Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, November 24, 2009

Bersukaria Time

Last week..my parent datang sebab ada kenduri saudara di Kuala Selangor... Apa yang best kedatangan parent kali ni disertakan dengan aktiviti menonton wayang. Al-Maklumlah kali terakhir mak dengan ayah tengok wayang masa umur saya dan abang masing-masing 3 dan 4 tahun. Sambil bawa mak dan ayah jalan-jalan kat MidValley.

Dan Sabtu yang lepas adalah masa yang sangat menensenkan diri bila ke MidValley di siang hari. Selalunya kalau nak pegi mesti pilih waktu malam (orang dan kereta kurang).. Neway..disebabkan mak ayah tercinta, pergilah juga apatah lagi tiket 2012 abang belanja...YIPEE...



Tapi tak leh nak jalan2 sangat..ayah tak berapa larat nak jalan. So, selalunya kalau ke MidValley kami mesti singgah kat...



Pet's Wonderland sebab kami keluarga pecinta binatang....



bakal ibu..lagi 5 bulan jadi Mak Su Eja




Mak dan menantu (Kak Ngah)




Dengan Ayah...



Future Dad N Mom.............

Thursday, November 19, 2009

Mari BelajaR Bahasa KoreA






Anheosayo.. Haru be wooda hanguel soop ni da!

Dari pagi buat kerja sambil layan lagu-lagu korea. Agak heaven gak la sambil berangan actor-actor korea ada kat depan mata..kakakakaka.. Well, sekarang dah jatuh cinta dengan korean drama n dalam masa 2 minggu ni gak dah explore website www.omniglot.com sebab gigih nak belajar bahasa korea.

Dalam petak merah tu tandanya matapelajaran yang telah saya buat latihan tulisan dan bacaan. terima kasih..:)

Ad-darsu ula (Ni Bahasa Arab)= Matapelajaran pertama : Mempelajari history of korean language (agak merapik gakla sebab tak suka matapelajaran sejarah..

Ad-Darsu assani (sekarang): sedang belajar menulis 20 hanguel alphabet yang sekarang baru 10 saya buat latihan menulis dan bacaan.

Ad-Darsu Athalith : Nak belajar tulis vowels plak

Ad-Darsu Rabi' : Nak merangkak-rangkak belajar membaca dan mengenal maksud bahasa korea yang basic

Sekarang pun tengah belajar melalui korean flash card. Agak menarik kerana tiap hari www.korean-flashcards.com akan hantar pelajaran baru ke email. Apa yang menarik siap disediakan secara audio. So that you can learn how to pronounce korean language correctly...

Well...sesiapa yang berminat sila la lawati laman2 web di atas. Seronok tau. Kena rajin cari website yang boleh kita manfaatkan..tapi kena ingat..belajar tanpa guru..sesat.. Kalau ada pulus lebihan boleh lah ambil short course untuk Korean Language ni.




antara latihan yang sedang saya buat...

satu lagi website: www.lifeinkorea.com/Language/korean.cfm?subject=phrases
Ini adalah untuk sesiapa yang nak belajar dengan cara sebutan.

Monday, November 9, 2009

Majlis Berbuka Pose


Majlis dah lama berlalu baru sekarang boleh post sebab gambarnya baru dapat sebentar tadi. Thanks Shima... Gambar dengan baby-baby comel buat aku leka sangat... dengan Kak Ros (anak Shima, Ryan (anak Kak Rina PKPS), Alif dan Ilham gundu (anak MGR aku ), and of course anak kesayangan Kak Linda dan Abang Nizam (Aisyah) yang sangat la aku geram...

Kiriku : Amira a.k.a Kak Ros
Kananku : Ilham dan Aliff (baju biru)


yang sekerat tu Nana Ke.. Amira dan Ilham..


Amira ni sangat admire kat Nana ni..
sebab tu berkepit je dgn Nana semasa majlis...



Gambar yang paling aku suka...
Nana, Rda..Aku memangku Ryan, Amira, Ilham yang tak nampak muka, Bakal Ibu Fadila dan depan sekali tu Aisyah ala dome dome sayang Cik Nja..
Aga..sarangheyo

Ha..yang ni mak-mak je la yang bergambar dengan Datin Seri plus anak-anak dara..



Cerdik atau Bodoh


Tahniah skuad Negeri Sembilan...

