuk dihidangkan bila berbuka puasa nanti... =)

1st time buat...

Bila gelembung udara dah pecah, baru balikkan

so..dia akan jadi gebu macam ni...

Agak-agak dah masak..boleh la angkat dan hidangkan... mak suka sebab dia gebu macam mak!

Bancuhannya tak banyak tapi cukup 3 orang makan. Bila ajak hubby dia ambil separuh. Bila ajak makan lagi dia dah kekenyangan. So, mak juga yang tak kenyang-kenyang sebab mak bedal berulang kali sampai bancuhan habis. Ops..berulang kali tu selama dua kali berbuka puasa tau.


Love
Eja

Tuesday, June 21, 2011

A Place Called Heaven

Baru dapat upload gambar-gambar honeymoon..

Orang kata best, saya pula kata bagi yang meminati untuk masuk ke alam purbakala juga best. Pantai yang cantik dan bersih. Cuma terlalu banyak pura (kuil) yang dilawati hinggakan dalam hati berdetik janganlah patung-patung ni ikut masuk dalam mimpi atau bilik...

Almaklum, majoriti penduduk di Bali beragama Hindu. Kawasan setempat sangat purba dan rasa seperti masuk ke alam lain. My lovely hubby juga terpaksa cakap dengan driver supaya skip untuk masuk ke Pura lagi pada hari kedua kami berhoneymoon di sana. Nak tengok gambar lagi sila datang rumah =) ye kawan-kawan.



Tempat ini namanya Tampak Siring.

My favorite picture berlatarbelakangkan Gunung Batur





Tengok teater Rangda










Sentiasa rindukannya walaupun sekadar ke ofis.

moga Allah menyemarakkan kasih sayang kami hingga ke akhir nyawa..














































































Monday, June 13, 2011

Yeay Dapat Kawin!!!

Gila gelenyar bunyinya. Alhamdulillah 27 Mei 2011 telah selamat diijab kabulkan dengan buah hati pengarang jantung. Dah lebih 2 minggu bergelar isteri tapi gambar tak upload-upload lagi. Maklumlah, selalunya kita yang beria nak bergambar tapi bila jadi pengantin so kena behave sket. Adalah nampak tidak sopan bila kamu terkinja-kinja atas pelamin hokey!

Nak cerita yang lain pun tak boleh sebab cerita kawin tak upload lagi. Penting ni! So adalah gambar sesikit sebelum gambar yang diambil oleh jurugambar profesional dapat dilihat hasilnya...
Sebelum akad nikah..

Bersama cousin2 yang jeliter

Gambar sanding tak ada...selepas sanding ada la...
seksi suami hamba.. I Loike!

Sewaktu keberangkatan ke Dewan Bankuasi Jalan Ampang..

Itu je gambar yang ada dalam hp..yang lain kena tunggu photographer kami ler. Terima kasih sahabat handai yang hadir... Sekarang hidupku totally different dan sedang belajar menyesuaikan diri lagi untuk berkongsi hidup dengan yang tersayang. Terima kasih Abang atas semua pengorbanan yang Abang lakukan... Moga Allah merahmati rumahtangga yang kita bina. Ameen..


Thursday, May 5, 2011

Putting..

Kelakor bebenor weh demeh dapat pegang kayu golf.. Mulanya rasa janggal..pas tu mula rasa seronok dan bernok - ronok....kekekkeke.




Tok guru kamik

I missed it..

Ada beberapa perkara yang mengundang perasaan resah di hati sekarang... antaranya:












Bakal merindui segala yang pernah kulalui...

Apasal terasa ada air yang mengalir di pipi..sob sob sob...



Wednesday, April 27, 2011

Semakin Hari Semakin Sayang!


Teringatkan lagu Sapura pulak... tapi realitinya inilah yang terasa. Orang kata susah nak maintain kan perasaan terhadap pasangan. Apatah lagi selepas kawin. Ye ke? Rasa takut pulak. Maklumlah, the real u will reveal after you got married.

Saya ada terfikirkan beberapa perkara yang akan saya buat selepas saya kawin. Still dalam perancangan dan kajian (wah! kajian you...) Ye la. Bila terbaca susah nak maintainkan perasaan terhadap pasangan, saya berasa agak gerun sikit. Walaupun sekarang belum ada ciri-ciri tersebut tapi adakah kita tahu perasaan pasangan kita kan..

Nak tunggu dia bagitahu kita..memang tak la kot. 'Menjaga hati kununnya'.

Erm.. but I hope...my dear Prince, kasih kita akan semakin mekar dari hari ke hari.
Banyak yang kita expect terhadap pasangan kita but we need to accept he/she is not perfect tapi itu bukan alasan kita untuk tidak boleh menjadi yang terbaik kan..kan..


Tuesday, April 26, 2011

Sukernye!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Nampak tak adding baru kat atas tuh..saya suke sangat...

Erm..diam tak diam lagi sebulan 2 hari. Doakan saya ek awak-awak semua. Semoga kasih kami dipanjangkan hingga ke akhir hayat.


