Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 29, 2010

Sinis...?

No..i'm not sinis person becoz i don't like sinis attitude. If tak suka lepaskan , bincangkan atau nak marah.. marah jer but don't be sinis depan orang yang tak disukai dan mohon maaf. Sebab kita pun tak suka orang berbuat sinis pada kita, jadi jangan buat attitude sinis tu.

Sinis adalah lebih menyakitkan hati daripada anda marah atau berterus terang. Adalah lebih sadis kalau sengaja menyakiti hati seseorang tersebut. Kalau kita pandai suruh orang behave..maka kita pun perlu behave. It's fair..

Mungkin ada ketika kita merasakan kita tidak boleh mengalah..tapi boleh kita tanamkan dalam fikiran bahawa sifat ego itu adalah 'syaitan'. Dan kita perlu jauhi dari syaitan. Mungkin kita pernah 'ter'marah atau terlepas tetapi menyesali apabila tersedar adalah lebih baik.

Kalau kita merasakan cukup puas hati kerana dapat lepaskan apa yang terbuku dalam hati.. Adakah kita cukup puas hati dengan kata-kata maaf yang pernah kita majukan kepada saudara-mara, sahabat handai yang mungkin terguris dengan lidah kita?

Saya pun tak terlepas dari kesilapan, tetapi saya tidak segan nak mengajak supaya kita lebih bersikap adil kepada semua orang. Kenapa? Hidup kita bagai roda... Biarlah seseorang itu menjalani kehidupannya sedemikian. Apa yang kita sakit hati sangat dengan kehidupannya hingga perlu bersikap sinis? Anda rasa anda mempunyai sikap sinis yang menjengkelkan? Ya, saya rasa sinis itu jengkel dan amat menjengkelkan.

Pernah juga saya dengar...jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik. Adakah prinsip ini perlu dipegang? Bagi saya, balasan kebaikan dan keburukan hanya kuasa Allah dan hanya dia berkuasa menentukan segalanya.

Kita manusia hanya mampu, memperbaiki kelemahan yang ada dan meningkatkan kelebihan yang dianugerahkan. Adakah saya sinis menegur? Tidak, saya mahukan anda semua menjadi insan yang terbaik..tiada rasa hasad, tiada rasa dengki cuma yang ada hanya rasa kasih sayang. Ingin menjadi yang terbaik untuk setiap orang disekeliling dan juga mahukan insan yang terbaik berada disekeliling kita.

Apa yang terjadi kepada insan yang bukan 'terbaik'? Adakah perlu terus menjadi sinis kepadanya. Maka jalan terbaik adalah rapat padanya, bimbingnya serta lihat kelebihan dalam dirinya yang seperti kita juga tidak sempurna.

Berfikirlah sebelum anda bersikap sinis pada insan lain.. Adakah anda cukup sempurna? Sekiranya tidak mengapa menjadikan diri anda lebih tidak sempurna dengan adanya attitude sinis itu? Sekiranya anda terasa sempurna mengapa cacatkan kesempurnaan yang ada dengan attitude yang tidak berada di dalam list sempurna..


Friday, June 25, 2010

Pemergian Seorang Sahabat

Selepas berbuka puasa malam tadi, diri dikejutkan dengan pemergian sahabat karib dan suaminya ke hadrat Ilahi. Tatkala polis berita perdana memaparkan kad pengenalan mangsa lemas di Langkawi semalam. Terus menjerit nama seorang sahabat yang telah lama tidak bersua Norita Dahari dan suaminya Yuhin Azlan. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Allah lebih menyayangi mereka.

Bertemu dan berkenalan dengan arwah Norita di tahun 1996. Walaupun sekejap kerana arwah berpindah ke sekolah lain selepas 2 tahun. Kami sememangnya rapat atau lebih senang dikatakan kami 'geng' bersama-sama sahabat-sahabat yang lain iaitu Srie, Qiey, Mc Ha dan Haizan.

Peribadi beliau yang lemah lembut dan amat mengambil berat hal sahabat-sahabat membuatkan kami rasa begitu rapat. Kesannnya, apa apabila namanya disebut dalam berita..air mata berjurai tanpa henti. Lebih menyayat hati, arwah dan suami meninggalkan seorang cahaya mata yang baru berusia 2 tahun. Semoga Allah menganugerahkan rahmat dan perlindungan pada sikecil..

Moga Allah merahmati kedua-kedua pasangan
dan ditempatkan dalam golongan soleh dan solehin.

Untukmu kak ita dan suami, kutitipkan doa dan yaasin mengiringi pemergianmu. Allah lebih menyayangimu..Budi baik, jasamu sebelum ini, hanya Allah yang dapat membalasnya..



Klip video ini arwah telah tujukan kepada arwah suami
beliau dengan komen "Yang ni dah dengar ke abang?"

Sungguh Allah telah menyatukan kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat...Al-Fatihah. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan satu ketika dahulu Sakinah, Srie, Halimatussa'diah, Haizan, n me.. lagu ini mungkin akan mengingatkan kita pada peribadi arwah Norita Dahari, sahabat kita yang amat kita kasihi.....

Jika dahulu kita pernah bergurau "siapa yang akan kawin dahulu?" tanpa kita sedar "siapa yang akan 'pergi' dahulu.


Thursday, June 10, 2010

Sob Sob Sob isk isk isk...

Satu kisah yang amat menyakitkan

Sob sob sob isk isk isk
mengalir lagi....sabarlah hati

Fund Raising Green Hopes Eco Warriors

And we are the Eco Warriors..