Sabtu lepas, ada sorang member yang ajak pergi tengok bola kat Stadium Bukit Jalil. Rasa berat hati je nak pergi. Ye la..takut ada pergaduhan, baling mercun macam biasa yang dibuatlah...

namun agak relieved juga la sebab tak pergi kebetulan ada kerja yang nak disiapkan kat umah.. Tengok kat umah lagi selamat kot...kalau tengok keadaan di bawah ni. Bila masukkan isu dalam FB...aku dapat comment..MEMANG DAH AGAK JADI MACAM NI...!

So..tak perlu la ulas panjang..fikir-fikirkanlah sendiri.

Bakar kerusi? Perbuatan orang cerdik atau orang bodoh!
Baling mercun pada orang? Perbuatan orang cerdik atau bodoh?

Apakah?*###$*&%W%^$%

Tahniah...61 tahun penantian berakhir


Friday, November 6, 2009

Using My LifeFrame Camera



Agak tertekan juga la kan. Kalau orang ada facebook boleh letak gambar-gambar yang best-best. Tapi oleh kerana hp aku yang seperti di bawah ini...aku tak boleh nak upload gambar. Maklumlah hp cokia tak leh ber 3G atau ber MMS... Buat masa ni dah malas nak beli hp canggih lepas kena samun, pas tu beli hp baru kena curi kat umah..Bley? So ini je la yang aku pakai skang.


Ha..ha..ha...Saja aku snap gambar guna camera kat lap top ni ha... tapi takkan nak bawak lap top kuar jalan2 semata2 nak tangkap gambar ye dak? Kualiti gambar tak cantik mana pun... tapi at least bley la nak tangkap gambar kan....




Workstation aku.....


Thursday, November 5, 2009

STPM 2000


Waktu kat ofis tadi..adalah sembang-sembang tentang ayat yang baik untuk dihafal. Ayat pelindung dari bala bencana dan sebagainya. Dalam sembang-sembang tu aku teringat pula kisah sewaktu di sekolah menengah. Ayat-ayat suci digunakan sepenuhnya sewaktu belajar dulu. Kisah ponteng dan baca ayat tolak bala, cari soalan spot untuk periksa. (sekarang aku rasa macam bidaah pula). Ye la..dah buat salah pas tu guna ayat-ayat tu untuk melepaskan diri dari kantoi dengan cikgu.

Tapi apa yang penting, ia menjadi. Aku dengan sahabat handai (Hamizah, Hasmani, Che Na, Norazirawati, Shaikha, Maria Diana, Mardiana dan Sakinah). Periksa STPM yang semakin dekat buat kitorang pening kepala dan tension nak baca buku. Terlalu banyak rasanya nak baca sampai tak terbaca-baca.

Di tengah malam kitorang bangun tuk membaca. Sambil buat halaqah dan baca Yaasin 3x dan terus kitorang 'spot' kandungan dalam buku. Laman yang tertera dari setiap orang tu lah kami catit dan baca yang tu saja. Alhamdulillah, kebanyakan yang kami 'spot' tu masuk dalam peksa. Mujur la pas peksa. Tapi memang rasa macam bidaah sebab kitorang kurang usaha... mana bleh wat cam tu. So, kalau ada peksa baca lah betul-betul.

Yang ponteng tu sama gak kisahnya...ponteng pas tu nama dah kantoi dengan cikgu..tunggu nak masuk bilik disiplin je. Kitorang dengan menggigil buat halaqah kemudian bacalah Majmu'ul Syarif..terlepas gak kitorang. Tak dipanggil sampai sekarang.... ha ha ha.. kelakar giler kalau ingat. Tu baru sikit...banyak lagi kenangan yang tak boleh aku lupakan sewaktu berhijrah semenjak tahun 1997.... Memang besh giler.

Alhamdulillah, ayat-ayat tu aku amalkan sampai sekarang....terima kasih kepada ustaz, ustazah, cikgu dan sahabat-handai yang mengajarkan aku ayatullah tersebut.

Wednesday, November 4, 2009

Kiub Rubik




Aku rasa posting aku sama dengan Nana Ke..tentang benda alah yang sangat menakjubkan ini. Sekarang ini, di waktu ini, di ofis ini Dila, Ina, aku dan En. Syahir letakkan kuib ini di atas meja. Di waktu-waktu terasa kekejangan bahu kitorang menuntut ilmu dengan En. Syahir selaku sifu. Buat masa sekarang aku hanya tahu buat 1st line dan 2nd line.

Agak senget gak kepala buat benda ni but bila dah fasih..ia amat mengujakan. Kak nana dan Syarina sedang menuntut dengan aku yang tak habis belajar lagi ni. Buat sikit-sikit...lama-lama pandai la kan...hehehehehe..