Friday, March 11, 2011

Exhausted!

Bila saya mengadu sesuatu..saya tidak mengharapkan (kena marah, orang buat tak peduli atau cuba bagi solusi yang buat saya dalam keadaan serba salah). Apa yang saya mahukan ialah mereka dapat memberi solusi yang membuatkan saya rasa sedikit selesa atau kata lain lega. Itupun sudah cukup. Tak perlu sampai mahu menolong saya secara praktikal. Nampaknye beberapa kali saya mencuba tidak berhasil.

So sebab itu saya tidak kisah untuk buat keputusan yang sedikit menyusahkan saya tetapi menggembirakan hati orang lain. Bila bertanya pendapat orang saya rasa ia sedikit mengguriskan hati sendiri. So baik buat perkara yang tidak mengguriskan hati sesiapa dan juga diri sendirikan...

I'm exhausted!


Friday, March 4, 2011

I MISS HIM...

I MISS U...

Thursday, March 3, 2011

Hidup untuk Kebiasaan atau Luar Biasa

Subuh syafie tadi saya menerima call dari seorang sahabat baik yang dah lama tak bersua muka. Bertanya khabar dan rupanya panggilan tersebut adalah untuk meluahkan rasa yang terpendam.Dulu memang sayalah tempat kawan-kawan megadu dan kawan-kawan jugalah tempat saya mengadu ketika ada masalah kerana itu saya amat menghargai 'mereka' yang pernah menjadi my shoulder to cry'.

Stop kisah saya.

Selepas mendengar kisahnya saya merasakan adaka kita hidup berumahtangga untuk menjadi kebiasaan? Jika waktu bercinta semuanya nak luar biasa sampai sanggup berkorban menyusahkan diri kerana yang disayangi tapi selepas berkahwin serba tak kena.

Nak berkorban jauh sekali lah (ikut kisah sahabat saya). Jika dulu, masa mula-mula nak memikat bukan main lagi. Sanggup berhabis duit (walaupun terpaksa upah kawan-kawan temankan pegi dating). Apa saja si dara mahukan cuba saja dipenuhi walaupun si dara sebenarnya hanya menguji si teruna.

Namun ujian tersebut hanya seketika hasilnya. Selepas perkahwinan hasil tersebut tidak semaintain yang diharapkan. Malah, nampak gaya sudah pandai mengorbankan si permaisuri (gelaran selepas perkahwinan). Maksud saya 'mengorbankan' itu adalah menyusahkan. Erm kalau dulu nak ke mana sahaja sanggup menghantar dan menjemput. Sekarang segala telah berubah.

Saya memang tidak boleh terima jika dahulu si Raja sanggup bersusah menaiki motor ke tempat kerja dan si isteri menaiki kereta (demi keselamatan). Selepas 3 tahun si Raja membuat keputusan untuk si permaisuri menaiki motor ke tempat kerja. Sedangkan Si Raja pulang ke kampung bersama anak meninggalkan Permaisuri sendirian selama seminggu. Apakah yang Si Raja tidak fikir dalam masa seminggu tersebut menaiki motosikal sendirian dari Seri Kembangan ke Shah Alam adalah satu perjalanan yang jauh.

Jika ada apa-apa yang berlaku, suami dan anak jauh dari mata. Dengan siapa si Permaisuri nak adu? Dulu Si Raja begitu mengambil berat tentang Permaisuri. Sekarang sudah tidak kisah lagi. Si Permaisuri begitu kecewa. Bila Permaisuri adukan kepada bosnye (juga seorang wanita). Saya sangat sedih bila advise yang diberi langsung tidak beretika. "Awak pasanglah lain diluar kerana suami saya sudah berubah selepas dia mendapat tahu ada orang lain yang melayan saya" (berkomunikasi dan ambil berat lebih baik darinya). Masya Allah. Saya cuba tenangkan sahabat saya. Apapun yang terjadi jangan cuba untuk bermain dengan api.

Suami dan anak adalah harta dunia akhirat. Saya tidak punya pengalaman tapi saya akan cuba positifkan fikiran sahabat yang tengah celaru. Dalam keadaan marah apa pun boleh jadi itu pesanan seorang guru kepada saya. Saya juga seorang yang baran dan solusi dalam keadaan yang tegang saya akan lebih banyak berdiam diri, bukan membatu tetapi cuba mengawal amarah dan saya tidak mahu amarah saya akan lebih mengeruhkan keadaan.

Pada pendapat saya, biarlah luar biasa itu berterusan. Jika itu yang didambakan sebelum perkahwinan bermakna itulah yang didambakan juga selepas perkahwinan. Cuma tanggungjawab lebih berat. Cara luar biasa itu kita dan pasangan kita yang corakkan bukan orang lain..

Hidup yang menjadi kebiasaan akan menjadi bosan dan boring
Hidup yang dicorakkan luar biasa akan menjadi sesuatu yang selalu didambakan..


