Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 30, 2010

Full of Program

Nowadays, life semakin full dengan program-program persendirian. Tiada masa untuk sesuatu yang kurang memberikan manfaat kepada diri sendiri. Mungkin agak terlambat tetapi sekarang adalah kemuncak untuk mencapai apa yang diimpikan. It's time to think about myself.

Masa sekarang amat berharga dan saya telah plan sesuatu yang amat berharga untuk diri saya sendiri. No need to think about others.

Pengembaraan ini akan diteruskan sehingga matlamat itu tercapai dan itulah tekadku..

Monday, March 15, 2010

Simpannya di Arkib

Lega rasanya bila telah habis bercuti, walaupun sekejap rasa macam sesuatu kelegaan. Masalah kehidupan minggu lepas telah lenyap. Sekaligus tidak merasakan ada sesuatu yang telah hilang. Kalau minggu lepas dikarang di dalam blog ini tentang rasa dalam hati, mungkin ada kalimah-kalimah yang amat tidak sedap di dengar.

Walaupun ada yang dah terlepas. 'Padan muka'. Kadang kala merasakan kehidupan ini tidak perlu berbuat baik dengan orang sebab orang boleh ludah muka kita ikut suka die. Ada pepatah paling best aku dapat "selepas sapu najis, nak sapu minyak wangi".

Mungkin ada ketika kite perlu berfikir untuk berbuat baik dengan orang lain [walaupun saya rasa untuk berbuat baik kite tak perlu berfikir]...tapi oleh kerana manusia ni pandai memanipulasi kelebihan atau perasaan rasanya memang perlu berfikir even 14 kali.

Dan untuk mengenali seseorang saya rasa saya memerlukan lebih banyak masa untuk 'menyiasat'. Jadi mato-mato. Tak kisahlah penat sekalipun jangan sampai kamu tertipu dengan mulut manis dan muka naif... Berpura-pura seperti kura-kura..

Kepercayaan di beri tetapi dikhianati...

Tak perlu ditulis tentang perkara singkat yang berlaku kerana tiada penambahan dan tiada pengurangan. Biar menjadi kenangan dan dilipat di dalam arkib dan disusun di rak yang paling belakang sekali.

Seronok tulis kat blog ni benda yang gembira dan bersuka-suka tetapi ada ketika perlu dicatit juga kedukaan yang ada. Sebagai pengajaran di masa akan datang.


Tuesday, March 2, 2010

Bercuti



Erm..kali ini masih cerita di Kuantan, Pahang. Actually antara destinasi feberet saya dan keluarga terutama ayah. Saya dah semakin fasih jalan-jalan di Kuantan, so kalau nak pergi bercuti dengan kawan-kawan rasanya tak ada masalah.

Feberet 1 : Liza & Laut tak dapat dipisahkan
Feberet 2 : Ayah & seafood segar tidak dapat dipisahkan..tiap kali pergi mesti bawa tong putih..hehe dan mak akan jadi chef.
Feberet 3 : Kami sekeluarga suka makan kat Ana Ikan Bakar Petai...memang besh
Feberet 4 : Suka pegi mini zoo bagi monyet2 kat situ makan dan tengok menatang kat situ.
Feberet 5 : Suka masuk di ceruk2 kampung dan cari kilang kopok lekor, penambang yang jual ikan segar yang lebih murah dari di bandar..salah satunya di Tanjung Api.
Feberet 6 : Suka makan sata dan otak-otak Pak Soh di Tanjung Lumpur.. yang ada cawangan di Jalan Beserah..
Feberet terbaru : Akan makan tengah hari di Restoran Mariah Elise, anak mix Melayu dan Norway yang sangat membuatkan aku rindu...

Credit to diri sendiri..hehehe


Teluk Chempedak yang menjadi tempat feberet no.1


Dataran Kerang..

Credit to my mom

Couple yang paling ku sayang

Ayah : 'Ling' nak g mana pas ni...
Mak : Kita g Teluk Chempedak la 'Kup'
heheheh bahasa percintaan diorang...


Ayah bersama Mariah Elise

Jinak2 merpati..
Hari pertama : Cakap jauh-jauh
Hari Kedua: Dah boleh pegang-pegang dier
Hari Ketiga: Yipeee...die dah duduk atas riba sayer la n tetibe jer hari tu sebenarnya hari last..huhuhu


Ziarah

Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam..

Jumaat yang lepas sempena cuti sambutan Maulidul Rasul..kami sekeluarga mengambil kesempatan menziarah ayah saudara yang telah dimasukkan ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

Ayah saudara telah lama menghidap penyakit buah pinggang rosak cumanya beliau tidak dimasukkan ke wad kerana penyakit tersebut tetapi operasi tiroid yang dihadapinya. Melihatkan keadaannya, beliau seorang yang sangat kuat semangat walaupun kalau dilihat beliau sebenarnya sudah tidak mampu untuk berjalan atau bergerak aktif.

Minta maaf la...gambarnya tiada di sini (ada di kamera 1 lagi)

Cuma yang ada gambar kitorang berpiknik sesama ahli keluarga di tepi koridor hospital sambil menunggu ayah saudara yang sedang sakit..dan menemani ibu saudara dan cousin yang telah berkampung di hospital selama seminggu lebih.

Menikmati sata dan otak-otak

Abang Ngah, saya, kak Ngah, Mak Tek dan Mak