From Left: Datuk Ahmad (back)
Front Left: Hajar, Hani, Datin Rossiti, Johan, Husna, Me,
Rda, Adib's Friend, Syarina, Syafarina and Adib

Teruja giler mahu menyertai Fund Raising hosted by Green Hopes Eco Warriors (Datin Rossiti and family pada 5 Jun 2010. Well done guys n also a big thanks give us chance to joined this really beautiful and wonderful program. N we ols really enjoyed it.. Kutipan jualan toys dan buku berjumlah RM2002.00 is awesome untuk disumbangkan kepada Zoo Negara. N I really think that it more than worth to do it.

Hati begitu mendapat kepuasan lebih dari apa yang saya lakukan di pejabat. Bekerja dibayar gaji [tidak begitu puas] dan membuat aktiviti sukarelawan saya merasakan lebih kepuasan dan kegembiraan yang tidak dapat saya ukurkan.


Mungkin itulah kemanisan yang didapati dalam membuat kebajikan. Keluarga Datin Rossiti dan Datuk Ahmad banyak memberikan kesedaran dalam pemerhatian saya. Sama ada dari segi kesedaran 'hablu minal nas juga hablu minal ard'. Keluarga besar itu memberikan satu aura hebat yang belum pernah saya rasakan.. Satu semangat yang begitu membuak-buak dalam diri..

Semoga Allah melanjutkan kesungguhan dan kegigihan keluarga ini dalam kebajikan yang dilaksanakan.

Terlalu banyak gambar yang merakamkan detik-detik kemanisan kami ini. Kalau posting kat sini dah tentu berjela-jela... tengok ajer di FB saya...



Eco Warriors - eja

Monday, June 7, 2010

Air Mata Tumpah Lagi..!

Pertama kali telinga terdengar ulasan berita sukarelawan bantuan kemanusiaan di serang komando Israel. Langkah terhenti diruang tamu, mata memfokus ulasan penuh berita tersebut. Terasa robek hati bila melihat kejamnya mereka bertindak ke atas sukarelawan yang langsung tidak mempunyai senjata.

Maka seluruh dunia menyaksikan kekejaman Yahudi laknatullah. Sambil mulut melangsungkan ayat-ayat kegeraman..air mata menitis laju. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah masih mengurniakan tindak balas kemanusiaan kepada saya berbanding Yahudi laknatullah itu..

Tidak pernah rasanya menyaksikan paparan Buletin Utama sehingga tumpahnya air mata bercucuran laju hingga tersedu. Apalah yang mampu kita lakukan dari kejauhan ini. Berkongsi air mata yang kesakitannya hanya penduduk Palestin yang rasa.

"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami pohon pada-Mu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada Yahudi yang menzalimi saudara seislam kami di Palestin." Amin.


Tuesday, June 1, 2010

Autograf 2000

Dalam banyak-banyak stuff yang saya ada sampai sekarang ialah Autograf 2000. Barang lain tu susah sikit nak simpan. Kalau tak hilang..jahanam..kekekke..

Suka sangat belek-belek autograf ni.. dan catitan yang sentiasa mencuit perasaan saya ialah catitan seorang sahabat suka duka saya Hamizah binti Salleh @ a.k.a Mijas.. Izinkan untuk diupload sebagai penghormatan persahabatan kita untuk dikingsi bersama teman-teman lain. And the most important thing is catitan inilah yang membuatkan saya berasa bahawa saya mempunyai rakan-rakan yang amat menyayangi saya.

DIARIKU & LIZA

KAWANGKU, LIZA YANG KU KENALI

Akhir 1997...

First time, aku kenal budak yang bernama NUR HASLIZA HAMAR...
-budak mato bulat, spek besor, suker jln sorang2.

Awal 1998...

Aku mula dok asrama, Liza mula ku kenal. Tapi tak brape kamceng..Ceh! Agresif gak budak ni

Akhir 1998..

Di sini bermulanya lagenda persahabatan kita...keindahan mula kurasai...banyak memori yang ku bina bersamanya...terlalu indah untukku luputkan dari ingatan...terlalu mahal untukkku jual beli...terlalu banyak untukku terokai.

~berlari berkejaran ke sana ke mari, berebut (mesti ko ingat) bagaikan bebudak (separuh mati), air oren tumpah kat padang (paling tak dapat kulupakan) H_D___N Lembu 'd' banyak lagi lah.

1999

Kita bersama lagi di "Villa in Communitng". Segala pahit manis kita lalui bersama (paling tak dapat kulupai, time nak peksa) berkongsi suka, duka, tensen giler, boring dan segalanya...Tika ini ku rasai manisnya sebuah 'PERSAHABATAN'.

2000...

Kita bersama lagi...mengharung segala cabaran dunia yang menyakitkan. kepedihan yang kita rasai...STPM terpaksa kita redahi. Inilah titik terakhir perjuangan kita yang menentukan ke mana arah kita & di mana kita akan tercampak. Kat 'U' @ bersebek kat ghumah

Bakal menjelma Julai 2001

Insya Allah kita semua akan melangkah ke menara impian, universiti yang diharapkan. Kita akan pergi, membawa sejuta memori yang pernah kita ukirkan di sini, di bumi Saniah... Usah kau lupakan sahabatku LIZA...dirimu kan tetap ku kenang sampai bila-bila 'sbb' terlalu banyak kenangan mu yang ku simpan.

Ikhlas dari kawangmu yang baik ati..

Hamizah Anak Soleh (Mijas)
Gong Scorpion Village..

Hingga kini bila dibaca catatan ini..fikiran terus menerawang keindahan yang pernah kami cipta bersama.. Begitu penghargaan seorang sahabat yang benar-benar mencuri tempat di hati saya...