Luv

Tuesday, March 1, 2011

Bumper Jatuh


Bumper kereta jatuh dek kerana banjir di depan Risda Jalan Ampang erm..no plat pun ilang... Hujan lebat giler. Thank you my hero. You saved me ekekekeke (pagi tadi sebenarnya nak sms kat Hotfm cerita tentang wiraku tapi kredit habis..so citer kat sini sajer).

Nampak rompong giler.. nak buat macam mana. Lepas anta kete kat bengkel kami terus menjamu selera di Restoran Buluh sebagai penawar luka... Makan lagi..

cantiknye tempat (malam kot jadi teak berapa clear)

Fish N Chips (dah tak de benda lain mengikut citarasa tekak)


Ini memang terrrrbaek..
Tea with mints and MyLuv order Kedondong Boi erk..agak kelat sket sebab dia guna buah real. Tq MyLuv dah berpenat lelah tolong cari kedai nak baiki bumper ajak makan kasi cool down 2-2 enjin yang dah panas...sabo sabo..nanti meletup.. Luv u..



Thursday, February 17, 2011

Bercuti Lagi...

Weekend lepas...
Rancangan nak beli barang persiapan di Nilai dengan mak dan ayah. Tunang pula cakap nak sponsor tempat penginapan di PD. Terima kasih banyak-banyak MyLove.. Kami culik Balqis dari ibu dan papanya. Balqis tak berapa sihat..cerelac semulajadi sentiasa meleleh dari idungnya yang kecil comel tu...

Oleh kerana ibu dan papanya kerja..so nak tak nak kena bawa Balqis jalan kat Nilai. Sian Balqis..dah la demam kena heret lak ikut beli barang.... Malamnya Balqis meragam dan semua orang tak boleh tidur. Nangis dari jam 10 hingga 12.30 tgh malam. Nak x nak terpaksa call ibu dan papanya untuk datang PD. Sudahnya semua orang tak tahu nak buat apa....Semua berkampung di luar yunggu Mak ulit Balqis kat luar..

Yang bakal menantu dan mertua berpicnic degan kacang Ngan Yin... tengok lah bawah tu...Kalau Balqos paham bila tengok gambar ni..kompem dia akan kata tak ada hati langsung....huhuhuuuhuhu..



Mak tengah pujuk2 Balqis dan ayah hanya boleh tolong tengok sebab tak tau nak buat apa. Last sekali Tidur juga Balqis selepas penat menangis. Tidur pun sampai sedu-sedu. Sedih sangat. Siann die. Get well soon Balqis..Cik Eja pun dah kena selsema ni...

Duta kacang Ngan Yin...




Wednesday, February 9, 2011

Ang Pow...Gong Xi Fa Chai

Wah! Seronok seronok... walaupun usia tidak lagi begitu muda masih dapat "ang pow" Gong Xi Gong Xi...Sheshe... 2 ang pow..tahun lepas beraya rumah nenek ofis mate (maklumlah..dia tu mix Chinese so numpang sekali...)

Thank you thank you.... (boleh tampung 2 hari makan huhuhuhu Alhamdulillah)

Korang punya dapat ke 2 hari makan....huhuhuhuhu...

Selamat Tahun Baru Cina...





Tuesday, February 8, 2011

Berjuta batu jauhnya.....

Erm macam pernah dengar lirik di atas....well.. saya tak kagumkan lirik tersebut oleh sebab-sebab tertentu. Minggu lepas berpeluang pergi mengembara (travel) dalam bahasa kampung. Rasa macam best giler..

Jumpa laut...jumpa seafood...jumpa hutan...jumpa batu...

Oooooh ke mana kah telah ku pergi?
Terima kasih kepada yang sudi membawaku bersiar-siar..
Macam secret jer..huhuhuhuhu
memang secret...hehehehehehe...

Selepas warm up badan dengan environment-environment yang menarik..tugasan bermula di Hulu Langat.. Menginap di Agroteknologi rasa amar mendamaikan. Duk sengsorang kat situ. hambik kau. Tapi di kala malam, tidak merasakan kesunyian kerana dengar deruan air, nyanyian yang di lagukan oleh staf di kafe, anak-anak pengunjung yang berkejaran ke sana ke mari..

Rasanya dah tahu ke mana hala nak pergi merehatkan minda untuk sementara di lain waktu. Harganya pun berpatutan (bayaran untuk persekitaran yang tidak dapat di tengah bandar).... Amat mendamaikan (berapa kali mau ulang daa)

Tak pe-tak pe..saya syorkan kepada anda semua mencuba tempat rehat ini.. tidak seperti di sesetengah resort yang malamnya hanya ditemani bunyi unggas. Saya memang merasakan kelainan hinggakan tidak kisah bila terpaksa tidur seorang diri (sepatutnya ofismate yang temankan) dan pabila pulang terasa dipanggil-panggil untuk ke sana lagi..Insya Allah...ada rezeki akan ke sana lagi...

Banyaknye impian...rasa nak ke Sg. Pisang lagi...tapi kenapa sekarang rasa tak berapa nak larat? huhuhuhuuhu. Kalau bab berjalan bagila kat muka mu Liza...!!!